Selasa, 16 November 2010

Home » » .:: SALAM AIDILADHA ::.

.:: SALAM AIDILADHA ::.

.




Salam.


Alhamdulillah, kita masih lagi bernafas di muka bumi Yang Esa ini, dan di berikan kita juga kesempatan untuk menyambut hari raya korban 1431H pada tahun ini.

Di kesempatan ini, tuan tanah ingin mengucapkan, Selamat Hari Raya Aidiladha pada kalian yang tidak jemu-jemu menjenguk blog yang tidak seberapa ini. Mohon ampun dan maaf sekiranya tuan tanah pernah terkasar bahasa secara sengaja mahupun tidak sengaja ketika berceloteh di sini.

Sekiranya ada kesilapan entry-entry yang menguris hati dan perasaan Kalian, harapnya tidaklah di simpan di dalam hati. Ampun maaf terus di pinta dari kalian semua.

Harapan Aidiladha, agar hari raya korban pada tahun ini, membawa seribu erti buat kita semua.

Dan sekali lagi, di ucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha 1431H buat semua.



Salam.


Kata Hati : Hati-hati Di Jalan Raya...!!

.

2 ulasan:

hans berkata...

selamat hari raya aidiladha

P/S : Gua Rasa Bangga Jadi Pengambil Daging Terakhir Tadi..Muahahahaha!

9n0L4 berkata...

cpt mase berlalu. dah bape kali raye dh kan. ;)