
SINOPSIS BELAKANG BUKU:
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana.
Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang yang setia. Namun sifat angkuh dan
sombong gadis ini meyebabkan Khuzairi tidak pernah walaupun sebesar hama jua
menyimpan impian untuk memilikinya.
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang
saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak
kampung yang tak sedar diri! tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya!
Sedar-sedarlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdampingan dengan
akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah
pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa
kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat
situ baru betul tempat kau!”
Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika
Khuzairi mendengarnya. Jauh disudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia
mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang dilemparkan oleh gadis ini?
Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa?
Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.
“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi
aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya,
demi satu amanah aku harus bersabar…”
Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu,
sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?
Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu
waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah,
di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum
terpadam lagi buat dirinya.
ULASAN AKU :
Jujur, perasaan aku mula-mula menapak dikedai buku sebaik
saja terpandang novel ini adalah TAKUT..! takut dengan ketebalan novel ni. 1048
halaman bercetak penuh mampu membuatkan jantung aku berdegup kencang ß perghh ayat novel
ni..! Mana tidaknya, sebelum aku memiliki buku dari penulis yang aku admire sangat-sangat ni, novel paling
tebal yang pernah aku baca tak sampai 900 halaman pun. Itupun kira dah tebal
tahu.
Dan secara jujurnya jugalah, walaupun berkali-kali aku masuk
kedai buku, aku Cuma sekadar pegang dan pandang je novel ni. Tak de rasa nak
beli pun, sebab perasaan takut tu masih lagi menghantui aku. Sampailah ada sorang
kakak ni, tak putus-putus bagi semangat dekat aku. Katanya…
“Walaupun tebal, tapi cerita dia best Nur..percayalah.”
Yup..! Aku akui kata-kata dia, novel ke empat hasil karya
dari peguam wanita ini bisa meruntuhkan segala ketakutkan aku. Aku makan masa 3
hari saja, tak lebih atau kurang, 1048
halaman aku jamah dengan jayanya..! Thanks juga buat Kakak merangkap orang
yang bertanggungjawab kenalkan aku dengan karya Siti Rosmizah ni. Sekali gus,
Siti Rosmizah sudahpun jadi penulis yang paling aku kagumi.
Okay. Untuk intro, stop sampai sini, panjang sangat dah ni.
Hahaha.
Seperti 3 buah novel karya dari SR, novel ini langsung tidak
megecewakan. Garapan dan pengolahan cerita yang menarik sekali gus SR berjaya
mempermainkan perasaan pembaca-pembaca. Gila kentang bila watak Khuzairi
seorang suami yang sangat-sangat sabar dengan sikap Si isteri yang terlalu
angkuh lagi sombong. Manakala sikap perasan bagus Mia Adrian yang tak pernah
surut.
MIA ADRIANA. Perempuan yang sentiasa dirinya bagus dipaksa
untuk menikahi lelaki kampung merangkap anak lelaki kepada kawan baik Dato’
Megat Idrus sendiri iaitu Pak Samad. Pernikahan terpaksa dilangsungkan apabila
Khalil tunang Mia memilihi wang berbanding maruah keluarga Mia. Jadi untuk
mengelakkan rasa malu, dari pihak media, Papa Mia terpaksa mencadangkan apa
yang terbaik baginya pada masa itu. Mia yang terpaksa bersetuju dengan
keputusan itu apabila tiba-tiba kesihatan papanya berubah secara mendadak.
Risiko Dato’ Megat Idrus mendapat
serangan jantung ketika itu amatlah tinggi. Dengan sekali lafaz, percaya atau
tidak, Mia sudah sah menjadi isteri kepada lelaki yang bernama Khuzairi.
Dan lebih mengejutkan lagi, dalam masa yang sama Mia
kehilangan orang yang paling dia sayang, iaitu papanya sendiri. Sekali gus, syarikat
Dato’ Megat Idrus di istihar muflis. Terduduk Mia bila sekelip mata dia telah
hilang segalanya. Sudahlah hilang satu-satunya insan yang paling dia sayang,
dan kini segala hartanya turut sama hilang. Dan bermulalah kehidupan Mia
Adriana gadis sombong apabila terpaksa ikut suaminya pulang ke kampung.
