Assalamualaikum....!
Apa khabar? harap kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera hendakNya, InsyaALLAH..! Mana-mana yang tak sihat tu, cepat-cepat pergi jumpa doktor ya..!
Kalau semalam aku titipkan kat sini resepi kek coklat lembab, hari ini aku nak titipkan pula pizza. Cuma kali ini bukan resepilah, cuma cara-cara buat pizza. Sebab apa aku kata bukan resepi, sebab bahan-bahannya sudah sedia ada, cuma perlu sediakan ikut citarasa masing-masing.
Senang, mudah, ringkas dan sedap. Aku selalu amalkan konsep ni kalau nak masak. Sebab kalau bahan remeh temeh dan nak-nak pulak susah nak masak, lagilah bertambah malas aku nak masak ( sebenarnya memang malas pun..Hahaha..! )
Waktu pertama kali nak buat pizza ni, aku teringin jugalah nak masak Lasagna, tapi bila googlekan resepinya, alamak..! lecehnya....maka kansellah..! google pula resepi pizza, ermm...! macam senang dan memang senang..! heee.. ^_^
Bila goggle resepi pizza ni, macam-macam resepi kita akan jumpa, siap ada adunan untuk doh untuk pizza dan sos untuk pizza. Tapi di sebabkan aku nak cepat, aku gunakan cara lain, masih kekalkan konsep mudah dan ringkas ye. untuk doh, aku guna roti arab je, kalian tahu kan roti arab? itu je yang aku gunakan untuk gantikan doh. Cepatkan?Hee..!
Jomlah tengok gambar-gambar kat bawah ni, kalau rasa-rasa nak buat, cubalah..dan selamat mencuba..!
: Sos Dan Topping : |
: Ratakan Sos : |
: Susun Tomato : |
: Susun Sosej : |
: Capsicum : |
: Keju : |
: Taburkan Lada Hitam : |
: Bakar : |
: Letak Sos Cili..Siap..! : |
: Atas Roti Gardenia Pun Boleh : |
Haa...macam mana? senang tak? senang kan... Kalau rasa-rasa boleh buat, apa lagi, cubalah. Bahan-bahan yang kat atas semua ni, kalian boleh ubah ikut citarasa masing-masing. Terpulang pada kalian mahu letak apa sebab ianya bergantung citarasa anak tekak masing-masing. Hee..!
Kata Hati : Memasak ni kena kreatif. ( Ecehh..! macamlah aku pandai masak..hahaha..! )
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan