Rabu, 4 Ogos 2010

Home » » .:: Cerewet ::.

.:: Cerewet ::.

Salam. Sekali lagi kita bertemu di ruangan alam maya ini. Seperti biasa, penuh dengan rasa kesyukuran di titipkan padaNYA, kerana masih lagi memberikan kesempatan buat aku dan kita semua berceloteh dan bertemu di ruangan ini. Alhamdulillah..!! Syukur padaMU Ya ALLAH..!!

Okeyh..! tajuk entry kali ini, mungkin sudah sinonim dengan kaum hawa. Sebabnya, kebanyakan, ( tidak semua ya..! ) kaum hawa adalah cerewet. Aku akui, aku salah seorang kaum hawa yang cerewet. Tapi cerewet aku dengan perkara yang betul. Tidaklah aku mahu cerewet dengan perkara yang tidak tentu pasal. Itu bukan cerewet namanya, selayaknya di gelar ‘ banyak songeh ‘.

Dan aku juga tahu, kebanyakan, ( tidak semua ya..! ) kaum Adam, tidak cerewet. Selalunya lelaki ni, senang cakap main sebat je. Tapi tidaklah semua. Ada juga yang cerewet. Aku tipu?? Oh..tidak, aku tidak menipu. Lelaki cerewet benar-benar wujud. Mungkin andakah orangnya? Hehehe..tepuk dada, tanyalah diri sendiri.

Sepanjang aku berkhimat di Syarikat yang memerlukan aku berdepan dengan setiap pelanggan , tidak kira apalah jantinanya dan kaumnya. Aku dapati. Terdapat ramai jugalah lelaki dalam golongan cerewet. Tidak kita bangsa dan agama. Masing-masing ada cerewetnya. Tapi aku tahu, ramai juga yang tidak cerewet. Aduhai..!!! seksanya bila berdepan dengan lelaki cerewet. Lebih-lebih lagi lelaki yang cerewet daripada orang rumahnya. Lagilah letih mahu berhujah.

Perempuan cerewet, bagi aku manis juga la. Tapi lelaki cerewet, bagi aku, boleh-boleh saja. Kalau cerewetnya lebih-lebih , bagi aku boleh belah lah. Haha..! nak pula yang cerewetnya tak tercapai dek akal. Lagi la panas di buatnya.

Okeyh..! ini cerita benar, aku pernah berdepan dengan seorang pasangan suami isteri yang datang ke bilik pameran perabot di kawasan aku. pertama kali aku lihat mereka datang ke sini. Dan pertama terlintas di fikiran aku, murah rezeki mereka hendakNYA. Kalian pernah dengar tak, orang kata, kalau isteri lebih tinggi dari suami, insyaALLAH, murah rezeki. ( orang kata la, sebetulnya, semua rezeki akan datang dengan izin ALLAH)

Pada mulanya, pasangan ini hanya berbisik-bisik sesama sendiri. Mungkin sedang membayangkan bagaimana contoh perabot yang ada jika di padankan dengan ruangan dapur rumah mereka. Tiba-tiba si suami, mengajukan soalan cepu emasnya pada aku yang sudah sedia memberi penjelasan.





Si suami : Design memang macam ni je ke?

Aku : Banyak pilihan. Sebab di sini semua tempah. Bergantung pada ruangan dapur rumah encik.

Si suami : Boleh tak kalau kabinet atas dan bawah ni, rendahkan sikit? ( sambil mengayakan tahap level yang dia mahu.)

Aku : Boleh, tak de masalah. ( sambil menganggukan kepala )


Si suami terus membuka pintu-pintu kabinet yang ada. Si isteri tiba-tiba bersuara.


Si isteri : Kenapa pula nak buat rendah. Kalau boleh saya nak tinggikan sikit kabinet atas dan bawah ni. Bolehkan dik? ( sambil mengayakan tahap level yang dia mahu, sepertimana si suaminya buat tadi.)

Aku : Boleh kak..! tak jadi masalah.

Si suami : Kenapa nak tinggikan pulak??

Si isteri : kalau rendah nak masak susah. Lama-lama jadi lenguh. Lagipun ok la tinggi yang saya nak tadi tu? Boleh buatkan dik??

Aku : Boleh-boleh. ( sambil senyum tanda memahami kehendak si isteri.)