“Jangan cakap macam tu
sayang. Mia ada abang. Abang takkan biarkan Mia sendiri. Apa jua yang abang ada
sekarang semuanya adalah milik Mia jugak. Abang tak nak dengar Mia cakap macam
tu lagi tau”
KHUZAIRI. apa saja cacian dan makian yang Mia lemparkan,
ditelannya bulat-bulat. Pada masa yang sama dia berasa betapa bertuahnya dia
memiliki Mia, cinta pertamanya sebagai isteri. Walaupun sikap dan layanan Mia
terhadap dirinya tak ubah seperti pengemis jalanan. Tapi dia masih mampu
bersabar demi cinta dan amanah dari arwah bapa mertuanya.
Sepanjang aku baca novel ni, aku tertanya-tanya wujudkah
lelaki persis Khuzairi diluar sana..? Jika benar-benar wujud, percayalah betapa
bertuahnya wanita yang bergelar isterinya. Sebab pada aku, Khuzairi ni terlalu
baik. Walaupun macam-macam isteri dia buat dekat dia, tapi dia tetap mampu
bersabar, bersabar dan bersabar. Walaupun, Mak Leha ibu tiri Khuzairi
berkali-kali menghasut lelaki itu supaya menceraikan Mia Adriana.
“Kau ni memang kurang
ajar tau tak? Kau ingat anak aku kebulur nak berbinikan kau. Ceraikan ajelah
dia Ri. Kalau perempuan macam ni bersepah kat tepi jalan”
Selain Khuzairi, Mak Leha adalah orang kedua yang selalu
menerima herdikan Mia. Atas sebab cerita lama yang berkaitan dengan keturunan
Mia Adriana, hingga sah Mia menjadi isteri kepada anak tirinya, Mak Leha tak
pernah sebulu dengan Mia. Apatah lagi nak mengaku menantu. Lagilah tak hingin
orang tua tu.
Bila dah hari-hari mengadap muka sang suami, dengan layanan terbaik
bagaikan Tuan Puteri, lama kelamaan Mia boleh menerima Khuzairi sebagai
suaminya. Dia yang mula sedar, lelaki itu ikhlas cintakan dia dan sedaya upaya
belajar menerima lelaki itu sebagai suaminya, walaupun sukar. Tapi hubungan dia
dengan mak mertua, tetap sama. Pantang bersua muka mesti ada je benda
digaduhkan. Khuzairi adalah orang paling bahagia bila dia sedar perubahan Mia
terhadap dirinya. Dan dalam masa yang sama itu jugalah perhubungan mereka di
uji dengan hadirnya Khalil iaitu bekas tunang Mia bagi menagih sisa-sisa cinta
dari Mia.
Suami mana yang tak cemburu, bila isteri kesayangan jadi
buruan bekas tunangkan. Tak cukup dengan rayuan, Khalil cuba memfitnah Mia
Adriana. Iman khuzairi tegar, tidak mudah percaya dengan apa yang diberitahu
oleh Khalil. Dan khalil juga tak mudah mengaku kalah, jadi Khalil putuskan
mendapatkan Mia dengan cara kotor.
“Hei… Khuzairi, kau
jangan ingat aku bodoh tau. Memang kau
bahagia memiliki dia, tapi aku yakin sehingga ke hari ini, Mia tak bahagia
hidup dengan kau. Apa, kau ingat bila kau peluk dia depan aku dah tunjuk betapa
bahagianya dia? Heiii, aku tengok muka dia pun aku tahulah, hati dia tak ada
dekat kau sebenarnya. Aku pun biasa peluk dia macam tu. Lebih daripada tu aku
biasa buat. Mesti kau dah lupa siapa isteri kau tu kan? Atau… kau masih belum…
emm… tak mustahil jugak sebab Mia ni bukan mudah nak serahkan diri pada lelaki
yang dia tak cinta. Hai Khuzairi, Khuzairi… berputih mata ajelah kau…”
Perangkap Khalil tidak menjadi. Mia terselamat dari niat kotor Khalil. Dan disebabkan itu jugalah Mia disahkan mengandung. Pada awalnya,
Mia cuba mengugurkan kandungan itu, tapi sebaik saja suaminya dapat tahu,
Khuzairi merayu agar Mia tidak membuang kandungan itu. Khuzairilah orang yang
paling gembira bila Mia bersetuju untuk terus mengandungkan anak itu atas
alasan yang telah khuzairi sandarkan.
