Sabtu, 29 Oktober 2011

.:: Jumaat Ke Sabtu | Bersahaja ::.

.


Assalammualaikum..!

Esok sabtu aku cuti lagi, hari minggu ini aku bakalan sibuk. Mungkin tidak akan ada entry. Kiranya entry ini, entry terakhir untuk minggu ini. Mungkin..!

Hari jumaat yang mulia, aku Cuma sempat mengudarakan diri di sebelah pagi je. Tengah harinya, lepas solat zohor, aku langsung tak dapat nak mengudarakan diri. Entah kenapa, line streamyx tiba-tiba jadi mereng..!

Ermm…biarkan jelah, mungkin pihak telekom punya masalah kot..! bila tak mengudarakan diri, aku cuba penuhkan aktiviti aku dengan memgulangkaji sedikit sebanyak tentang minda..! baru 30 minit mengadap buku, mata dah berair akibat menguap..! mengantuknya..!!

Aku ketepikan buku yang di baca, aku buka document yang tersimpan dalam lappy. Adalah dua tiga penulisan yang belum sempat aku habiskan.  Tadi cuba juga nak habiskan, tapi aku kekeringan idea. Maka, lappy di tutup dan mata yang pada ulanya tertumpu pada buku, dan kemudiannya pada skrin lappy dan akhirnya mata aku tertumpu pada tv..!

“Sekalung Budi” drama yang sedang di tayangkan di tv3. Menonton sambil berbaring dan bila sedar jam tepat jam 403 minit..! aku terlelap rupanya..! rasanya dah lama tak tidur siang..Hee..! Aku tersedar bila telefon bimbit berdering.

Dan hari ini, aku balik kerja sejam lebih awal dari biasa. Usai solat asar, aku gegas siap-siap untuk balik. Ermm..Tak sangka pula jalan sesak gila..! Merungut jugalah bila memandu tadi. Nak-nak pula hari hujan. Memang menguji kesabaranlahhh.. Haissshh..!

Dan bila malam, baru aku berkesempatan mengudarakan diri. Itupun lepas hujan betul-betul reda..! aku memang tak akan mengudarakan diri ketika hujan. Nak-nak pula kalau ada kilat…! Risau beb..!

Macam biasa, bila aku mengudarakan diri, lama muka bukulah tempat aku lepak-lepak pastu di susuli blog dan juga youtube. Itupun kalau line berukband okeyh la, tapi kalau line berukband tak okeyh aku Cuma akan lepak di laman muka buku dan blog je lah..!

Waktu orang semua sedang di buai mimpi, mata aku terkebil-kebil tak mahu lelap. Al-maklumlah, siang tadi dah tidur..Heee..! sekarang ni dah pukul 1214, dah masuk hari sabtu dah. Sedang layan maharaja lawak mega..! okeyhlah..ada yang lawak, ada yang tidak. dan aku, dah bersin  pat lima nam kali dah ni, tanda-tanda nak selesemalah ni..!

Oh ya..! sedang menaip entry ni, si bulatlah jadi peneman setia aku tau..! hee..sangat cumell.!

Caw wehh..!



Kata Hati : Ketika menaip setiap butiran aksara untuk entry ini, aku sedang layan lagu " Selamat Malam Cinta"...!!


.

Khamis, 27 Oktober 2011

.:: Mencuba...!!! ::.

.


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, di berikan kesempatan untuk terus bersiaran di sini.

Syukran YaALLAH..!!

Minggu ni, memang banyak lepak dekat helaian-helaian suci. Sambil-sambil tu aku juga banyak melepak dekat blog ni, kononya nak menulislah. Tapi kadang-kadang tu susah juga nak keluar idea. Sebab ianya seolah-olah memaksa. Tapi jika tidak berada di hadapan helaian suci, maka seperti biasa, idea tu datang mencurah-curah ke ladang otak ni..!

Contohnya malam tadi, di saat mata mahu terpejam rapat, tiba-tiba minda di penuhi dengan idea yang entah dari mana. Haiiss.. geramnya…! Padahal akau dah mengantuk tahap gaban dah ni..!

Terasa juga nak bangun nyalakan lampu dan capai je pen dan kertas yang siap ada di tepi katil tu. Tapi di sebabkan mengantuk sangat, tak terlawan semangat yang ada dengan mata yang mengantuk, aku teruskan juga pejaman dengan minda yang sarat dengan idea..! Fuhhh…!

Bila sedar pagi tadi, macam biasalah nak dapatkan kembali idea-idea yang macam semalam jangan haraplah. Kena tunggu mengantuk lain pula.Heee..!

Pagi tadi, aku cuba juga memerah minda ni, tapi taklah paksa kaw-kaw, Cuma lebih kepada dalam situasi tenang sambil lepak-lepak di blog ni.

Alhamdulillah, idea tu ada, Cuma separuh. Bila nak teruskan, aku tak mampu..! sebab bila idea yang terzahir sendiri  di titip melalui hati dan sanubari diri.

Mungkin sebab itu aku tak dapat teruskan. Kerana ianya merangkumi segala-galanya..!


Kata hati : Hasilnya masih tergantung…akan cuba sambung..!



.

Rabu, 26 Oktober 2011

.:: Indah | Hanya Itu Yang Termampu ::.

.
PERHATIAN: Nukilan  " INDAH " adalah hak milik blog
 http://www.cahayacita2.blogspot.com/
Sebarang penyalinan semula tanpa izin penulis akan diambil tindakan.


INDAH



Hijau keindahan alam

Terbentang luas di pandangan mata hati

Kesegaran jelas terzahir

Di setiap sudut pandangan

Apa saja yang terlahir darinya

Bisa meruntunkan jiwa rapuh ini

Terukir senyum indah

Bila segala kenangan terimbas

Jelas di minda ini

Segala rasa lelah masih terpalit di jiwa

Ternyata setiap titis keringat yang menitis

Membuatkan aku berasa puas dan leka

Berasa di bumi itu

Deru angin masih terasa

Disaat kaki kaku berdiri

Di tepian pondok usang itu

Jika di izinkanNya

Mahu saja aku kekal disitu

Bersama selamanya…



Kata Hati : Hanya ini yang terzahir dari hati..!


.

Selasa, 25 Oktober 2011

.:: Jom Buat Pizza ::.

.

Assalamualaikum....!

Apa khabar? harap kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera hendakNya, InsyaALLAH..! Mana-mana yang tak sihat tu, cepat-cepat pergi jumpa doktor ya..!

Kalau semalam aku titipkan kat sini resepi kek coklat lembab, hari ini aku nak titipkan pula pizza. Cuma kali ini bukan resepilah, cuma cara-cara buat pizza. Sebab apa aku kata bukan resepi, sebab bahan-bahannya sudah sedia ada, cuma perlu sediakan ikut citarasa masing-masing.

Senang, mudah,  ringkas dan sedap. Aku selalu amalkan konsep ni kalau nak masak. Sebab kalau bahan remeh temeh dan nak-nak pulak susah nak masak, lagilah bertambah malas aku nak masak ( sebenarnya memang malas pun..Hahaha..! )

Waktu pertama kali nak buat pizza ni, aku teringin jugalah nak masak Lasagna, tapi bila googlekan resepinya, alamak..! lecehnya....maka kansellah..! google pula resepi pizza, ermm...! macam senang dan memang senang..! heee.. ^_^

Bila goggle resepi pizza ni, macam-macam resepi kita akan jumpa, siap ada adunan untuk doh untuk pizza dan sos untuk pizza. Tapi di sebabkan aku nak cepat, aku gunakan cara lain, masih kekalkan konsep mudah dan ringkas ye. untuk doh, aku guna roti arab je, kalian tahu kan roti arab? itu je yang aku gunakan untuk gantikan doh. Cepatkan?Hee..!

Jomlah tengok gambar-gambar kat bawah ni, kalau rasa-rasa nak buat, cubalah..dan selamat mencuba..!

: Sos Dan Topping :

: Ratakan Sos :

: Susun Tomato :

: Susun Sosej :

: Capsicum :

: Keju :

: Taburkan Lada Hitam :

: Bakar :

: Letak Sos Cili..Siap..! :

: Atas Roti Gardenia Pun Boleh :

Haa...macam mana? senang tak? senang kan... Kalau rasa-rasa boleh buat, apa lagi, cubalah. Bahan-bahan yang kat atas semua ni, kalian boleh ubah ikut citarasa masing-masing. Terpulang pada kalian mahu letak apa sebab ianya bergantung citarasa anak tekak masing-masing. Hee..!



Kata Hati : Memasak ni kena kreatif. ( Ecehh..! macamlah aku pandai masak..hahaha..! )


.

Isnin, 24 Oktober 2011

.:: Resepi | Kek Coklat Lembab ::.

.

Assalamualaikum...!

Alhamdulillah, kita di berikan kesempatan untuk terus bernafas di bumi yang Indah milikNya ini.

Syukran Ya ALLAH..!

Okeyh..! Entry kali ini, saya nak kongsi satu resepi dengan kalian-kalian semua. Konsep resepi ini mudah dan ringkas. Jadi siapa-siapa nak cuba tu, bolehlah cuba, nak-nak pula tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha kan? Memang sesuailah di hidangkan di pagi raya nanti..Eceehh..!

Resepi ini, aku dapatkan melalui intenet juga. Cuma dah lupa dari sumber mana. Mana tak nya, sekali buka google, sampai 6 - 8 page, mana yang berkenan di hati copy dan paste je. Lupa nak bedek-bedek asal usul resepi yang di copy kan tu. Mohon maaflah jika resepi ini tersama dengan mana-mana blog, sebab asalnya memang dari internet pun, cuma aku ubah sikit-sikit je. Hee.. ^_^

Terus teranglah, aku bukan pakar memasak atau pakar dalam membuat kek atau apa saja, tapi untuk resepi Kek Coklat Lembab Kukus ni, aku dah banyak kali buat, sebab ianya sangat mudah dan sangat ringkas. Buat kek ni, bukan tunggu musim perayaan je, kadang-kadang tu aku buat untuk minum petang ke, atau saja-saja buat ( Kes terlebih rajinlah nih..! ) memang senang dan mudah, sebab ianya kukus, bukan bakar, jadi tak payah risau sangat kek hangit ke, kek tak masak ke atau apa-apa saja kemungkinan. Hee..!

Gambar dua biji kek yang aku tepek kat atas tu, aku buat waktu raya puasa hari tu, bukan untuk makan sendiri tapi buah tangan untuk opah di kampung. Nampak macam sedapkan? tapi kalau nak tahu sedap ke tak, kalian cubalah sendiri.. Hee... ^_^



RESEPI KEK COKLAT LEMBAB

Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak ( Boleh juga gantikan dengan butter 250gm )
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bicarbonate
1 sk Esen Vanila 5 biji telur
coklat rice dan badam cincang ( Untuk hiasan )


Topping :
Gaul rata serbuk coklat ,susu pekat dan sedikit minyak masak sehingga sebati. ( Rasa manis ikut citarasa masing-masing) dan kemudianya, masak sekejap di atas api. ( Hati-hati, jangan sampai hangit..! )


Cara-cara :

1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api
kecil sehingga semua larut.Ketepikan.Biar suhunya turun.

2. Tepung, soda dan baking powder di ayak menjadi satu.

3. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung.

4. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.

5. Kukus salama 1 jam baru angkat dan biarkan sejuk.

6. Ratakan Topping ke atas kek dan taburkan coklat rice dan badam cincang. Siap..!!




 Kata Hati : Untuk topping kalian juga boleh guna coklat bar, cuma nanti dia akan menjadi keras bila dan sejuk.

.

Jumaat, 21 Oktober 2011

.:: Shahir | Pendam ::.

.

PENDAM

Aku yang mengejar bayang cinta
Yang terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya.

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya 
Hamba cinta.

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlahku sendiri 
Tanpa kasih di hati.

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati.

Aku yang mengejar bayang cinta.



Kata Hati : Lagu ini muncul di saat jiwa ini terlalu rapuh...! Bait lirik yang terkesan TEPAT di hati..!!


.
 

Rabu, 19 Oktober 2011

.:: JIka Aku Pandai...Tapi Realitinya.... ::.

.
Comelkan..!

Assalamualaikum.

Bersyukur ke Hadrat Ilahi, kerana diberikan kesempatan untuk kita semua bertamu di ruangan ini. Alhamdulillah…!

Dushh…! Dushh..! sekali lagi aku ingkar. Ya, sepatutnya puitis baru sudah pun di titipkan disini sejak minggu lepas..!

Haiisshh..kenapa malas sangat nih..!

Terus terang okeyh..! aku sangat malas mahu menaip, membaca, mengubah puitis, berjiwang-jiwang dan menuai hasil di Farmville. Hahaha…percaya?

Sila percaya, ini kerana aku masih di mood cuti.

Huahuahuahua...melampaukan…!

