Assalamualaikum.
Sekali lagi di berikan kesempatan dari Ilahi untuk terus bertemu di ruangan ini. Tanpa keizinan darinya, pasti kita semua tidak dapat melaksanakan apa yang telah terlaksana untuk hari ini.
Syukran Ya ALLAH..!
Alhamdulillah, Sudah lama tidak mengeluarkan entry, tapi untuk entry kali ini adalah entry pemberitahuan tentang kemunculan “Cerita Sebabak Aku” ( CSA ) di blog ini tidak lama lagi. CSA akan menceritakan apa yang terjadi bukan saja pada diri aku, malah apa saja yang ada di sekeliling aku baik yang lama mahupun baru.
Akan tetapi, di dalam CSA tidak akan mengeluarkan sebarang nama , tempat , masa, tarikh atau apa saja maklumat yang berkaitan dengan sesiapa yang berkaitan dengan cerita. Ini adalah kerana CSA bukanlah bertujuan mahu mengaibkan sesiapa. Malah CSA sekadar mengimbau dan mencatat segala kenangan suka duka dalam diri aku di ruangan ini.
InsyaALLAH, jika tiada apa-apa halangan CSA untuk pertama kalinya akan di muat turunkan pada malam ini. Harapnya moga kalian terhibur dengan karya merapu aku nanti. Huhuhu.
Dan berharap CSA ini tidak menguris hati mana-mana pihak. Aku Mohon ampun dan maaf jika sekiranya CSA menguris hati dan perasan mereka.
Ribuan terima kasih juga pada kalian yang sudi dan tidak jemu-jemu singgah di blog ini. insyaALLAH, panjang umur kita bersua kembali.
Mu’asallammah…!
Kata Hati : Sekadar Bercerita......
.
3 ulasan:
wah kak amani =) hehe.. Faz tunggu detik itu.. detik CSA ada dimuatkan dalam blog kakak.. hehe
Faz...
InsyaALLAH...Sebentar lagi.. :)
terima kasih ya dik, sudi singgah sini... :)
mmm..akan berteka teki la ciksu :D
Catat Ulasan