Jumaat, 27 September 2013

Home » , , , , , » Rahsia Allah

Rahsia Allah



Aku nak tangkap gambar hadiah, dia pun nak bergambar jugakkk..!


Assalamualaikum.

Entry ini di Auto Publishkan pukul 03:51 petang. Kenapa 03:51 petang, entah aku sendiri pun tak tahu. InsyaAllah, malam ni akan berlangsungnya majlis pernikahan sepupu mak merangkap makcik aku. Dan keesokan harinya pula akan diadakan kenduri. Dan ketika korang sedang baca entry ni, aku sedang memandu dengan hemahnya menuju ke destinasi, iaitu kampung untuk memeriahkan majlis perkhawinan Maksu Wanie. InsyaAllah…

Bila cerita bab kenduri, bagi yang bujang macam aku ni,pasti akan ditanya dengan soalan cepuk cemas. Jadi, kenalah stanby jawapan ala-ala retis popularkan. Hahaha. Al-maklumlah bila dah berkumpul reramai tu pasti punyalah kena tanya.  Nak-nak pula yang menanya tu opah-opah ataupun moyang-moyang sedara. Haduhh.. jenuh kot nak menjawab oii.

Sebenarnya aku tidaklah anti sangat dengan soalan pasal jodoh ni, cumanya rasa segan kot bila soalan tu aku sendiri tak mampu nak jawab. Paling tidak aku senyum ataupun hanya diam. Walhal ikut hati nak je jawab soal bila nak tamatkan zaman bujang bukan dalam kawalan aku.

Macam itu jugaklah soalan bila nak dapat anak lepas kawin. Bila jawapan kita “Ada jodoh kawinlah..” atau “Belum ada rezeki lagi..” dan jawapan sebegini selalunya dibalas dengan soalan yang menyakitkan hati, lagilah aku rasa macam “Err…apa ni, semua ni boleh main beli kat mana-mana kee..Grrr…”

Tapikan orang tak faham. Yang orang tahu, orang fikir cukup umur, kawin. Bila dah kawin kena mengandung, bila dah anak satu kena tambah, bila dah tambah kena tambah lagi, bila ank besar tanya pula bila nak bemenantu, bila dah bemenantu tanya lagi bila nak dapat cucu, bila dapat cucu tanya bila nak tambah cucu…err..macam itulah seterusnya… Soalan-soalan macam ni memang kita tak akan boleh lari.

Apa yang orang perlu tahu, mungkin kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Tapi tidak semestinya rezeki kita tetap sama walaupun luarannya kita nampak sama. Hal rezeki, jodoh, maut semua RAHSIA ALLAH. Ya, kita mampu merancang, tapi DIA menentukannya..betulkan...?

Err..cukuplah sampai sini. Doakanlah aku selamat sampai yea..! Oh yea..! Diatas kesempatan ini, aku ingin ucapkan Selamat Pengatin Baru buat Maksu Wanie dan Suami. Moga kekal berbahagia bersama suami tercinta sehingga ke Jannah...! Aminn..!



Kata Hati : Percaya pada ALLAH, pasti bahagia.... ^_^

.

28 ulasan:

inche hlovate berkata...

tahniah untuk maksu wanie dan suami..

betul tu..soalan yg biasa diajukan pada org bujang dan berkahwin. Soalan tu takkn pernh putus

Unknown berkata...

sabo je lah nur... deqla sendiri dah fed up dgn soalan pasal anak..tp nk buat mcm mana kan.. mulot org x mampu kita nk tutop...huhu.. biarlah.. Allah tahu apa yg terbaik buat kita.. pedulikan saja mereka yg x paham tu..

eh! bulat..!! alolo..comei sungguh.. sejibik mcm Momon kan..bergmbr dgn hadiah x psl2 kang jadi hadiah kawen skali..hahaha..selmt pengantin baru buat mereka... ;)

Ruse Sulaiman berkata...

Semoga Allah berikan ketenangan hati. Inshaallah.. Akan tiba juga harinya nanti. Mcm akak org tak tanya dah. Kalau dah berbelas tahun tak letih nak tanya :)

Unknown berkata...

betul tu kan nur
kengkadang pertanyaan dri org membuatkan diri kita stress
mungkin diorang terlupa
Allah Maha Pemberi rezeki dan ketentuan takdir di tgnNya

pernah merasa situasi nur tp dlm kondisi berbeza

Nastyna berkata...

Betul betul betul.. persoalan paling popular sepanjang zaman, lepas satu, satu...tak pernah habis.

Selamat pengatin baru kepada Maksu Wanie u, moga kekal bahagia selamanya ;)

Naz berkata...

nape tak bungkus dia bt hadiah..hehe

Cik Ai berkata...

