Assalamualaikum.
Aku : Hari tu beli tekit bas dia minta nombor ic tak?
Adik : kamu nak pegi mana?
Aku : Seremban.
Adik : Dengan sapa?
Aku : Sorang la.
Adik : nape tak drive?
Aku : Abah tak bagi.. bahaya..!
Adik : dah tu, kalau naik bas abah bagi ke?
Aku : Bising juga..!
Adik : abang ngah kata apa?
Aku : Bising jugak la..
Adik : Kenapa kamu degei sangat? Kalau dah abah ngan abang ngah tak bagi, janganlah pegi. Bahaya..!
Aku : bukan buat apapun..jumpa kawan je.
Adik : gila jumpa kawan punya jauh. Bak sini nombor telefon kawan kamu, bior aku cakap..!
Hahahaha..! aku hanya mahu ketawa. Boleh?
Di atas adalah perbualan antara aku dan adik kedua aku. keadaan jadi kecoh gara-gara aku Cuma bertanya cara-cara pembelian tiket bas pada dia. Macam-macam di soalnya. Naik lenguh mulut aku nak menjawab.
Macam-macam jugalah nasihat yang diberikan pada aku. haiiisshh..! naik berbulu telinga nak mendengarnya. Padahal tiket yang aku beli tu bukan untuk aku pun, sebaliknya aku Cuma di minta tolong untuk membeli tiket ke seremban pada tarikh 9 Oktober 2011.
Untuk pengetahuan kalian, sejak di beri kepercayaan memandu sendiri, aku memang dah jarang naik bas kemana-mana. Apatah lagi nak membeli tiket bas. Lagilah aku tak tahu. Manakala adik aku adalah penumpang tegar bas express. Sebab tu aku tanya dia cara-cara membeli tiket bas.
Kononnya tiket tu aku beli untuk diri sendiri. Sebaik saja dengar aku mahu ke Seremban, Mahu tak terkejut beruk bila dia dapat tahu kakak yang selama ini pemalas nak keluar rumah nak berjalan jauh. Sebab dia kenal siapa aku lah yang dia soal siasat. Dia sendiri pelik bila mak, abah dan abangah lepaskan aku ke seremban seorang diri.
Tak puas dengan itu, selang beberapa minit kemudia, dia telefon pula mak. Padahal aku dah berpakat dengan mak. Hahahaha..! macam-macam reaksi muka mak bila jawab soalan dia…! Haiishh..! lebih kurang setengah jam, aku dapat mesej dari abah. Fuiyyoo…! Sampai kat abah dia bebel…! Hampess…!
Bila dah melibatkan abah, kenyataan sebenar pun terbongkar. Abah menjelaskan perkara sebenar pada dia. Hahahaha..! Aku Cuma ketawa je lah, sebab aku tak sempat nak pakat dengan abah. Hahaha…! Kalau tak sah-sah dia kena tipu dengan kami semua.
Bila aku ingat-ingat balik , senyum sorang-sorang di buatnya. dalam hati terdetik juga, “sayang juga dia kat kakak”
Hahaha…!
Kata Hati : Nak tipu dia apa lak lepas nih..! Hahahaha..!!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan