Jangan biarkan amarah terus menyelubungi diriku. Benar..!! perit yang aku rasakan. Kerana Kenapa aku yang menjadi mangsa? Sedangkan aku tidak pernah kenal siapa dirinya. Cuma yang pasti dia tetap makhluk ALLAH yang hanya menumpang di muka bumiNYA.
Dia manusia yang tidak tahu mensyukuri setiap detik nikmat yang di berikan olehNYA. Manusia yang sentiasa mahu melihat manusia lain hanyut dengan kata-kata yang di lemparkannya. Manusia yang tidak pernah mahu melihat insan lain senang dengan kejayaan yang di kecapi.
Benar..!! mereka masih wujud. Masih lagi menganggap diri mereka hebat dan gagah mungkin. Sebelum ini aku terlalu memikirkan apa yang telah terjadi, sehingga setiap hela nafasku menjadi sesak dengan segala ungkapan keji yang telah di lontarkan.
Memaksa fikiranku berputar mencari penyelesaian yang jelas di depan mata. Cuma ketika fikiran sedang ligat berputar aku tidak dapat melihat dengan jelas setiap penyelesaian yang ada. Tiada kata kesat buat yang telah menghina aku. Tiada sumpah seranah untuk yang menjerat aku dengan pelbagai soalan.
Aku tidak mahu penat dengan manusia yang menyembunyikan tangannya setelah cebisan batu di lemparkan tepat ke arahku.tidak mahu lelah dengan manusia yang berjaya membuat aku muram dengan segala rasa. Biarkanlah. Aku sudah tidak peduli.
Cuma aku mahu senyum indah. Kerana itu ubat segala kusut di hati yang dijalari dengan tujahan kata-kata yang tidak bermoral dari manusia itu. Aku doakan agar manusia itu terbuka pintu hatinya kembali ke jalan benar. Dan sentiasa doakan yang terbaik untuk dia mengenali jalan yang lurus ini. Tidak akan aku menghina manusia itu.
Aku redha kepadaMU Ya ALLAH…!!
Berikanlah manusia itu peluang menuju ke jalanMU Ya ALLAH..!
Ubatilah hati manusia itu dengan kalam suciMU Ya ALLAH..!
Bebaskan manusia itu dari segala hasutan Syaitan Ya ALLAH..!
Kata Hati : Tiada guna jika aku terus membiarkan amarah menyelubungi diri yang lemah ini. Lepaskan..biarkan, itu yang terbaik.
.
3 ulasan:
banyakkan sabar ye amani:)
Terima kasih Faizal Sulaiman,
hanya kesabaran dari yang Esa saja yg perlu di terapkan dalam diri...
redha tu ikhlas. pasrah tu menyerah. :)
Catat Ulasan