Salam.
Alhamdulillah,kita semua masih bernafas. Dan kita semua masih boleh menghirup nafas segar yang di cipta olehNYA.
Syukran Ya ALLAH.
Apa kes aku kuarkan entry malam-malam? Buang tabiatkah? Mungkinlah. Hehe.. n_n.
Hujung minggu lepas, bebelan mak menujah-nujah tepat ke telinga aku. Mak kata, rambut aku semakin menipis. Terkejut juga aku bila di tegur begitu. Yelah, aku fikir tak de siapa yang perasan. Alih-alih mak tegur. Siap bebel lagi. Aduhai…tahan telinga je lah.
“Banyak fikir”
Itu saja jawapan yang aku berikan.
Dan pagi semalam, otw ke market ikan, sekali lagi mak menegur perubahan pada aku. naluri seorang ibu, yang mengandungkan aku selama Sembilan bulan dan aku di besarkan di depan matanya, mana mungkin mak tidak dapat hidu sebarang berubahan yang berlaku atas diri aku.
Tapi kali ini bukan di tegurnya kerana rambut. Tapi MATA.
“Kenapa mata kamu bengkak?”
Itu soalan pertama mak bila aku keluar bersama mak pagi semalam. reaksi aku? hanya tersenyum dan diam seribu bahasa. Tiada kata. Rasanya itukan lebih baik. Padahal aku sendiri tidak perasan yang pagi semalam mata aku ketara bengkaknya. Hahahaha.
Bila soalan yang sama di ajukan mak untuk kali kedua, aku mula berbicara sebelum di desak atau mak terus dengan leteran di cuping telinga aku.
“Kaklong Insomnia”
Harap mak faham, walaupun aku melihat berkerut dahi mak mendengar perkataan pelik yang terkeluar dari mulut aku.
Ermm..lepas ni kena tuam mata bagi bengkak itu susut. Boleh?
T_T
Kata Hati : Macam mana mahu hilangkan eye bag? ada petua tak??
4 ulasan:
wah
kena insomia ker?
P/S : Aarif Rahman @ Aarif Lee :- Bruce Lee My Brother
Hans : Jiwa Kacau weh...!!! Sebab itu tak dapat lelapkan mata...hohohoho
skrg okey dh? hee. byk bace quran ye nur. :)
skrg ada lagi e ke..
comey pulak no dalam mata tu
* good news biasa2 je :)
Catat Ulasan