Okay, kenapa tajuk novel ni ‘7 Hari Mencintaiku’. Ini adalah
punca bila mana Mia sedar akan kesilapannya terhadap Khuzairi, dimana sebaik
sahaja melahiran anak Mia buat keputusan untuk pergi dari hidup Khuzairi
selama-lamanya tanpa mendengar sedikitpun penjelasan Khuzairi ketika itu. Lebih
meremukkan hati lelaki itu, apabila Mia langsung tidak mahu menyusukan ataupun
melihat anak mereka.
Terkilan dengan sikap Mia, dan akhirnya Khuzairi terima
bulat-bulat cadangan mak Leha untuk nikahkan dia dengan sepupunya sendiri,
Syakila. Walaupun tiada sekelumit rasa cinta pada sepupunya, tapi demi anak
kecil yang perlukan kasih sayang seorang ibu, Khuzairi Akur. 7 hari menjelang
hari pernikahan antara Khuzairi dan Syakila, Mia muncul menagih cinta daripada
sang suami. Tapi hampa, hati Khuzairi telah beku. Nama yang pernah merajai
hatinya telah dibuang jauh-jauh sebaik sahaja perempuan itu putuskan meninggalkan
dia dan anaknya.
Err..stop sampai sini ehh. Rumusan aku ni, kalau tak panjang
tak sah kan..! Haih..inilah akibatnya terlalu leka bercerita. Macam biasa,
pengajaran penting dalam cerita ni, MOHON HORMATI ORANG YANG LEBIH TUA DARI
KITA. Dan MOHON HORMATI PERASAAN ORANG SEKELILING KITA. Penting ni, jangan jadi
macam Mia dengan Mak Leha, masing-masing tak menghormati. Yang tahu nak
bertekak jee..!
Barisan pelakon yang aku rasa sesuai.
Dan macam biasa juga, masuk bab berangan pulakkan. Dalam
novel ni, ada dijelaskan Khuzairi jejaka tampan dan sedikit gelap. Jadi aku
rasa, Adi Putra paling sesuai. Mana kala, ada dua pelakon yang aku rasa sesuai
bawa watak Mia Adriana ni. Petamanya Nabila Huda dan kedua Fasha Sanda. Tapi
aku lebih kepada Nabila Huda, sebab macam yang kita tahu, lakonan dia terbaikkan.
Tambah-tambah bab maki-maki. Hahaha.
Okay. Bagi peminat-peminat hasil karya Siti Rosmizah, yang
belum dapatkan novel ni, cepat-cepat dapatkan dikedai buku berhampiran okay.
Buku ni penuh dengan segala perasaan ketika baca. Bila baca memang tak boleh
berhenti. Sebab perasan ingin tahu tu lagi, lagi, lagi dan lagi. Sekiranya
kalian bersedia untuk jatuh cinta dengan Khuzairi, sila-silakanlah. Hahaha.
Kata Hati : Buat masa sekarang ni, aku stop kejap baca karya
Siti Rosmizah. Bukan apa, penat nangis beb..! HAHAHA..
.
32 ulasan:
ehe...dah baca...lelaki cam khuzairi tu cuma ada dalam novel je kot..huuhhu
HAhhaa awal2 baca sinopsis ni pun I dah terbayang2 si Adri eh... Adi.
