Sabtu, 4 September 2010

Home » » .:: Berbaki Lagi 5 Hari | Bagaimana Persiapan Raya Anda? ::.

.:: Berbaki Lagi 5 Hari | Bagaimana Persiapan Raya Anda? ::.


Salam.

Alhamdulillah bersyukur kita kepadaNYA kerana di beri peluang buat kita semua terus bernafas di bumi bertuah ini. Kita juga di berikan kesempatan untuk menjalani ibadah puasa yang masih berbaki lima hari sahaja lagi untuk kita meraikan hari kemenangan.

Alhamdulillah Ya ALLAH..!!

Bersyukurku padaMU..!!



Bagaimana dengan persiapan raya kalian?? Harapnya tahun ini kita tidaklah membazir seperti tahun-tahun sebelumnya. Moga tahun ini biarlah sambutan kita sederhana tetapi meriah. Itukan lebih baik daripada sambutan beriya tetapi hati tidak meriah.



Eh..!!

“Beriya tetapi hati tidak meriah.”

 Maksud tuan tanah??

Iyalah, sebelum raya persiapan yang di sediakan beriya-iya. Kalau boleh semua mahu di ganti dengan yang baru. Sofa baru, langsir baru, meja baru, tv baru, handphone baru, kereta baru, balang kuih baru. Boleh nak di katakan semuanya mahu serba baru..! beriyakan?


 
Tidak meriahnya pula lepas rayalah. Bila semua duit sudah habis di keluarkan. Waktu ni memang sakit pada yang beriya-iya tadi. nak tunggu gaji? Hujung bulan baru masuk. Nak-nak pula bayaran bulanan kereta dan sewa rumah belum di jelaskan lagi. Adoii..!! bertambah-tambah sakitlah.


Ish..!! takut mahu daku bayangkan. Jadi, kalau tidak mahu perkara sebegitu terjadi pada kita, apa kata kita sambut Aidilfitri kali ini secara sederhana. Tidak payahlah kita mahu bertukar segala bagai kepada yang baru. Jika yang lama masih elok, apa salahnya kita pakai lagikan? Dan InsyaALLAH ianya pasti meriah.

Yang penting lepas raya kita tidak susah hati atau sakit kepala. Betul tak??

jadi, sama-samalah kita renung-renung dan fikir-fikirkan ya. Kalau ada rezeki lebih, tak salah mahu berbelanja. Tapi kena jugalah berpada-pada. Pada kalian yang belum buat persiapan raya lagi tu, cepat-cepat ya..! tinggal lagi lima hari je ni.

Ermm…rasanya sudah puas daku berleter di sini. Tiba masa untuk mengundurkan diri. Dan insyaALLAH, jika di izinkan ALLAH, kita semua pasti ketemu lagi di ruangan ini. Terima kasih pada kalian yang tidak jemu-jemu bertandang ke blog yang kejap-kejap ada, kejap-kejap takde ni eyh..hehe.

Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa..!
Salam..!!

Daa…!!


 
Kata Hati :

* Hati-hati memandu pada mereka yang mahu pulang ke kampung halaman. Al-maklumlah, cuti sekolah dah mula.
* Dah boleh nak buat kuih raya ni. ( Pstt..!! rindu kueh batang buruk inti kacang tanah )
* Yang terima tempahan kueh dan baju raya, cepat-cepat siapkan.

9 ulasan:

NAZ berkata...

saya shopping pun belum lagi mesti sesak saat2 akhir nie

Miss N™ berkata...

naz, sudak tentu sosak naz..
ape2 pun, selamat bershopink..!!
=)

Unknown berkata...

Tak terasa nak raya laaa...sbb rasa belum puas bermanja dgn ramadhan..huhu...ya,org da takde~ :(

TERBARU: Bayyinat-penjelasan

Btw,nice blog laa!

hans berkata...

xbuat apa lagi pun
masih menghayati masa berbuka bersama family

meh komen kejap pasal iklan raya tv3 yang baru nih

P/S : Iklan Raya Aidilfitri TV3 Tahun Nih Macam Ada Tak Kena! Ini Bukan Hari Natal....

Faizal Sulaiman berkata...

wahh

jimat2 belanja ye!

hehe..supaya tak garu kepala di hujung2 bulan,weeeeee

Miss N™ berkata...

iqbalsyarie-

harapnya tahun depan kita masih berkesempatan untuk menyambut bulan yang mulia ini...=)

t.kasih ya..! blog biasa2 aja..=)

Miss N™ berkata...

hans-

sememangnya anda bertuah, nikmati sebaiknya ya..!!

daku dah komen..mmg xkena!

Miss N™ berkata...

faizal sulaiman-
yup..pandai pun. galakkan org bjimat...moga tak garu2..hehehe..

ayuh..bjimat jum..!

9n0L4 berkata...

lame dah tak buat biskut raya. dh hilang sume skill. huhu.