Salam…
Alhamdullillah, syukur Kepada Ilahi kerana diberikan kesempatan untuk kita semua bernafas dibumi bertuah ini. Dan juga bersyukur kepadaNYA, Kerana diberikan kesempatan untuk kita bertemu diruangan ini. Alhamdulillah..!!Eh..kalian tentu tertanya2kan, kenapa tajuk entrynya begitu. Hehe..petang ni ( lepas solat Jumaat, InsyaALLAH ) aku mahu pulang ke kampung. Bukan keseorangan ya..!! tapi bersama mak,pakcik dan adik bongsu aku.(4 orang kesemuanya termasuk aku ) Dimana? Mana lagi kalau dah tajuknya dah terang lagi bersuluh. Tapah , Perak la. Pe lagi kasi gegar satu Tapah la. Hehe.
Eh..eh..hambo balik ke Tapah bukan untuk bersuka ria ek..! Tapi di undang sama2 untuk meraikan Majlis kenduri bagi menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi. Kedatangan Ramadhan di sambut dan di raikan dengan mengadakan sedikit kenduri kesyukuran di kampung sebelah mak. ( di kampung Changkat Petai )
Dan kampung sebelah abah juga ada kenduri. Tapi maaflah, Aku tidak dapat hadir. Pada Nyah.. “ teman nimta maaf ya. Tak dapat datang.” Juga pada kakak kesayangan hamba “ Maaf t, Aku tak dapat balik. Nanti kita jumpa ek”
Siap..!!
Nampak, beg dah siap paking lewat malam tadi sebelum tido. De gaya macam nak lari umah tak?? Haha..
Lappy..musti bawa. hehe.
Haaa…ni 3 beg yang musti bawa. Hehehe. Tapi aku tak pasti sama de aku dapat on9 ke tak bila disana. Sebab pertama, kendurikan? So mustilah sibuk. Keduanya, aku tak pasti de line 3G ke tak. Wakakaka..!!
Takde la pandai sangat. Tapi boleh laa..
Haa..ni memang selalu aku buat bila nak berjalan jauh. Periksa minyak enjin, dan air tangki. Aku periksa lepas subuh pagi tadi, sebelum enjin dihidupkan. Semua ok. Alhamdulillah.
Perjalanan dari Taiping Ke Tapah, makan masa lebih kurang 2 jam ( ikut haiway ). Mohon doa kalian agar kami semua selamat sampai dan selamat pulang.
InsyaALLAH , jika diberikan ksempatan olehNYA. Kita pasti ketemu lagi diruangan ini bersama entry baru. InsyaALLAH…
Salam..
Daa..!!
Kata Hati : Terima kasih pada kalian yang sudi menitipkan doa buat aku. Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa kalian. Berjanji, akan memandu dengan penuh kewibawaan dan berhati-hati. InsyaALLAH.
2 ulasan:
woit..nape blik tapah lambt bgtau..huhu
baju cik nur ke tu. huhu. baju batik dulu dulu. ;)
Catat Ulasan