Khamis, 15 September 2011

Home » » .:: Cuba ::.

.:: Cuba ::.

.


Assalamualaikum.




Seni itu luaskan?

Dan seni itu juga pelbagai serta halus.

Menulis juga adalah salah satu yang termasuk dalam bidang seni. Cumanya menulis ini memerlukan kerja keras yang sangat peka. jika tidak kita hanya boleh menulis, tapi hasilnya ala kadar sahaja. Adakalanya menulis menjadi mudah bila kita menulis berpandukan pengalaman sendiri mahupun orang lain.

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku buntu untuk mengerah idea. Sedangkan segala rasa itu penuh di minda. Cuma entah kenapa untuk megeluarkan menjadi butiran abjad yang mudah di fahami amat sukar sekali.
Mungkin ini adalah normal untuk minda yang terlalu penat.

Ya..!

Aku terlalu penat setelah apa yang dilalui.
Aku letih dengan dambaan yang aku berikan.
Aku bosan untuk terus menunggu.
Aku sedih kerana kejam pada diri.

Ya..!

Memang berat untuk aku luahkan. Benda yang sudah sebati dalam diri dan tiba-tiba aku terpaksa buang segala yang bersarang. Susah bukan?

Tapi entah kenapa baru sekarang aku sedar akan semua ini. Oh..! kejamnya aku..!
Buka mata, buka minda dan tidak cuba kejam pada diri sendiri lagi.

Sumpah..! di saat aku menaip segala butiran abjad untuk entry ini, aku gentar..! sama ada benar atau tidak keputusan yang aku ambil ini.

Dan harapnya ini adalah keputusan yang tepat..! Moga ALLAH memberi kekuatan padaku, dan sentiasa Memberi Rahmat ke atas kita semua…Amin..! 



Kata Hati : Still Learning.............!!!!!


.

2 ulasan:

NY berkata...

amani ada mslh ke?? kalo perlukan teman tuk bercerita carilah akak..insyaALLAH akak sedia mendengar...
akak doakan yg terbaik tuk amani...=)

:: Cik Nur :: berkata...

NY :
Terima kaseh kak...
saya hnya manusia biasa kak...berjuang sebelum mengalah, tapi skrang baru sy sedar..pjuangan saya sia2...

baru sy sedar, btapa kejamnya saya pada diri...

sy juga doakan yg tbaik buat akak...terima kaseh kak nusrah.. :)