Jumaat, 13 Disember 2013

Home » , , , , , , , , » Kisah Pakcik Jual Laksa Beras

Kisah Pakcik Jual Laksa Beras





Kisah ini aku Copy & Paste dari SINI.
Moga kisah ini mampu buka mata dan minda kita.
InsyaAllah


Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motorsikal mengelilingi kampung. Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar,saya pun berhenti rehat. Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. Baru kira-kira satu bulan saya dan keluarga berpindah ke kampung ini, bertugas sebagai inspektor menjaga parit dan saliran.

Saya melaung bertanya kepada isteri dan anak-anak, adakah mereka juga turut ingin makan laksa beras. Isteri dan anak-anak 4 orang juga inginkan laksa beras. Bermakna saya pesan 6 pinggan laksa beras. Dengan menggunakan ukuran mangkuk standardnya laksa dihidang dalam mangkuknya dahulu sebelum dituang ke pinggan yang pelanggan sediakan.

Zaman ini, kebanyakkan penjual laksa beras bermotorsikal tidak perlu bawa banyak mangkuk atau plastik bungkus. Cukup sebuah mangkuk yang dibawanya untuk jadi ukuran yang sama setiap pinggan yang dipesan pelanggan. Semua yang membeli laksa beras perlu membawa pinggan atau mangkuk sendiri ke motor pakcik jual laksa itu berhenti.

Setelah membeli laksa beras,pelanggan akan makan di dalam rumah masing-masing bersama keluarga. Cara ini telah menyelamatkan alam sekitar, tidak ada pelupusan bahan plastik atau pembaziran bekas.

Setelah membayar harga bagi 6 pinggan laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung.
Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan. Maka terus saya bertanya, “pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?”

Pakcik itu pun menajwap, duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak.

Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain juga. Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. Saya mengilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. Atau untuk rumah anak yatim juga. Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walaupun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan. Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. Apabila tiba dimana-mana kampung, menjelang waktu solat samada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana –mana surau kampung berkenaan. Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini walaupun sedikit.

Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah . Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain. Saya suka berniaga menggelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat.Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi. Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, disini, di sini. Hari Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa kata si polan solat di surau ini.Dan seterusnya. Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan zakat atau wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari.

Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam. Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan. Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaiatu mengerjakan haji. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar.

Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam.

“Pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.”

“Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? Mampu itu kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?”

MasyaAllah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal menggelilingi kampung. Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal.

Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini.

Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan keenakkan laksa beras yang selalu saya beli dari seorang penjual laksa beras yang bermotosikal menggelilingi kampung. Tidak pasti adakah pakcik ini masih hidup atau telah meninggal dunia. Laksa berasnya memang enak.



Kata Hati : Bila apa saja yang kita lakukan adalah Kerana DIA, semuanya akan dipermudahkan...InsyaAllah..!


.

26 ulasan:

Engku Muzahadin berkata...

Nice story... Btw, laksa beras mmg sodap ;)

Solehah Shamsuddin berkata...

Subhanallah, bagusnya pakcik ni. Sanggup lagi menderma walaupun duitnya hanya cukup-cukup makan.

BaNu Syah berkata...

nice story, byk pengajaran dri kisah ni..

t.a.t.a berkata...

menabung memang penting. tak kisah la banyak atau sikit setiap hari tapi memang perlu simpan. jumlah tak kisah kalau tak tentu tapi mesti kena simpan sikit.

lagi-lagi untuk orang berniaga. sebab kita tak tahu bila rolling kita tak cukup.

hazwan hairy berkata...

mulianya hati pckik ni..best plak baca .rezeki di kgsi walaupun sikit..kat kg kami pun ada juga org jual gini..hehe

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

bila tgk laksa bru ingt lama tak pekenaaa..

Ayuni berkata...

betul, hanya Allah segala-galanya....

Sya Nadia berkata...

bw sini..rasa terpukul bila bca crita ni..

Liza Licha berkata...

singgah sini :)
salam kenal ye dear.
bagus nya sikap pak cik tu. wajar dicontohi oleh kita kan

whitecappuccino berkata...

sedapnya laksa tu!!!

Solehah Shamsuddin berkata...

Subhanallah, pakcik ni masih ingat untuk menolong orang lain yg lagi ssh darinya. Kagum da pakcik cmni. Semoga pakcik ni dikurniakan kehidupan yg selesa

noornazuha berkata...

Akak ada baca kisah ni kat fb..memang sentap la.....hehe...memang Pakcik niii superb la...

Chic Na berkata...

Nur.. mmg terkesan.. mcm sama je dengan topik yg kita sembang2 aritu kan.. pasal rezeki.. :)

QasehnyaRania berkata...

morning cik nur.
betul tu. terbuka mata dan minda bila bc n3 ni.
pendek kata jgn sesekali kita bkira dgn rezeki yg kita dpat/ perolehi.
thanks ciknur share.

pergi mana hari ni. hihi

aine ainun berkata...

Nur....
Kdg2 bila kita byk duit, bila kita kaya, lagi kita diuji sebenarnya.
Mana kita belanja kn
Mna kita sedekahkan....

Kdg2 bila kita kaya lg kita tamak, lg kita lalai....
Saya pling takut jd mcmtu


Mudahan setiaprezeki kita yg adasikit/ byk kita beringat mcm pakcik tu. Sgt2 bg pengajaran

inche hlovate berkata...

bgus pak cik ni..byk pengajaran dari cerita ni nur

zaza zehra berkata...

laksa febret zaza.. kisah yg boleh dijadikan teladan... :)

QasehnyaRania berkata...

selamat petang ciknur.
buat apa tu.hihi

QasehnyaRania berkata...

singgah petang mencari ciknur. kikiki

Cik Aini berkata...

Keberkatan...
Keberkatan itu yg plg pnting..yg mbuka jln tuk kita ke sana :)

izan mama mia berkata...

cerita yg terkesan di hati

Deqla Manjew berkata...

bagusnye pakcik ni.. moga jadi pengajaran buat smua.. deqla terliur plak tgk gmbr laksa tu.. hihi

intanfirdaus247 berkata...

Salam nur..kk intan baca sampai habis...terpegun, tersentak semuanya ada..insyaAllah akan kak intan ingat kisah ini dan amalkan dalam hidup..tq ciknur

aku HaniAsyira berkata...

atil nak jadi mcm ni, jauh sangat.. hmmm

caliph shuriken berkata...

nice sharing, nur.. jarang2 kita bole ketemu individu cmni kn ^^

jaakechik berkata...

kisah ni boleh dijadikan tauladan untuk kita semua... mmg susah nak cari orang yg macam ni... jaa sendiri pon masih byk kekurangannya... masyaALLAH.. insaf rasanya bila baca kisah ni...