Rahsia Allah..x siapa yg tahu!
kalo Allah nk kan kita kawin esok maka kawin lah kita tp jika sebaliknya....itu semua perancangan Allah :)

Zaza Iman berkata...

semua itu rahsia allah kan cnur.. :) zaza pun tertunggu2 siapakah jodoh zaza nti..hehehe...

eh kucing tu menyelit...comel betul dia :)

RIZZNA berkata...

yuppp....rahsia Allah.

*jangan tanya soalan rahsia

kdg kala yg bertanya tu pun saja sgt2 nk sakitkan, siap ada jawapan pertanyaan, utk kita jwb saja iya atau bukan.

Unknown berkata...

kalau dah rezeki mesti ada :D hehe

Masha Meisters berkata...

huhu...dilema perempuan kan...
yang dah tune pun bnyak lagi molot bertanya...aish! jawab je "nak kawen esok'! haha

Tanpa Nama berkata...

betul. jodoh tu datang dari Allah.

Allah tu Maha Agung...

*pandai die posing buat muke kesian kan? haha.

Liyana Anuar berkata...

comel kucing tu..hehe..biasalah tu cik nur..orang akan sentiasa bertanya sebab diorang tak tahu nak tanya apa lagi kot~~

sorry tak reply msg cik nur hari tu..busy, pastu asyik lupe je nak reply..terima kasih banyak-banyak atas ucapan tu. Saya siman lagi mesej tu..hehe ;P

LYAfrina berkata...

betul tu nur..jodoh itu rahsia allah swt

Aine Ainun berkata...

Ya Nur...
kadang2 orang lama pun tak faham...
Bukan cari suami mcm ikan kat pasar nun...
kita nak cari ketua keluarga...
Allah...tak tau nk kata camana..
Kalo kita main tangkap muat ja, camana kita nak tempuh alam rumahtangga yang penuh cabaran nanti...
sabar Nur, mmg rahsia Allah.
pedulikan kata orang...
Akan sampai masanya nanti...
teringat dulu, saya pulak dihentamsebab lambat dapat baby...=)

Nur...
nanti free kita jumpa ya...=)
minggu ni minggu BZ..=)

Chic Na berkata...

tu semua soalan2 cliche je tu.. cer tanya soalan lain kan senang sikit nak jawab.. kekekek.. ingat orang tak kawen tak bahagia ke? kita pun bahagia kan nur.. sangat2.. dengan family.. :)

seri.selaseh berkata...

soklan2 camtu ada ustaz penah ajar cara nak jawab. Cthnyer "Awak doakan la skali semoga saya cepat dpt jodoh". Cantik sikit.. baru la nmpk cam yg menyoal tu pon kena la buat sesuatu dpd senang2 tnya je.

Lina berkata...

hahaah.. biasala tu nur.. org bujang seperti kita akan stanby soalan2 tahap tertinggi mcm tu.. klu aq rilek je jwb.. lepas bla bla ni nikah giliran aq plak... mls nak ckp byk..

tp skrg xboleh jwb mcm tu dah.. sebanya.. sebabnya... errr.. ko tau la.. ekekke..

muuah3

kayyana berkata...

ini dinamakan trauma org bujang dan org yg baru kawin gitu.. takpelah.. sabar ajelah.. klu dieorang tanya cuba jawab.. hah makcik tlg la doakan saya cepat dpt jodoh ye

are_lin@yu berkata...

inshaallah nur sama2 kita doakan ya..moga cepat jodoh kita yg anak dara ni.hihi

Aine Ainun berkata...

Rasa macam dah komen....
yela...dah la rasanya...hihikssss...=)
Selamat MALAM Nur..=)

Shida Radzuan berkata...

bt2 xnmpak bt pekak tlga kalo jmpa org mcm tu..shida penah rasa mcm ni huhuu lg teruk kot :(

Unknown berkata...

Cekalkan hati ye Cik Nur. Biasalah, mulut orang. Manalah boleh kita tahan-tahankan.

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

org ni mmg suka bertanya nur....mcm wani ni org tanya pulak bila nk tmbah lg anak hihihi

QasehnyaRania berkata...

betul tu nur..itulah lumrah hidup.
letih benor nk melauannya kan

Cikrosecute berkata...

lumrah manusia...memang begitu...

nanieydotcom berkata...

biasa la tu.. tp kdg sumpah rimas.. rimas sgt.. mcm teruk sgt je if x jdi mcm yg diharapkan. duh... sshnye..

geram nye meow tu.. bulat kan tu??

tertarik nani dengan kata2 kt fb.. lupe la kat mne..
"Allah tak janji orang yang kahwin akan dpt anak".

At least org yg masih belum dikurniakan rezeki anak tak de rasa rendah diri wpun hakikatnye ada rimas dan tertekan dengan org sekeliling.. Emm..

ayut berkata...

setiap org itu dh ada jodohnya..doa dan usaha,smpi masa pasti Allah akn beri...sabar ye nur.biasalah klu sedara mara bertanya.mereka syg kat nur tu ^^