Rabu, 20 April 2011

Home » » .:: Cerita Sebabak Aku 3 | CSA 3 ::.

.:: Cerita Sebabak Aku 3 | CSA 3 ::.

.
Didalam Cerita Sebabak Aku ( CSA ) nama , tarikh , masa dan tempat atau apa sahaja maklumat tidak akan dinyatakan untuk keselamatan bersama.


Dua hari sudah, aku terserempak dengan seorang perempuan di sebuah taman, membuntang mata kami bila mata bertentang mata. Mana taknya, nama pun T.E.R.S.E.R.E.M.P.A.K..!

Ermm…dari ekor matanya, macam ada pekara yang masih belum di selesaikan.

Huh..! Udah-udah le tu, kita buat hal masing-masing ya. Sebab aku pun dah lali dengan cerita-cerita yang tak betul tu. Jangan di sebabkan dengki atau apa saja yang telah merajai hati , awak nak jadi pengarah filem percuma.  Kalau laku takpe la, ini tak…!

Eh..! tapi kalau betul nak buat cerita, cuba cari yang betul-betul. Lagi best kalau cerita betul tu kita tanya terus dari tuan empunya badan, jangan melalui orang tengah. Kompom cerita cepat basi. Sebab banyak sangat rencah air liur sebelum nak sampai pada pengarah.

Apa kes guna orang tengah?  Nampak macam penakut adalah. Tak pun nampak sangat macam nak jaga tepi kain orang. Tak rock la beb..!  kalau nak tahu kisah sebenar lagi tulen yang ada cop sah dan halal, meh kita bersemuka. Baru rock..!!

Aku bukan ajak gaduh, lagipun aku ni tidaklah kejam sangat sampai nak ajak bertumbuk bagai. Cuma nak ajak bersembang cara baik. Apa saja soalan, insyaALLAH aku jawab. Baru boleh buat cerita yang best, sebab bukannya datang dari orang tengah.  

Lagipun kalau melalui orang tengah ni, dah sah-sah bukan yang terbaik dari ladangkan?

Al-maklumlah, dah tak segor…! Jadi meh datang berdepan dengan aku. Kompom terbaik dari ladang.

Kan? Kan? Kan? Kan?

Okeylah tu..!

.

Tiada ulasan: