Ahad, 5 Disember 2010

Home » » .:: Aktiviti Hujung Minggu | Jalan-Jalan Cari Barang,Hadiah Dan Makan ::.

.:: Aktiviti Hujung Minggu | Jalan-Jalan Cari Barang,Hadiah Dan Makan ::.

.



Assalamualaikum.


Bersyukur juga kepada Ilahi, kerana di berikan kita semua kesempatan untuk terus bernafas di dunia yang indah ini.

Syukran Ya ALLAH…!!

Hari ini sekali lagi aku kena tingkatkan tahap kesabaran setinggi-tinggi yang boleh kerana line berukband aku masih lagi di tahap yang kritikal.

Psstt..!! ikutkan hati, nak je aku humban kat longkang depan rumah ni..!!

Okehh..!!

Seawal pagi tadi, aku temani mak ke tesco membeli belah barang dapur. Sambil-sambil tu aku cuci mata jugalah mencari sesuatu yang boleh di beli untuk bakal pengantin. Bila lagi kan nak mencari, dah alang-alang keluar, usha-usha teruslah.

Bila dah usha-usha tu, adalah barang yang aku berkenan. Tujuan memang untuk di berikan kepada bakal pengantin, dan barang yang aku bekenan tu amat sesuai untuk mereka yang baru nak mendirikan rumahtangga.

Apa barang tu, biarlah rahsia, bagitahu kang dah tak surprise lagi dah…!! Tapi memang Sesuai Okehh..!! Bila dah berkenan tu, tak tunggu lamalah, terus masukkan dalam troli.

Fuhh..!! Lega,tak payah pening-pening dah. ^__^

Lepas je selesai membeli barang-barang dapur, aku dengan mak tak terus balik. Sebaliknya kami pergi isi perut dulu. Hohoho…lapo wehh..!!

Jadi langkah terus di panjangkan ke restoran makanan segera, bersebelahan dengan bangunan tesco tu, McDonald’s.


 Lapar Wehh...!!


Menu Yang Di Pilih. Nyum..Nyum...!!


Kali Ini Air Teh Menjadi Pilihan, Sebab Kopi Letak Gula 5 Peket Pun Still Pahit Lagi. Hohoho..!
  
Wahh..!! walaupun dah kenyang, tengok gambar boleh jadi lapo balik eyh..!! ( Dasar tuan tanah kuat makan…!!)


Hohoho..!!

Lepas Aktiviti Makan, aku dengan mak gegas teruslah pulang ke teratak. Sebab lepas ni ada aktiviti masak memasak di hujung minggu. Sambil-sambil tu aku kena uruskan kedai dobi sendirian berhad pulak.

Macam ni lah hujung minggu aku, kalau tak balik kampung, aku sibuk dengan aktiviti sendirian berhad. Hohoho..!!



Kata Hati : Terima Kasih Banyak Pada Si Pengacau Rendang Pagi Tadi, Kerjasama Anda Amat Di hargai. Lain Kali Boleh Tolong Lagi..  ^___^


.