Khamis, 3 Oktober 2013

Home » , , , , , , , » Seseorang Yang Mirip Blogger *****

Seseorang Yang Mirip Blogger *****





Assalamualaikum.

Okay, entry ini hanya sekadar cerita dari mata aku. Jadi memang tidak akan ada sebarang bukti untuk dikemukan untuk kesahihan entry ini. TIDAK AKAN ADA. kenapa? Sebab aku langsung tak teringat pun nak snap apa-apa untuk dijadikan bukti. KALAU ADA pun mungkin aku akan blurkan bukti yang ada tu.

Ingat lagi tak Entry Jumaat lepas tu? Kita hanya mampu merancang, tapi semuanya DIA yang tentukan. Aku sampai kampung lambat jugaklah hari tu. Mana taknya, aku mengantuk tahap gaban kot time memandu tu. Jadi, demi keselamatan, aku buat keputusan singgah kawasan Rehat & Rawat Simpang Pulai.

Dan itulah pertama kalinya aku singgah kawasan Rehat & Rawat Simpang Pulai setelah diubahsuai. Kalau dulu kawasan rehat tu tak ada food court. Sekarang ni dah ada. Semua makanan sedap-sedap belaka. Nasi lemak boleh tahan sedaplah. Burger tak kedekut sos, memang sedap. Pau kelapa pun gebu dan sedap, yang paling penting tak kedekut inti. Kueh karipap sebesar tapak tangan pun, murah dan sedap…seriuss. Jadi lama jugaklah kami melepak dekat Simpang Pulai. Hehehe.

Errr…aku rasa entry ni dah melalut kelain. Okay, kita sambung. Sabtu, hari berlangsungnya kenduri. Seawal pagi, semua orang sibuk dan aku pun turut sama sibuk siapkan juadah untuk pengantin. Bila dah selesai semua, lebih kurang 11:00 pagi ada majlis doa selamat dan tahlil. Lepas habis je bacaan doa, bermulalah kenduri.

Dan ketika berlangsungnya kenduri inilah aku terperasan kelibat seorang  yang pada mata aku dia nampak sebijik macam sorang blogger perempuan yang aku kenal. Memang sebiji wehh…! Tambah-tambah bahagian mata. Disebabkan orang yang aku nampak tu kira macam adik beradik dengan atuk sedara aku, jadi lamalah orang tu ada dekat kenduri tu. Dan sepanjang dia ada tu, aku dua tiga empat kali jugalah duk usha. Sebab memang saling tak tumpah..!

Tapi dalam masa yang sama, aku tak berniat pun nak pergi tanya orang tu yang betul ke dia ni blogger *****. Langsung tak terfikir pun nak tanya. Sebabnya aku tahu, dia bukan blogger yang aku maksudkan tu. Sebabnya perempuan yang aku nampak tu, tak bertudung. Tapi blogger yang sebiji macam muka dia tu bertudung.  Tapi kalaulah dipakaikan tudung dekat perempuan tu, pastu bandingkan dengan blogger perempuan yang aku maksudkan tu, aku percaya mungkin orang akan kata kembar..Seriuss…!!

Akhir kata, memang tak akan ada bukti atau sebarang gambar pun yang aku nak tunjukkan. Jadinya, jangan minta aku letakkan gambar mahupun beritahu siapa blogger perempuan tu yea. Biarlah aku bercerita dalam keadaan begini. Motif entry ni Cuma nak kabo yang aku jumpa orang yang macam muka blogger ***** . Itu je…Kekekekeh..!



Kata Hati : Aku berani kata 95% seiras, tapi aku memang yakin 110% itu bukan blogger *****..!

.

44 ulasan:

Deqla Manjew berkata...

ok2.. deqla percayakan nur.. hihi..dlm dunia ni kan mmg ada 7 pelanduk serupa.. tp pelanduk la yg serupa, bkn manusia.. hahahaha.. (deqla plak dah melalut komen kelain ;p)

psstt..sapekah blogger itu? hakhak.. gatal nak tanya jugak.. kalo xde bahan bukti pun xpe nur.. tp at least bgtau la sape...huhu... ;p

kopi pasta berkata...

kalau ada gambar tu lg epik kot. boleh tgk samada iras atau tak~

BERT berkata...

pelanduk 2 serupa latu kot hihi

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

blogger siapalah tu ea..

fieda berkata...

ala..sape blogger tu nur..nk gak tau..hihihi

IntaNBerliaN berkata...

laaa yeke... tp kalau dpt gambar mesti lg best.. sbb dapat tgk salah sorg dr 7 yg muka serupa dgn kita ;)

Mrs Velentine berkata...

siapa blogger tue nur

lelamaisara berkata...

macam muke akak kan nur...eceh...hahahahha

t.a.t.a berkata...

ada 7 orang yang serupa. cari lagi 5 cukupkan 7.