Okeyh..kalian mahu tahu sesuatu? Sesuatu kenyataan yang tah apa-apa entah..! sebelum tu, silalah gelak dulu eyh..!

Hikhikhikhikhikhikhikhikhikhik (^___^)v

Cukup-cukup..! kalian dengar tak lagu yang sedang berdendang di teratak den nih..! ya betul..! ini lagu kegemaran tuan tanah, lagu dari band seberang yang telah di akustik kan oleh Encik Mimpi. ( Jangan marah ye Encik Mimpi, saya pinjam. Btw suara kamu memang sedap..! )

Sesuatu kenyataan yang aku ingin umumkan ialah, JIKA aku PANDAI MEMETIK gitar, dah lama dah aku stik-stikkan lagu nih…! Permasalahannya, aku TAK PANDAI….!! Jangan kata petik gitar, pegang gitar pun tak reti..! Huuuuwaaaaaaaaaaa…!

Sekali lagi, sila percaya eyh..Realitinya, memang aku tak pandailah..!

Tapi apa yang membuatkan aku teringin sangat nak memetik gitar eyh? Ini semua disebabkan lagu “Ku Ukir Indah Namamu” lah…! Terasa macam nak pegang gitar dan hentam saja petikannya.. sambil nyanyi-nyanyi, dan beberapa saat lepas itu..hujan mencurah-curah membasahi bandar warisan..! (nampak sangat suara aku tak sedapkan..! )

Itu semua akan terjadi jikalau aku PANDAI. Masalahnya aku tak pandai, jadi tak dapatlah aku nak menyumbangkan suara di sini. (Hahaha..yoyo oo…! )

Okeyh la weh..! malas dah aku nak bebel panjang kat sini, kan aku cakap, aku malas tadi, tapi macam mana boleh terbebel panjang nih..huh..tak sedar dirilah nih..!

Apapun, terima kaseh sudi menjenguk dan membaca..! insyaALLAH, panjang umur, kita berjumpa lagi. dan insyaALLAH, jika rajin aku titipkanlah puitis yang tersadai berminggu-minggu tu eyh..!

Muasallamah..!


Kata Hati : Serius masih di bawah pengaruh cuti...!!


.



Sabtu, 15 Oktober 2011

.:: 7 Pelangi | Ku Ukir Indah Namamu ::.

.

Assalamualaikum.

Okeyh, tak mahu bebel panjang, sepatutnya aku postkan puitis terbaru disini. Tapi di sebabkan aku malas nak menaip, jadi aku post je lirik lagu yang sedap di telinga aku untuk kalian. Boleh?

Percaya atau tidak, buat pertama kalinya aku baru dengar lagu dari band 7 Pelangi ni. Mungkin kalian pernah dengar lagu ini, tapi bagi aku, ini adalah pertama kali. Dan nyata, ianya sedap di dengar, sehinggakan membuat aku ter'cair' dengan melodi dan liriknya.

Maaf, lagu ini bukan di tujukan untuk sesiapa ya..! seperti sedia maklong ( baca maklum ) tuan tanah memang tidak pernah ada pengalaman bercinta. Jadi lagu ini bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri sendiri. Okeyh..!

sekali-sekala cubalah hargai diri sendiri. Boleh..?

Moh...kita hayati lagu ni. (^_____^)v

Ku Ukir Indah Namamu.
If I let you go
Something I belong
Forever will be gone
The love is never shine
Is so hard to say since you far away
Nothing gonna do
The love is only you
To the end of time
I’ll be missing you
Entah kemana
Akanku cari
Rasa cinta yang
Pernah ku miliki
Janji setia
Sehidup semati
Dan hanya waktu yang
Memisahkan kita
Namun semua
Telah berakhir
Untukku
Harus ku akui
Sampai detik ini
tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Yang ku ukir indah
If I let you go
Something I belong
Forever will be gone
The love is never shine
Is so hard to say since you far away
Nothing gonna do
The love is only you
To the end of time
I’ll be missing you
Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu
Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu
Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu


 Kata Hati : Kalau siapa-siapa nak tuju lagu..Silakan..! hehehe..




.

Sabtu, 8 Oktober 2011

.:: Sabtu | Terlebih Santai Sudah ::.

.

Assalamualaikum.

Selamat hari sabtu. Selamat bekerja pada mereka yang sedang menjalankan tugas seperti aku. semangat..!!
Selalunya bekerja hari sabtu, sikap kita akan santai-santai kan?. Nama pun hari sabtu, kira mood tu lain sikit, rancagan kat tv pun lain sikit nak bandingkan dengan hari-hari lain ye dak??

