Isnin, 7 Oktober 2013

Home » , , , , » FITNAH..!

FITNAH..!



Kelakarkan Haha...!



“Kaklong, ada orang cakap kat abah nampak kaklong ponteng sekolah.”

Tenang abah bersuara. Aku yang sedikit menyandar akibat kekenyangan seraya tegak kembali posisi kedudukan aku bila dengar setiap butir ayat yang keluar dari mulut abah. Dalam kepala otak siapa pula buat cerita ni. dan yang paling penting siapa ‘ORANG’ tu. Kalau dapat memang lumat..!

“Orang tu nampak kaklong dekat bangunan HSBC dengan kawan-kawan hisap rokok.” 

Sambung abah lagi. Membuntang mata aku. jangan kata mata aku, mata mak pun sama. Tapi mak tak tengok muka aku, sebaliknya mak tengok muka abah. Aku faham, mak mungkin nak kan kepastian. Yelah, memang mak tak akan percaya aku buat semua tu.

Aku macam tu? memang taklah walaupun aku akui, aku ni nakal sikit. Tapi bukan perangai aku nak ponteng sekolah tanpa pengetahuan mak dan abah. Dan bab rokok tu, itu memang tak masuk akal..! sangat tidak masuk akal..! jelas betul semua tu FITNAH…!

Bila disoal siasat macam tu reaksi aku tenang je. Sebab aku tahu aku tak salah. Dan abah pula tak ada pun tunjuk gaya-gaya nak marah. Tapi sejujurnya aku rasa nak menangis jugalah hari tu. Bukan nak nangis kerana takut, tapi geram dan marah apa orang yang buat cerita tak betul tu. #habit aku, kalau marah tak lepas mesti nak nangis..huhuhu.

“Siapa yang buat cerita tu?”

Kali ini aku beranikan diri tanya soalan yang sedang bermain-main dalam kepala aku. aku sedar, mak pun nak tanya soalan yang sama. Tapi aku terlebih dulu mencelah. Benda tak betul, tak akan nak diam je.

“Tadi dekat pasar malam, terjumpa si polan yang duduk jalan sekian. Dialah yang bagitahu. Dia tanya, anak sulung pakcik sekolah SMDB kan? Abah iyekan je. Terus dia bagitahu dia nampak kamu dengan kawan-kawan lepask dekat HSBC sambil hisap rokok. Terkejut jugak abah. Dia siap suruh abah ajar anak bagi tak degil. Dan bila dia tanya anak pakcik nama AZIZI kan? Terus abah rasa dia buat cerita. Bila abah bagitahu yang anak sulung abah perempuan,memang berubah air muka si polan tu dan segera mungkin si polan tu minta diri.

Mak dah menarik nafas lega. Tapi dengar jugaklah sedikit keluhan bila mana ada yang cuba buat fitnah sewenang-wenangnya. Bayangkanlah kalau yang ditembak oleh si polan tepat , tapi tidak melakukan semua apa yang dia ceritakan, tak ke aku kena hempuk?

Si polan tu, aku kenal gitu-gitu je pun. Bukan sama umur. Tapi yang pasti aku tak pernah cari gaduh dengan dia. Nak bertegur sapa lagilah tak pernah. Entah kenapa dia boleh buat cerita sesuka hati dia je kan. Aku ingatkan orang perempuan je yang suka laga-lagakan orang. Rupanya orang lelaki pun ada. Haishh…dunia-dunia..!

Walaupun cerita dekat atas ni dah bertahun-tahun terjadi, tapi aku still tak dapat lupa. Di fitnah bukan pekara yang menyeronokkan tapi sebaliknya. Dan kena ingat, dosa memfitnah itu lebih besar daripada membunuh. Jadi sebelum sebarkan cerita, cubalah tanya untuk kepastian. Tambah-tambah di bulan yang penuh barokah ni.  Jangan main tembak je.!

Kenapa aku cerita semua ni? Tadi aku merayau-rayau dalam mukabuku, lepas tu terjumpa pulak si polan tu punya muka buku, terus teringat FITNAH yang dia pernah buat dulu. Sampai sekarang dia tak pernah minta maaf dekat abah. Apatah lagi aku. Tapi tak apa, aku dah maafkan dah pun, aku anggap dia mamai je waktu buat cerita tu…



Kata Hati : Jangan sebarkan sesuatu pekara yang kita sendiri pun tak pasti, kalau tak tahu TANYA…


.

31 ulasan:

Busyra Bt Takiyudin berkata...

huhu. tu la tak leh nk pejam kan mata. betul apa yg nur smpaikan ni. jgn main ckp ja kalo kita sendiri pown tak pasti. btw entri ni mnyedari kan busyra sebelum tido. tq nur!

Deqla Manjew berkata...

huhuhu... mmg x patot.... x patot... tp maybe dia salah org kot..boleh jadi dia betul2 nmpk ada budak ponteng skolah, hisap rokok tu tp dia ingatkan tu anak abah nur.. kalo ye pun, sepatutnya jgn main serkap jarang.. tanya dulu abah nur tu.. ada anak lelaki ke.. pompuan ke.. apa namanya.. ceh mcm nak dtg merisik plak hahahahaha.. ;p

Rosmiza Ali berkata...

