Memaparkan catatan dengan label Merawat ulser perut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Merawat ulser perut. Papar semua catatan

Khamis, 12 September 2013

Khasiat Daun Kaduk



Sumber : Google


Assalamualaikum.

Ingat tak ENTRY ISNIN lepas? Pasal makanan ringan Miang Kham tu. Ramai juga yea yang tak pernah makan. Bagi yang tak tahu macam mana rupa daun kaduk tu, daun kaduk tu sebiji macam daun sireh. Kalau nak bezakan daun sireh dengan daun kaduk melalui bau dia. Macam mana bau dia tu, aku tak reti pulak nak jelaskan dalam bentuk kata-kata ni weh..! Kome pegilah cari sendiri dan bezakan sendiri..Hehehe.

Hokey..! Bagi yang pernah tengok, pegang, hidu atau makan daun kaduk ni pasti kalian tahukan macam mana bau daun kaduk tu sendiri. Kalau direbus..uhh..bau dia jangan dikenang. Melekat busuknya..! Aku sendiri kalau mak rebus daun kaduk lari keluar, sebab tak tahan. HAHAHA. Tapi percayalah, Cuma bau je. Rasanya okay. Tapi bagi aku, sedap lagi makan segar macam Miang Kham, atau dibuat kerabu..Serius sedap..!

Walaupun bau daun tu busuk, tapi jangan tak tahu..Khasiatnya sangatlah banyak. Baik daun dan agar dauk kaduk tu sendiri memang tersangat-sangatlah banyak khasiatnya, salah satunya dapat mengatasi masalah cacing. Selain itu, daun kaduk juga mampu merawat sembelit, mengurangkan sakit gigi, meredakan batuk, melawaskan kencing, merawat ulser perut. Semua rawatan adalah dengan meminum air rebusan daun kaduk itu. Ia juga mampu merawat Demam Malaria.

Kalau kalian tak percaya dengan keistimewaan daun kaduk ni, kalian boleh terus berhubung dengan PAKCIK GOOGLE. Confirm berderet info pasal Daun Kaduk ni. Tak percaya, cubalah..Hehehe..



P/s:  Ramai yang tanya sedap ke Miang Kham tu, Sumpah sedapp..! Langsung tak pahit okay.!




Kata Hati : Makan miang kham sambil tengok TV, memang syiokk..!
.