Si suami : Tinggi-tinggi, nanti susah nak ambil barang. ( nada yang agak keras )

Si isteri : Susah apanya..saya yang masak kat dapur, bukan abang..!!

Si suami : kalau saya nak buat, saya nak buat rendah. Tak mahu tinggi-tinggi. ( nada yang agak marah )

Si isteri : bukan abang yang nak masak. Saya yang nak masak. Rendah-rendah buat apa?


Gambar Hiasan.

Adehh..!!! , tak pasal-pasal aku menyaksikan pertengkaran secara langsung pasangan tersebut. selamber badak je diorang gaduh-gaduh depan aku. Aku yang masih di bawah 18 tahun ni ( cehh..!! perasan muda la konon..!!), terpinga-pinga mendengar setiap butir perkataan di keluarkan dari bibir mereka. Adehh..!! memang tidak sesuai untuk aku dan kita semua dengar. Mahu meleraikannya, tidak tahu pula aku mahu menyampuk dari mana. Tersalah sampuk, takut pula aku di labelkan kurang ajar. Ye lah, pelanggan kan selalunya betul. Aku jauhkan sedikit diri aku dari mereka. Tak manis jika aku ada di situ. Dalam hati aku, sabo je la..!!

Lebih 5 minit bertikam lidah. Azab benar rasanya. Tapi ada benarnya juga permintaan si isteri. Ketinggiannya akan membuatkan dia berasa lenguh pabila memasak kelak. Tapi tidak pula aku membela si isteri. Takut nanti kena marah. Dan akhirnya mereka keluar dengan muka yang masam mencuka. Si isteri sempat bersuara sebelum keluar .

Si isteri : maaf ya dik..! laki akak tu memang cerewet. Macam dia yang nak masak untuk anak bini.

Aku, Cuma mengangguk senyum. Alahai..!! kesian pun ada. Sebenarnya banyak lagi permintaan cerewet yang tidak tercapai dek akal yang pernah aku lalui sendiri. Baik dari lelaki, baik dari perempuan. Kedua-duanya, sama saja. Cuma manisnya cerewet lebih pada perempuan la. Hehehe..!!Tapi dalam kes tadi, tentu kalian dapat tafsir sendirikan. ? so..sama-sama lah kita renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah!

Hampir 3 tahun kejadian di atas berlalu. Tetapi ia masih segar di ingatan aku. Mana tidaknya, secara langsung tu..!! mana boleh aku lupa sewenangnya. Pengalaman hidupkan.

Harapnya, entry kali ini tidak menguris mana-mana pihak yang membaca, hanya secebis pengalaman aku yang mahu di kongsi bersama. Tiada di tujukan khas pada sesiapa. Sekadar renungan kita semua.

Dan rasanya sampai di sini saja untuk bebelan untuk kali ini. insyaALLAH, panjang umur kita pasti bersua di lain entry. InsyaALLAH.

Salam..


Daaa….!!!

Kata Hati : Maaf jika ada yang terasa hati. sekadar berkongsi pengalaman suka dan duka di sini. Tidak ada niat mahu menjatuhkan sesiapa.



Ikhlas

9 ulasan:

Suya berkata...

ala, kdg2 x sedar bila bertekak dgn suami..aku pun kdg2 mcm tu gak..dpn kaunter nak byr duk bertekak, konon2 menegakkan keadilan..hahaha..

Nurcita2 berkata...

suya, betul..tp jgn tkeluar pkataan yg xspatutnya di dngar ek..
=)

hans berkata...

hahaha
macam2
tu komen anonymous tu kenapa dipadam tu amani?

P/S : Anda Semua Dah Daftar Sebagai Pengundi?

naz berkata...

hahahaha kita boleh belajar dari situ kan :)

Tanpa Nama berkata...

huhu..pe2 pn sabo je le weh..yg bek jdkan teladan..yg bruk dijadikan smpdan...

Nurcita2 berkata...

hans, itulah kehidupan =)

komen tu di padam sebab nk ajar kawan yg datang ke opis tadi cara2 komen mgunakan anonymous...tekan abcdefg je...hehe..

Nurcita2 berkata...

naz; yup...byk yg kita boleh blajar kan??

Nurcita2 berkata...

anon/etie: mmg kena byk sabo..klu tak lama dah kena deme tu..hehehe..=)

9n0L4 berkata...

huhu. takleh nk byg duk dgr suami isteri gaduh mulut.