Assalamualaikum.
Alhamdulillah, di berikan kesempatan untuk terus bersiaran di sini.
Syukran YaALLAH..!!
Minggu ni, memang banyak lepak dekat helaian-helaian suci. Sambil-sambil tu aku juga banyak melepak dekat blog ni, kononya nak menulislah. Tapi kadang-kadang tu susah juga nak keluar idea. Sebab ianya seolah-olah memaksa. Tapi jika tidak berada di hadapan helaian suci, maka seperti biasa, idea tu datang mencurah-curah ke ladang otak ni..!
Contohnya malam tadi, di saat mata mahu terpejam rapat, tiba-tiba minda di penuhi dengan idea yang entah dari mana. Haiiss.. geramnya…! Padahal akau dah mengantuk tahap gaban dah ni..!
Terasa juga nak bangun nyalakan lampu dan capai je pen dan kertas yang siap ada di tepi katil tu. Tapi di sebabkan mengantuk sangat, tak terlawan semangat yang ada dengan mata yang mengantuk, aku teruskan juga pejaman dengan minda yang sarat dengan idea..! Fuhhh…!
Bila sedar pagi tadi, macam biasalah nak dapatkan kembali idea-idea yang macam semalam jangan haraplah. Kena tunggu mengantuk lain pula.Heee..!
Pagi tadi, aku cuba juga memerah minda ni, tapi taklah paksa kaw-kaw, Cuma lebih kepada dalam situasi tenang sambil lepak-lepak di blog ni.
Alhamdulillah, idea tu ada, Cuma separuh. Bila nak teruskan, aku tak mampu..! sebab bila idea yang terzahir sendiri di titip melalui hati dan sanubari diri.
Mungkin sebab itu aku tak dapat teruskan. Kerana ianya merangkumi segala-galanya..!
Kata hati : Hasilnya masih tergantung…akan cuba sambung..!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan