Didalam Cerita Sebabak Aku ( CSA ) nama , tarikh , masa dan tempat atau apa sahaja maklumat tidak akan dinyatakan untuk keselamatan bersama.
Malam semalam sedang leka melayari blog rakan-rakan yang lain, tiba-tiba terlihat satu komen yang di tinggalkan di blog yang sedang aku lawati.
Laju saja jari aku membawa anak patah ni skrin komputer ke pemilik komen tersebut,. Maka terkeluarlah profil pemilik komentar tersebut. Di sini bukan nak bercakap mengenai apa yang terkandung di dalam komen yang di tulisnya, tetapi tentang tuan empunya komentar.
Bila mata tertumpu pada profil milik komentar tersebut, entah kenapa tiba-tiba hati aku di selaputi dengan rasa rindu. Yang pasti rasa rindu itu hanya sebagai sahabat tidak lebih dari itu. Walaupun di antara aku dan juga komentar tersebut tidak pernah bertemu, tetapi aku tahu dia seorang yang sangat baik.
Sepinya komentar itu dari dunia alam maya memang tidak di duga. Masih segar lagi satu dua kenangan manis bersama komentar itu. memang aku tidak akan sesekali lupakannya. Memberi satu perluang yang sangat besar dan cukup bermakna dalam hidup aku.
Yang pastinya aku merindui masa dulu kala. Bergurau senda di alam maya bersama rakan-rakan yang lain seangkatan dengan komentar.
Apa-apapun, aku sentiasa berdoa buat komentar agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan di lindungiNYA selalu.
InsyaALLAH, satu hari nanti mungkin kita akan berjumpa. Siapa tahu kan?
Kita hanya mampu merancang, yang menentukan segalanya ialah DIA Yang Esa.
.
3 ulasan:
akak tahu siapa. Akak pun rindu dia...huhuhuhuhu
kak nisa...
akak tahu siapa?
betul..sy juga rindukan dia...
huhuhuhu....
hakikatnya, kita sama2 rindukan dia...kan?
menarik.siapa komentar tu cik nur
Catat Ulasan