Cik Aini berkata...

huk aloh..
sj nk bikin org lg hangen kan..hahahaha eh sapa?sapa?Deqla?Chikna?alah sapa Wei?

Mieya Atiera berkata...

Erk... agak-agak siapa lah tu kan?

Nastyna berkata...

Tidak mustahil dia adalah jua seorang blogger, cuma mungkin bukan blogger yang dimaksudkan. Heheehehe cer cek blogger yg betul tu, ada tak post pasal kenduri berkenaaan?

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

motif gambo bunga tu pulak walaupun bentuk sama tp kaler lain erk hihihi

Rapunzel Cikilolo berkata...

femes ke blogger tu nur?

HeNRieTTa JoSe berkata...

ramai yang mirip kan...

QasehnyaRania berkata...

hahaha.sabor je la...
nur..maap la ye.lama tak singgahn.nur sihat ke?

Yumida Huda berkata...

sapekah itu..jengjengjeng
penuh misteri
aah kan..kengkadang kita akan tengok org tu hampir sama..tp gaya pemakaian dia x sama
tu yg buat lg konpius

4feet8 berkata...

alaaa...takde gambar eh.. baru nak tgk..

Aine Ainun berkata...

Nur saya jarang makan kat RnR...
sebab takut tak sedap....n mahal...=)
Mekasih share, pasni saya singgah simpang pulai...ehehehe=))

dya bunga berkata...

tak jumpa blogger tu dapat jumpa kembar pun blh..hahahaha

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

eh nur, kedai apa yg kata semua boleh rasa tu? cer kabor..huhu..

mcm tak pernh msuk plak ni..

ke sushi tu?

Puan Ida berkata...

salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni
no2330

Ummi Iman berkata...

siapalah ya..

Crew Fathi berkata...

HUwaa.. cantik bunga itu.. ^_^ Salam jumaat.. =)

Zaza berkata...

jeng2..agak siapakah??? hihihi

Chic Na berkata...

ehemmm.. saya tau saya tau.. hehehe.. tapi kalau pakai tudung pun kena pakai tudung macam ***** la br nampak cam dia.. hihi..

9n0L4 berkata...

blogger mane cik nur? huhuhu. nak tahu jugak. ji hyo ke. hahaha.

Cinta Misteri berkata...

opppssss....siapa errrkkk?

Sue PeLik berkata...

kembaq seiiras kot...hehehehe

YaYaNsMuM a.k.a YM berkata...

hehehe...ahkak ke?hahah!gurau je Nur.Takpe Nur, tak perlu bukti pun...yg penting Nur tahu, ;)

KIBAS KAMI berkata...

salam ciknur...ni kak intan ..(blog cik intan berlian.),..ciknur apa kaba?semoga sihat ya...

ciknur...kak intan da buat bisnes kibas untuk kurban, aqiqah dan kenduri dan lain lain..kalau sesapa nak especially sebelah utara boleh la bgtau kak intan...sudi sudilah jenguk blog n dan follow ya..

caliph shuriken berkata...

hmm, blogger perak ka? ^^

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

singgah ahad yer nur

jaakechik berkata...

salam ciknur, kenapa byk hari x update blog? tak sihat kahhh?

CXopportunities berkata...

siapakah gerangnya ya. :) hihi

Busyra Bt Takiyudin berkata...

wahh. spalah agaknya tu. smua nak tau ni. hehe

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

sggh malam =)

Che Rosliza Che Mat berkata...

Dalam dunia memang ada muka sama hihihi..

LYAfrina berkata...

siapakah blogger tu..tp yela.. maybe pelanduk 2 serupa..

Masha Meisters berkata...

nampak panas kan....ceciter ceciter sapekah gerangan tu....mungkinkah??? hehe

Yana Libra berkata...

persoalannya siapakah bloger tu? hehe~

nanieybarnieylurviey berkata...

siapakah blogger itu yerk.. biarlah jadi rahsia kan nur.. hehe.. :) tapi still tertanya.. tp langsung xde hint la..

ayut berkata...

siapalah blogger yg mirip tu agknya kan...hihihi.nur ni klu mengusha tu bersungguh nampaknya :D

Shida Radzuan berkata...

siapa ehh agknye hehee ^_^