Assalamualaikum.
Ermm...Normal ke kalau kita potong bawang sambil menangis-nangis? Maksud
menangis dekat sini bukanlah sesaja menangis. Tapi keluarnya air mata disebab
pedih dek kerana bawang tu. Atau aku sorang je yang alami menda ni..? Hehehe.
Yang pelik kadang-kadang tu baru sebiji je bawang tapi air
mata berjurai-jurai macam kena pelempang dua tiga kali. Pedih kot..! sampai
kadang-kadang nak buka mata pun berat. Err..siapa pernah alami macam ni..?
Mohon mengaku..hahaha
Kalau sebut bab petua untuk hilangkan pedih mata semama
kupas bawang ni, macam-macam yang kita dengar ye dak. Salah satunya dengan CUCUK
SEBIJI BAWANG DI HUJUNG PISAU. Pernah dengar tak..? Rasanya rata-rata kaum
perempuan mesti pernah buatkan. Sebab aku pun pernah buat macam tu. Tapikan, Cara ni, langsung tak beri kesan pada aku.
Tapi mungkin beri kesan pada orang lain.
Petua yang kedua pula, dengan cara SEDIKIT GARAM DI LIDAH kekita
mengupas bawang. Kira kalian perlu kemam je garam tu. Letak sikit je pun, tak
perlu letak banyak nanti tak pasal kalian dapat darah tinggi sebab terlebih
garam. Hehehe. Pernah buat tak cara ni..? Aku pernah buat, mula-mula dulu
berkesanlah juga, tapi lama-lama pedih juga, mungkin dah terlebih garam kot.
Jadi, meh sini aku nak kongsi petua senang. InsyaAllah
berkesan. Nak tahu apa..?
Kalian kupas bawang depan KIPAS ANGIN yang berkaki tu,
pasang speed dia laju-laju. Dengan cara ini gas yang terkeluar dari bawang tu
akan dibawa pergi bersama-sama dengan angin yang meluncur laju dari kipas angin
tu. Kira sambil kupas dan potong bawang tu, feeling-feeling tepi pantai laa...Hehehe..mudahkan..!
Cubalah tau. InsyaAllah, pedih mata akan berkurangan.
Selamat mencuba….!
Kata Hati : Kalian ada cara lain..? Kongsikan laa..jangan
memalu… ^_^
.
Petua Hilangkan Pedih Ketika Potong Bawang