Nur, fiza belum jamah *guna ayat Nur :p pun lagi novel-novel yang beli ari tu .huhu . Last paper Jumaat, so Sabtu akan mula .waaaa.. first novel yang akan fiza baca dr koleksi kat rumah tu 'I Love U Stupid' by Siti Rosmizah jugak :) ..
tau xpe..yui tak bli lg pasal tgk tebal sgt..huhuuh..tp lau best ok saja.
cite ni mmg best tp x sempat nk repeat lg ;-)
hahaaa..org dah ubah title la cik nur..org dah draf tgk tarikh je..hari xtgk..muahahhaa..
salam cik nur
Pekabar?
yeahh.. deqla suka kalo nabila dan adi putra berlakon.. mmg sesuaii... fasha tu ok gak.. tp biarlah dia berpantang abis dulu, jaga anak kecik lagi tu..hahahahaha... tp kan.. deqla nk ulas sikit la .. x abis2 jalan citer yg camnih.. pangkat darjat jadi ukuran.. alahaii.. xde jalan citer lain ke? kohkohkoh..
psstt.. tahniah skali lagi atas kegigihan nur taip smula sinopsis belakang buku..naseb baik la x pjg mcm ulasan nur tu kan.. hahaha..
cam bestnye....tapi blom ada org request....klu ada yg request...bleh la belikan...
pergh memang feel betul baca novel sampai nangis2
mak aii tbalnya novel ni..tp tjuk mmg nmpk mcm bez..bkal jd drama ke nur..hihi..pndai nur plh plkon.
Balasan Allah bila angkuh. Bila2 masa Allah boleh tarik. Bukan senang nak dpt lelaki mcm tu. Lg2 bila bergelar suami. Jd kena hormat dan hargai sebelum terlewat. Byk pengajaran. Bab pelakon. Nabila tu mmg sesuai ;) ada2 je kan?
best review!
hai jom join contest saya.. http://yuyukstandalone.blogspot.com/2013/06/contest-mereka-tagline-jelitawanis.html
Nabila Huda mmg ssuai berlakon dlm byk2 karektor kan.tp dy tu xd lak jd pelakon terbaik ke pe.btw,tq review. nmpk best je novel ni.hehe
*cantik blog nur.hehe :)
Dah baca dah cerita nie . Fuhhh , xsangka bole habiskan novel setebal nie . Great !
hikhik..gelak baca ayat nu..penat menangis
yumida pun kagum ngan karya siti rosmizah. pandai beno dia putar emosi kita..
menarik juga noel ni walau kisah antara 2 darjat...mekasih nur buat review, suka abca review nur :)
Nur, tadi balik umah br teringat nk komen balik betulkan pasal penulis tu..tgk tgk Nur dah komen dulu.hiksss.. aah..silap. Melur Jelita penulis dia. fiza tertukar dgn Andai itu takdirnya :p .Novel I Love U Stupid tu mmg tebal giler , 1389 m/s .waaaa.. tebal kan.haha!
menarik.
mmg sesuai dgn fasha. suka lakonan fasha. b
Mieya dah lama tak baca novel... bizi dengan kerja... huhu
perempuan dan novel tak dapat dipisahkan.hehehe
tak suka kalo citer2 yg ada mak mertua jahat ni. grrrr.. sakit hati kita tau. haha..
siap barisan pelakon tu. bila nk start shooting? ape kata bg cikna je watak mak leha tu. harharhar..
gigihnye Nur layan novel...
aku dah ckp malas dengan bnd2 ni...
Bestnya novel ni yek Nur... Cer usulkan kan mana2 produser terkenal mesti nak wat drama ni...kompem rating naik tu.. Barisan pelakon Nur usulkan tu pun mmg sesuai sgt tau
sy dah baca..hehe..best2...mula2 menyampah je baca..dah dekat nak abis meleleh lah pulak air mata...huhu~ :p
hahahhaa...akak suke pelakon yg nur bayangkan tu...mesti best kalu jadi drama kan...eh nur novel teduhan kasih tu Nur ade buat review ke..nak bace laaaaaaaa
Tebalnye!!!! Tetiba teringin nk baca novel lak ni tgk nur duk review novel.
khuzairi - adi putra
mia adriana - nora danish
syakila - nabila huda
khizairi-adiputra
mia adriana-lisa surihani
syakila-nabila huda
khuzairi sy setuju watak adi putra tapi watak mia adriana Zarina Zainoordin
paling sedey bila buntat mati..nangis tersedu2
Catat Ulasan