Memang besar dosanya memfitnah ni.. Sebab tu berani nak bercakap pasal sesuatu perkara yang belum pasti kesahihahnya.. Takut jadi fitnah..
ZON PERMAISURI CHOMEL

♥♥ Nur ♥♥ berkata...

biasa la...mulut manusia mmg tak boleh ttp... nak pulak mmg manusia jenis mengumpat je kje die...
sabo ye

BERT berkata...

oiiii jahatnye beliau... dengki ke hape tu sampai fitnah2 org.. dosa besar tu.. moga beliau dpat hidayah...

t.a.t.a berkata...

dan juga jangan sebarkan sesuatu yang boleh memalukan orang lain. simpan sendiri aje.

bila kita simpan aib orang lain, nanti Allah tutup aib kita di akhirat kelak.

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

fitnah dosa lebih besar daripada membunuh....fitnah ni ibarat memakan daging saudara sendiri..nauzubillah...minta simpang dr membuat fitnah dan difitnah

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

bahaya fitnah ni..

Nyue berkata...

itu sebaiknya tindakan abah cik nur, tanya dlu si anak.. jgn terus percaya org2/polan2 yg bercakap.. so duk berbincang itu lebih baik

Che Rosliza Che Mat berkata...

Betul tue Cik Nur..."Fitnah tue lebih teruk dripada membunuh...

LYAfrina berkata...

erana mulut badan binasa..nilah bisanyer mulut manusia y menabur fitnah.. aduyaii...

Masha Meisters berkata...

kan dah terkena batang hidong dye! cissss! memg bedebah betui...meh sini biar cik misi pelempang je....haha

Encik H berkata...

so, sejak bila Nur merokok? since zaman sekolah ke? O.o

Rapunzel Cikilolo berkata...

eh,

dh kenape die tu?

Aine Ainun berkata...

penah kena Nur...
lebih kurang cite Nur ni...

penah ngadu kat cikgu pasal budakponteng,
die balas dendam bagitau mak kita, kita ponteng sekolah...
kita tak la nakal sgt sampai nak ponteng sekolah kan...
apapun tu semua kenangan =)

QasehnyaRania berkata...

itulah bahayanya fitnah..naya je kan
selamat ptg ciknur..buat apa tu

Yumida Huda berkata...

betul tu nur
berita yg x pasti blh jd ianya menjd fitnah
kesian pd mereka yg menjd mangsa
pic haha tu..hihi..mmg expert bab jd pengkhianat..geng ngan girin

Ummi Iman berkata...

Berat juga fitnahnya tu. Ibubapa kenal anak mereka. Mujurlah mereka jenis yg tak mudah percaya... ada juga yg cepat melatah, kesian anak yg tak bersalah. Mcm dlm drama tu ;)

trah zain berkata...

haish, laki pmpuan pn xtau nk beza ka... sedap je bwk citer,, pelik org camni,,huhu

Yana Libra berkata...

hui..bengang nye kalau jadi cam tu..sesuka hati dia aje burukkan org..pastu boleh suruh ayak cik nur ajar anak jgn degil? huhu..sabar je lah..


p/s:saya kalau marah tak lepas pun akan rasa nak menangis..huhu~~

kayyana berkata...

btul tu.. fitnah tu lagi dahsyat dosanya daripada membunuh tau

are_lin@yu berkata...

plg xska org yg ska buat2 crit ni..grm btl

lelamaisara berkata...

mulut orang memang susah nak jage kan...huuuu..sesuke ati je buat cite yg tak betui...

Mieya Atiera berkata...

Dosa memfitnah lebih kurang sama dengan dosa membunuh. Seelok-eloknya, hindarkanlah perbuatan fitnah nie. Bukannya dapat apa pon

Cik Aini berkata...

dasyattt nya Nur..siap merokok bagai..Azizi tu klon ke kwn baek..kekekeke

len kali kalo xnak tnya..jgn amik tau.kekekeke

nanieybarnieylurviey berkata...

sgt x patut!!! grrr..
lelaki zmn skang boleh thn jugak bawak mulut.. kalah mami jarum..

baby comel berkata...

Sbb tu lah yg dikata, fitnah tu lebih dasyat dr membunuh.. sbb bila fitnah berleluasa, banyak jiwa2 yg akan mati akibat fitnah. Thanks mengingatkan saya tentang ni

ayut berkata...

dh maafkan biasanya takkan ingt nur...apa pon org klu nk fitnah tu ad je cerita dia nk buat...doakan jela yg terbaik utk si polan tu ye dear :)

intanfirdaus247 berkata...

fitnah itu lebih besar dosa dari membunuh..kan ciknur..akak pon ada juga yg fitnah..tp akak dah maafkan pon..biarlah ciknur..yg tu urusan mereka dengan Allah saja....

Chic Na berkata...

fitnah berat ni camni.. kalo tuduh ponteng sekolah ok lagi.. siap merokok.. wuwuwuw.. kalo cikna dah jumpa orang tu tumbuk2 muka dia.. hahaha..

Shida Radzuan berkata...

ssh juga kalo jmpa org yg lbh cpt dr reporter ni lps tu salah info lak..haihh..mmg nk kena hihii..