Jumaat, 15 April 2011

Home » » .:: Cerita Sebabak Aku 1 | CSA 1 ::.

.:: Cerita Sebabak Aku 1 | CSA 1 ::.

.
Didalam Cerita Sebabak Aku ( CSA ) nama , tarikh , masa dan tempat atau apa sahaja maklumat tidak akan dinyatakan untuk keselamatan bersama.


Pejam celik, pejam celik tak sangka hari yang di nanti-nantikan akan tiba. Sebelum ni punyalah rasa tak sabar. Rasa lambat sangat-sangat. Alih-alih bila tarikh yang di tunggu-tunggu itu hampir tiba, hati pula rasa tak tenteram. Ish..ngada..! (haipp…! Nama pun Cerita Sebabak Aku - CSA)

Bila dah tinggal sehari saja lagi menjelang hari esok ( bukan debaran mengundi di Sarawak ya..! ), Macam-macam persoalan yang muncul dalam kepala ni.  Samada ini adalah pilihan yang tepat atau tidak.serasi atau tidak. Haissh..! macam-macam lagilah. Sebab sebelum ni pun adalah satu dua yang tak serasi. Last-last di tinggalkan begitu je. Kasihankan?

Oh..Kasihan…!

Kali ini  dari segi luarannya aku lihat dia ok, segak dan kemas. Tapi cuma dalamannya je yang aku tak tahu lagi. Lagipun aku  bukan pandai sangat nak menilik bagai ni. Asalkan sedap mata memandang, selesa dan serasi bersama sudah memadai bagi aku.

Tapi kalau tak serasi macam mana?

 Aduhh…!

Pening-pening. Terus terang cakap, memang jiwa aku tengah kacau ni. Mungkin di sebabkan pengalaman lalu hati ini jadi gundah gulana. Takut laa..! takut untuk kali ini, jadi macam yang lepas-lepas juga. Macam mana?

Sebab tu aku kena buat keputusan sebelum hari  itu muncul. Kalau boleh tak nak tersalah langkah seperti sebelum ni. Cukup-cukuplah dengan pengalaman dulu. kalau boleh tak nak di ulang lagi.

Serik...!!!

Apa-apapun, aku akan terus berdoa moga itu  yang terbaik buat aku.InsyaALLAH.

 Hakikatnya, debaran esok jelas terasa...!
Sangat terasa...huhuhu..

.

Tiada ulasan: