Salam. Bertemu kembali sekali lagi kita bertemu di ruangan ini. Bersyukur kepadanya kerana di berikan kesempatan untuk semua ini. Alhamdulillah. Motif apa kali ni awal-awal aku dah tepek muka sendiri kat blog sendiri ni? ( Takkan nak letak kat blog orang lain kot..!! ) hehe..motifnya, tak ada apa-apa, sekadar bersahaja. Kalau bukan tuan tanah nak letak gambar sendiri, siapa lagi kan..??
Ermm...macam mana dengan raya? Masih memenuhi undangan 'Open house' ke?? Alhamdulillah, mencurah-curah rezeki kita pada bulan Syawal ni kan. Okeylah, kembali pada tajuk di atas. kalian mahu tahu perkara sebenar? Aku memang rabun jauh, tapi masalahnya aku tidak suka bercermin mata. Haiss..!! Rimaslah. Macam-macam cara pujuk diri supaya kekal bercermin mata, tapi hampeh..!! Aku tetap tak mahu. ( Dasar degil..!! )
Sanggup berhabisan duit buat cermin mata supaya minat. Tapi hasilnya? Yaaaa..!!!! tetap sama, enggak mahu. Hehehe. Entah, nak buat macam mana lagi. Mata yang di sahkan rabun sejak di bangku sekolah lagi tapi tidak langsung aku pedulikan. Janji aku masih mampu melihat jelas walaupun ada sedikit kesukaran. Di situ terjadinya penderaan yang tidak di sedari aku, iaitu mendera penglihatan secara memaksa melihat sesuatu yang tidak jelas di mata. Sehinggalah aku betul-betul rimas bila semua yang aku lihat menjadi kembang semacam. Maka, mahu tidak mahu, terpaksalah aku memakai kaca mata. Eee..! Rimas..!
Adehh...!! Aku tepekkan jugalah gambar aku bercermin mata. Hahaha...!! Sangat tidak sesuai kan? Haiss..! Rimas wehh...!! Macam mana la aku mahu biasakan eyh? Sesiapa punya tips? Kalian yang membaca punya tips? kalau boleh aku mahu tips bagi penglihatan mata ini jelas. Boleh?? Permintaan yang merapu di situ. Hehe.
Ermm..sejak itu, aku masih juga degil, tetap tidak lekat dengan cermin mata. Aku cuma pakai bila setiap butir huruf menjadi kembang dan masa rasa-rasa nak pakai je. Bukan tak sayang mata, tapi entahlah nak beritahu macam mana. Susah mahu gambarkan. Ececehh..!! ngado-ngado eyh,...!!!
Harapnya, lepas ni aku kena ambil berat tentang semua ini. Jangan ambil lewa. Sekarang walaupun aku sentiasa membawa cermin mata kemana sahaja ( kadang-kadang lupa juga..hehehe. ) Tapi aku tidaklah selalu memakainya. Cuma bila perlu sahaja. Sampai bila aku akan bergini? Aku tuan punya badan pun tidak tahu sampai bila. ( Teruk sungguh..! )
Erm...rasanya cukuplah sampai di sini untuk bebelan kali ini. Pada kalian yang sudi membaca di blog ini, ribuan terima kasih aku ucapkan. InsyaALLAH, jika di panjangkan usia dariNYA, kita pasti berjumpa lagi di lain entry.
Sekian....!!
Daa..!!
Wasallam...!
Kata Hati : Selamat berhujung minggu semua...!!! Aktiviti aku besok, mahu mendobi..!! Layannnn....!!!!!
1 ulasan:
ooohhhh, cik nur pakai spek rupenye ye. :)
Catat Ulasan