Jumaat, 26 Ogos 2011

Home » » .:: Minggu Terakhir Ramadhan 1432H | Biskut Baru Bermula ::.

.:: Minggu Terakhir Ramadhan 1432H | Biskut Baru Bermula ::.

.


Assalamualaikum.
Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah, kerana di berikan kesempatan buat hambaMu ini terus bernafas di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Genap 26 hari kita menjalani ibadah puasa, kurang dari lima hari saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita semua. Sedihkan?  Dan hari ini adalah hari jumaat yang terakhir di bulan yang mulia ini. harapnya, tahun depan kita dapat berjumpa Ramadhan sekali lagi. InsyaALLAH…!

Macam mana dengan persiapan pakaian raya kalian semua? Tentu mantapkan? Pada yang belum selesai dengan persiapan raya ni, janganlah panik, sebaliknya cuba bertenang dan selesaikan perlahan-lahan. InsyaALLAH, selesai hendakNya.

Macam mana dengan persiapan biskut  raya pula? Kompom kalian dah buat bermacam-macam jenis biskutkan?  Tak kurang juga yang dah shoping kueh-kueh yang sudah pun berleluasa di jual di Bazaar Ramadhan.

Aku pulak..! di sebabkan rasa malas menghantui jiwa raga ni, dan di dalam kepala pun nak mengamalkan konsep cepat, mudah dan ringkas tu yang cadang-cadang nak tunjuk je semua kueh. Tapi bila fikir bab rasa tu, rasa macam rugi pulak kalau beli tapi tak makan.

Dan secara mengejutnya, tanggal puasa yang ke 25, aku dengan tiba-tibanya membuat keputusan untuk buat sendiri biskut raya…! Pagi 25 Ramadhan tu juga aku pergi beli segala bahan-bahan. Dan sampai terlalu teruja sangat nak buat biskut raya, aku terawal sedikit dari waktu beroperasinya kedai tu, jadi lepak-lepak kejaplah dekat Taman Tasik, sementara tunggu kedai tu buka.

Lepak kejap sementara tunggu kedai buka.. :p

Bila dah selesai aku shopink barang-barang nak buat biskut,tiba-tiba  aku di selubungi rasa takut dan cuak, al-maklonglah tinggal lagi beberapa hari je kan. Aku takut tak sempat.  Atas dorongan dan sokongan kuat mak, abah dan sepupu kesayangan, aku nekad teruskan jugak…!

Kalau raya-raya sebelum ni, aku buat biskut yang banyak bahan, tapi untuk raya tahun ni aku nak buat biskut yang bahannya senang-senang belaka. Lagipun dah tak banyak masa. Jadi kenalah buat biskut yang simple-mimple je. Dan semua biskut  yang aku nak buat ni buat pertama kali aku nak mencuba, kira sebelum ni aku tak pernah buatlah..!

 Bila dah beli bahan, timbul pula rasa cuak..!

Dan malam tadi bermulalah operasi aku dan di bantu oleh mak membuat biskut. Biskut yang pertama adalah biskut makmur. Biskut ni biskut kegemaran mak. Sebenarnya tak susah buat biskut ni, cuma kena ada banyak kesabaran. Sebab  intinya akan mudah terkeluar bila membentuknya secara kasar. Jadi kena manja-manja gitu..!

 Biskut Makmur A.K.A  Biskut Arab.

Masa buat biskut ni, mak banyak bercerita mengenai kepakaran arwah opah membuat biskut makmur. Kata mak, arwah opah rajin buat biskut, seawal 4 pagi arwah opah dah mula bersiap-siap untuk membuat biskut. Kata mak lagi, boleh nak di katakan semua biskut arwah opah cantik-cantik dan sedap-sedap belaka.

Asyik sungguh aku buat biskut malam tadi,  mana-mana yang agak tak menjadi bulatnya, cepat-cepat di masukkan kedalam mulut. Hahaha..! sedar tak sedar tepat jam 10.30 malam, selesai semua ..! ikutkan hati, nak buat biskut lain pulak , tapi mata macam dah mengantuk je. Jadi niat tu tak dapat nak di teruskan.

Dan pagi tadi, lepas hantar adik ke sekolah dan bawa mak ke market, tepat jam 8.15 pagi aku dan mak mulakan operasi untuk resepi biskut kedua. Resepi ni aku ambil dari intenet, dan ianya juga adalah pertama kali bagi aku. Biskut nestum nama yang di beri. Sebut saja nestum mestilah sedapkan, tapi biskut yang aku buat tadi entah apa rasanya, sebab buat waktu siangkan, macam mana nak rasa. Sekadar bau je lah..!

Sambil buat biskut tu aku borak-borak dengan mak, sambil-sambil tu juga kami dengar radio Hot FM.  Nak pula segmen Amkrew pagi ni  memutarkan lagu-lagu raya yang sentiasa hijau malah sentiasa sedap didengar oleh kita semua. Bila dah dengar lagu-lagu raya, terasa sungguh aura nak raya. Semangat tu membuak-buak secara tiba-tiba..! 

 Biskut Nestum tum..tum..tum..hehehe :p

Tok tik tok tik tok tik….tepat jam 10.05 selesai..! kemas mana yang patut,  pukul 10.30 baru aku keluar  gerak pergi kerja.  Dan malam ni insyaAllah, operasi resepi ketiga pula. Cuma tak pasti nak buat biskut apa dulu ( haiisshh..! macam byk beno resepinye ek…hahahah…)

Oklah rasanya sampai di sini sajalah ye. Aku pun dah letih.  Terima kasih pada kalian yang sudi singgah di teratak cahaya cita-cita ni. Sudi-sudikanlah datang lagi ye. Dan InsyaAllah jika dipanjangkan usia kita jumpa di lain entry. Amin..!



Kata Hati : Tahun ni tak buat Almond London, Cornflakes Madu, Semperit dan Kek Permaisuri ( Kek bersejarah..! )




.

2 ulasan:

Emon Dilla berkata...

Amani!!!

Kasi pos itu biskut makmur 1 balang kat sini hehehe...

Rajinnyer.....!! Anak sape la ni, meh la masuk meminang :D

Miss N™ berkata...

hahahaha...last2 minit baru buat keputusan nak buat kueh...bukan rajin la kalau cm tu...hehehhe