Dan untuk pertama kalinya dalam sejarah aku bekerja, dengan santai tahap gabannya aku bawa si bulat, kucing kesayangan aku ke tempat kerja. Hahaha…santai tak?

Santai gilakan??

Bukan saja-saja suka aku bawak eyh..! aku bawa sebab aku takut hilang. Buat masa sekarang ni, rumah aku sedang dibaik pulih. Jadi, kerja-kerja itu semua akan melibatkan pintu utama rumah aku sentiasa terbuka.

Jadi, disebabkan takut dia keluar, aku pun dengan selamber badaknya bawa dia ke tempat kerja. Heeeee…! Mula-mula takut juga dia tak duduk diam masa dalam perjalanan ke kedai. Tapi Alhamdulillah, dia ok. Bila sampai kedai pula dia mula-mula dia takut-takut juga, tapi lama-lama dia ok.



Kata Hati : Si Bulat Tido jee...!


.

Jumaat, 7 Oktober 2011

.:: Kecoh | Gara-Gara Aku Nak Ke Seremban..!! ::.

.


Assalamualaikum.

Aku : Hari tu beli tekit bas dia minta nombor ic tak?
Adik : kamu nak pegi mana?
Aku : Seremban.
Adik : Dengan sapa?
Aku : Sorang la.
Adik : nape tak drive?
Aku : Abah tak bagi.. bahaya..!
Adik : dah tu, kalau naik bas abah bagi ke?
Aku : Bising juga..!
Adik : abang ngah kata apa?
Aku : Bising jugak la..
Adik : Kenapa kamu degei sangat? Kalau dah abah ngan abang ngah tak bagi, janganlah pegi. Bahaya..!
Aku : bukan buat apapun..jumpa kawan je.
Adik : gila jumpa kawan punya jauh. Bak sini nombor telefon kawan kamu, bior aku cakap..!

Hahahaha..! aku hanya mahu ketawa. Boleh?

Di atas adalah perbualan antara aku dan adik kedua aku. keadaan jadi kecoh gara-gara aku Cuma bertanya cara-cara pembelian tiket bas pada dia. Macam-macam di soalnya. Naik lenguh mulut aku nak menjawab.

Macam-macam jugalah nasihat yang diberikan pada aku. haiiisshh..! naik berbulu telinga nak mendengarnya. Padahal tiket yang aku beli tu bukan untuk aku pun, sebaliknya aku Cuma di minta tolong untuk membeli tiket ke seremban pada tarikh 9 Oktober 2011.

Untuk pengetahuan kalian, sejak di beri kepercayaan memandu sendiri, aku memang dah jarang naik bas kemana-mana. Apatah lagi nak membeli tiket bas. Lagilah aku tak tahu. Manakala adik aku adalah penumpang tegar bas express. Sebab tu aku tanya dia cara-cara membeli tiket bas.

Kononnya tiket tu aku beli untuk diri sendiri. Sebaik saja dengar aku mahu ke Seremban, Mahu tak terkejut beruk  bila dia dapat tahu kakak yang selama ini pemalas nak keluar rumah nak berjalan jauh. Sebab dia kenal siapa aku lah yang dia soal siasat. Dia sendiri pelik bila mak, abah dan abangah lepaskan aku ke seremban seorang diri.

Tak puas dengan itu, selang beberapa minit kemudia, dia telefon pula mak. Padahal aku dah berpakat dengan mak. Hahahaha..! macam-macam reaksi muka mak bila jawab soalan dia…! Haiishh..! lebih kurang setengah jam, aku dapat mesej dari abah. Fuiyyoo…! Sampai kat abah dia bebel…! Hampess…!

Bila dah melibatkan abah, kenyataan sebenar pun terbongkar. Abah menjelaskan perkara sebenar pada dia. Hahahaha..! Aku Cuma ketawa je lah, sebab aku tak sempat nak pakat dengan abah. Hahaha…! Kalau tak sah-sah dia kena tipu dengan kami semua.

Bila aku ingat-ingat balik , senyum sorang-sorang di buatnya. dalam hati terdetik juga, “sayang juga dia kat kakak”

Hahaha…!


Kata Hati : Nak tipu dia apa lak lepas nih..! Hahahaha..!!


.