Rabu, 28 Julai 2010

Home » » .:: Pabila Aku Berbicara Dari Hati Ke Hati ::.

.:: Pabila Aku Berbicara Dari Hati Ke Hati ::.

Dua Jiwa, Dua hati

Salam...Alhamdulillah, seperti hari-hari yang biasanya, sudah menjadi rutin memuji Kebesaran Yang Esa, saban hari tidak kira dimana kita berada. Bersyukur kita kepadaNYA, kerana kita di berikan kesempatan pada kita untuk bertemu di ruangan ini. Syukran Ya ALLAH...!!!

Okeyh la, bila baca tajuk entry di atas, perrgghh..!! cam gempak je kan?? lagi-lagi melibatkan hati ke hati. Ape ni ...?? ehem-ehem dah jadi milik aku ke??? Hellooo...!! hellooo...!!! jangan fikir jauh sampai ke Vietnam barangkali, cukuplah sekadar berfikiran di sekitar-sekitar minda kalian sahaja. hehehe..!!

Program hati ke hati bersama seseorang ni, boleh nak di katakan tiap-tiap minggu berlangsung. Ataupun, boleh di katakan, setiap kali dua jiwa ini bertemu, pasti ada saja yang perlu di bahaskan. Asal bersua muka, pasti ada saja cerita yang kami bincangkan. Kadang-kadang (yeke kadang-kadang??bukan setiap jam ke?) melalui handphone pun jadi. Ermm..pasti dan nyata kalian tertanya-tanya siapalah jiwa yang satu lagi tu.?? hahaha..!! sabar..seperti biasa, akan di umumkan, sikit je lagi okeyh..!!


tempat aku dan dia lepaking..!!


Wahh...!! tengok gambar memang santai habiskan?? dan memang nyata la wehh..! santai habis kami melepak sambil-sambil menikmati santapan tengahari yang di beli di restoran makanan segera terdekat.
macam-macam cerita kami kongsikan bersama. Terus terang aku selesa bila setiap kali aku bersama dia. Dan dengan dia sahaja yang aku selalu bercerita.  

Bila cerita melibatkan hati ni, kalian jangan fikir pasal cerita yang sedih-sedih atau pasal cintan cintun. sebab bagi aku dan dia, Berbincang melalui hati ke hati merangkumi pelbagai aspek. Dari A sampai la ke Z. Dari no. 1, sampai la trilion-trilion berikutnya. memang banyak . memang tak habis kalau aku coretkan satu persatu tajuk yang kami bincangkan di ruangan ini.

Cuma topik yang menduduki carta teratas sekali yang  bertajuk " Masa Depan " selalu menjadi topik perbincangan kami. Bila dah melibatkan masa depan, macam-macam la yang kami borakkan. Yang pasti weh..! memang best..try la bayang kan..hehehe.

Pada sahabat-sahabat yang mengenali aku, pasti kalian tahu, siapa Satu lagi jiwa yang aku maksudkan. Kalian yang dari tadi duk fikir jiwa itu milik kaum Adam, kalian silap, sebenarnya jiwa itu milik :


Aku dan Dia...


Dialah pemilik jiwa yang aku maksudkan dari tadi. Sahabat dan juga sepupu aku yang paling aku sayangi. Kami rapat sejak dari kecil lagi. Dan keakraban kami kekal hingga saat ini. Bagi aku, dialah segala - galanya.
Dia yang terbaik bagi aku, itulah sepupu aku, Norbaiti Asaad.

Okeyh la ekk..!! rasanya sampai di sini sahaja untuk entry kali ini. harapnya kalian semua terhibur. Terima kasih pada kalian yang masih setia membaca blog yang tidak seberapa ini. Dengan rasa rendah diri, ucapan terima kasih tulus ikhlas dari hati ini buat kalian semua. Terima kasih ya..!! 
insyaALLAH, panjang umur pasti kita akan bertemu di lain entry.

Salam...!!!

Daaa....!!!



Kata Hati : Terima kasih kepada Kamu kerana telah merwarnai hari-hariku dengan penuh keceriaan.

P/S : Geram bila dapat tahu salah blog salah seorang dari sahabat aku kena kutuk. Memang dasar manusia yang tidak senang bila lihat orang lain bahagia. Tak sangka manusia itu masih wujud.




Yang Ikhlas




8 ulasan:

NAZ berkata...

ingatkan pendedah esklusif buahati haha

Miss N™ berkata...

naz: oppsss..!! masih mcari..hehehe...suatu hari nanti mgkin..!!

doa2kan ya...!

hans berkata...

erk...
blog kawan ekau yg mana tu?

P/S : Hans! Asal Makin Kurus Bebenor Nih?

Miss N™ berkata...

hans:ada...gersm den bila tahu..rasa nk cekik2...!!

hamzah ian berkata...

baek eyh ngan sepupu?? gua sepupu just kenal muke je.. name dah tak ingat.. time raye je jumpe... hoho

Miss N™ berkata...

Hamzah lan: terima kasih sudi menjenguk ke blog ini. Ya, mmg baik sgt2 dgn sepupu tu, segalanya dia.... :)

ok la kenal gak kan..dr pada xkenal lgsung..:)

9n0L4 berkata...

ooooooo. ni la die sepupu cik nur yg baru kawen aritu kan. ;)

Chic Na berkata...

nur sebaya ke ngan sepupu ni? kamceng eh, kalau cikna ngn sepupu xde mcm ni. tegur time berjumpa je. tu pun malu2. huhu..