Khamis, 30 Januari 2014

Home » , , , , , , , » Berakhir Di Januari...

Berakhir Di Januari...





Assalamualaikum.

Cuba tengok kalendar. Pejam celik je kan. macam tak percaya pula kita sekarang ni dah sampai ke penghujung bulan Januari bagi tahun 2014. Kejap je rasakan. Pantas betul masa sekarang ni. Esok hari terakhir di bulan Januari, Lusa pula, jika dipanjangkan usia, kita akan melangkah ke bulan Februari bagi tahun 2014. InsyaAllah...

Januari 2014 ni, pasti ada kenangan yang terjadi pada diri kitakan. Baik manis mahupun pahit, alhamdulillah kita berjaya tempuh dengan tenang dan tabah. Yang manis, simpan dan kenanganlah sebagai kenang-kenangan dikala resah. Manakala yang pahit pula jadikanlah sebagai pengajaran untuk diri sendiri. Jangan biarkan setiap apa yang terjadi berlalu begitu saja. Rugi...!

Sebaiknya jadikan semua itu sebagai kenangan dan pengajaran untuk diri sendiri mahupun orang lain. Mungkin satu hari nanti kita dapat memotivasikan orang lain dengan pengalaman yang ada pada kita. Siapa tahukan, pengalaman kita bermanfaat pada orang yang memerlukan.

Ingat, pengalaman adalah sesuatu yang paling berharga untuk diri sendiri yang orang lain tak pernah rasa. Iyalahkan, pengalaman setiap orangkan berbeza. mungkin kita berada dalam situasi yang sama, tapi kena ingat pengalaman itu berbeza. betul tak?

Makanya hargailah setiap detik dan masa kita sebaiknya. Sebab apa yang sudah terjadi tak boleh di undur kembali...

Sekian...Hehehe.



Kata Hati : Tetiba teringat lagu Januari dari Gleen Fredly....

.

20 ulasan:

Nur Inani berkata...

pengalaman yg lalu akan mematangkan diri :)

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

dah nak feb..huhu

ma ❥ berkata...

moga hari hari yang mendatang bakal membawa kenangan manis buat kita :D

Busyra Bt Takiyudin berkata...

kejap ja bulan januari. dh pun nak masuk bulan feb. bnyak memori indah dan pahit.

syuk shusuke berkata...

yeahh , hidup kena diteruskan :D

Deqla Manjew berkata...

yup.. mgm pantas masa sekrg.. cpt jer tinggalkan kita kan nur.. huhu.. suka gak lagu januari Glen tu..

Tihara berkata...

akak berharap sangat moga 2014
menjanjikan kenangan yang sangat manis gitu :)

unsecretostory berkata...

Kan. pejam celik pejam celik jea. Happy February dear :)

Yumida Huda berkata...

sama la cik nur..tak terasa kan bulan jan ni..cepat berlalu
Jom berkongsi Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

aine ainun berkata...

Ya...terus ingat lagu tu...hihi ;)

Ya, suka ayat "Pengalaman bermanfaat utk org lain juga.."

Pahit itu lebih memberi pengalaman berharga sebenarnya..
kita pun lebih matang
rugi org takda pengalaman ni..;)

syuk shusuke berkata...

semoga tahun ini akan menjadi lebih bermakna :D

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

sggh sbtu..

amirul imran berkata...

Setiap yg berlaku ada hikmah. So, mcm cik nur cakap, hargailah setiap detik. Moga hari ni lebih baik dr semalam

zaza zehra berkata...

dah bulan 2 hari ini.. :) 11bulan lagi ada...kejap sgt masa.. :)

Miss Zue berkata...

experience the best teacher

Shida Radzuan berkata...

skejap jer kan janury skg dah msuk feb hurmm rsa tkejar2 msa skg nih..

ayut berkata...

Mmg pglman itu sgt bmkna...xsemua dpt rasa pglmn yg kita rasa kn ...

QasehnyaRania berkata...

sekejap je kan masa bergerak meninggalkan kita..

Chic Na berkata...

abang angkat cikna suka nau lagu glenn tu.. haha.. nur sebut lagu tu teringat kat dia..

Cik Aini berkata...

kenangan manis januari akan dibawa ke bulan2 seterusnya moga bulan2 seterusnya tu akan jd semanis januari :)