Rabu, 17 Ogos 2011

Home » » .:: Perkhabaran itu .... ::.

.:: Perkhabaran itu .... ::.

.
Assalamualaikum.

Salam Nuzul Al-Quran | 17 Ramadhan 1432H.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana diberikan kesempatan menjalani ibadah di bulan yang mulia ini. SubhanaAllah. Allah itu maha besar. Tanpa keizinan dariNya pasti kita semua tidak berada dimuka bumi ini kan?

Usai subuh pagi tadi, seperti biasa aku selalunya tidak terus sambung tidur sebaliknya, aku sambung menjait baju-baju yang belum siap. Selagi tak siap selagi itulah fikiran terganggu. Al-maklumlah, bila kita di amanahkan untuk melakukan sesuatu perkara, hati tidak akan tenang selagi perkara yang di amanahkan itu belum di laksanakan. Betul dak??

Bila aku mula menjahit, boleh nak dikatakan 90% tumpuan aku hanyalah kepada menjahit. Selebihnya adalah untuk aku peka dengan keadaan sekeliling. Maknanya tidaklah aku buat tak tahu je time menjahit tu kan.

Kadangkalanya aku menjahit sambil mendengar radio, menonton tv ataupun ber’sms’. Hanya tiga perkara ini saja yang aku akan lakukan ketika menjahit. Maka tumpuan selebihnya, hanya pada tiga perkara tadi.

Pernah juga aku mejahit sambil melayari laman muka buku. Tapi hasilnya memang tak siaplah baju yang di jahit tu. sebab itulah aku jarang nak meng’online’kan diri jika ada baju yang belum siap.

Tapi lain pula pagi ini, aku segera berhenti menjahit, bila mendapat satu perkhabaran yang mengembirakan dan dalam masa yang sama aku terasa sedih. Atau lebih senang hati aku rasa tak keruan. Sehinggakan seluruh tumpuan aku hilang serta merta.

Pada mulanya aku menjahit di ruang tamu, tapi bila rasa sebak mula menyulam jiwa dan perasaan, pandangan mata pada jarum dan benang mula kabur, cepat-cepat aku lari masuk kedalam bilik. Bukan sambung menjahit sebaliknya menahan rasa sebak yang tiba-tiba datang dengan sendirinya.

Sumpah..! aku tidak memaksa butiran jernih itu keluar dari tubir mata. Sebaliknya ianya mengalir dengan sendiri. Cuba pujuk hati. Tapi apakan daya aku tidak mampu melawan rasa hiba yang hadir dengan sendirinya.

Ya Allah, bukan aku tidak gembira dengan perkhabaran yang sampai ke telingaku. Cuma aku sedih, takut serta hampa bila mengenangkan jika tiada rezeki aku untuk menemaninya nanti. 

Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana keinginan aku bila mengukir angan jika peristiwa itu tiba. Bertambah sedih bila segala apa yang di angankan itu mungkin  tidak akan berlaku.

Bila terasa keinginan aku untuk menemaninya tidak kesampaian, rasa sesak dada memikirkannya. Saluran pernafasan seolah-olah mengecil dengan sendirinya. 

: Ya Allah, hambaMu hanya berserah dan bertawakal padaMu,  sesungguhnya hambaMu ini hanya mampu merancang, tapi Engkaulah yang menentukan segalanya.
 
InsyaALLAH, moga rezeki itu berpihak pada aku dan jika panjang umur insyaALLAH aku akan terus menemaninya…! Amin..!!



Kata Hati : Moga rasa ini dapat di bendung..InsyaAllah. 



.