Rabu, 10 November 2010

Home » » .:: Dalam Dan Luar | Situasi Yang Berbeza ::.

.:: Dalam Dan Luar | Situasi Yang Berbeza ::.

.



Salam.


Lama meninggalkan blog sepi tanpa entry. Entahlah kenapa sejak akhir-akhir ni idea datang menujah-nujah minda kosong. Tapi masalahnya tuan tanah tak tahu mahu mula bagaimana. Ini kerana idea yang datang dengan mood yang bercampur-campur.

Jadinya, susah sikit mahu terjemahkan apa yang ada di fikiran ketika itu. maka ambil keputusan mendiamkan dari sebentar adalah jalan yang terbaik. Kadang-kadang, kita lihat manusia ini rambutnya sama hitam, berdirinya dan duduknya sama tinggi, serta senyumnya sama manis.

Tapi, kalian pernah terfikir tak, hatinya? Adakah sama-sama ceria? Walaupun di luarannya kita lihat mereka tersenyum manis yang sangat indah. Sumpah..! kita langsung tidak boleh menilai orang dari segi luarankan? Jika mereka di lihat tersenyum, jangan sangka hati mereka juga turut sama tersenyum girang. Mungkin sebaliknya.

Begitu juga, jika mereka sentiasa di lihat sentiasa sedih, di dalam hatinya mungkinkah turut bersedih? Mungkin dalam hatinya melompat gembira. Kenapa? Kalian tidak percaya wujudnya perasaan yang berselindung di sebalik apa yang terpapar di dunia realiti?

Percayalah, kerana ini benar-benar wujud. Apa yang kalian lihat adalah pemandangan luaran sahaja. Tapi dalamannya. Hanya DIA yang maha mengetahui. Tapi tidak semuanya begitu. Ada yang senyum manisnya benar-benar ikhlas. Dan ada juga yang sedihnya benar-benar sedih. Saya tidak bermaksud semua manusia sama. Segelintirnya sahaja ya.

Apa-apapun yang berlaku hanya tuan badan dan Yang ESA saja yang tahu. Pendek kata biarlah rahsia itu tersemat di hati dan jiwa masing-masing.

Rasanya sampai di sini saja. Insya-Allah, ada masa kita jumpa lagi. Buat kalian yang sudi menjenguk blog tak berapa nak cun ni, terima kasih ye.

Daa..

Salam..



Kata Hati : Ermm.... Lari..Lari..Lari..Tenangkan Minda.


.

2 ulasan:

hans berkata...

yups
betul tu
riak muka tidak melambangkan perasaan seseorang itu 100%

P/S : Jom Tengok Jenis Jeruk Buah - Buahan..Sedap Owhhh!

9n0L4 berkata...

Allah saje yg tahu isi hati manusia ni kan.