Assalamualaikum.
Syukran di berikan kesempatan untuk aku terus berada di ruangan ini.
SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG !!!!!!!!!! ( blog aku daaa...jangan fikir ke laut ya..! )
Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik jatuh 17 April 2011 dah setahun dah blog aku ni. Di sebab tak ada masa yang cukup, tak sempat nak keluarkan ucapan ulangtahun untuk blog ini. Bila aku usha balik di awal pembabitan aku dalam bidang ni, ketawa sendiri aku di buatnya.
Tapi apakan daya kan, time tu budak baru nak belajar. Lagipun main redah je. Kira-kira 2 atau 3 bulan, barulah aku buat muka tak malu tanya otai-otai yang mahir dalam berblogging ni. Dari situ aku belajar dapat belajar, walaupun tak banyak, tapi ia cukup untuk membantu aku terus berada di ruangan ini.
Walaupun blog ini tak sehebat blog yang lain, aku tetap sayangkan blog ini. InsyaALLAH aku tidak akan lupakan blog ini. Untuk pergi jauh, aku belum bersedia. Lagipun banyak lagi benda yang aku kena belajar. Tak kan aku nak redah ikut suka je kan?
Di sini juga aku banyak membebel. Untuk kepuasan sendiri. Maaflah jika ada yang tidak senang dengan bebelan yang titipkan sepanjang setahun aku disini. Di sini juga aku banyak bercerita tentang KAMU. Dan di sini juga aku tidak megeluarkan entry yang tidak membawa maksud, kerana semua entry yang di keluarkan ada hubung kaitnya dengan kehidupan aku.
Aku tidak menulis sesuatu yang langsung tidak berkaitan dengan aku. Kerana menulis cerita yang bukan-bukan adalah bukan minat aku. Semuanya berhubung kait, cuma aku tidak terjemahkan secara terus, sebaliknya aku lebih banyak berkias.
Mungkin itu cara aku. InsyaALLAH aku cuba untuk bertahan bersama blog ini. walaupun kadangkalanya aku tidak selalu boleh menghabiskan masa sepanjang hari disini. tapi tidaklah bermakna aku mahu lupakan terus blog ini. Ia tetap di hati.
Dan insyaALLAH, dengan izinNYA aku akan terus di sini. Semoga Blog ini terus ceria-ceria selalu. InsyaALLAH.
Kata Hati : Aku juga sayangkan kamu-kamu..! :)
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan