Memaparkan catatan dengan label teman tapi mesra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teman tapi mesra. Papar semua catatan

Selasa, 23 September 2014

Hati ~ Maafkan Beta...!





Assalamualaikum.

Masih ingat pada aku? Akulah, manusia yang kian pupus dalam arena blogging ni. Err...sejujurnya, aku kekok nak menaip dekat sini. Tersangat kekok okay..! Aku tak sangka pula, entry sebelum ni betul-betul jadi entry last bagi bulan lepas. walhal, time wujudnya entry tu, aku terasa macam nak endingkan satu entry yang tak tergantung macam tu je. Tapi apakan daya. Aku terlalu letih. 

Wujudnya entry ini disebabkan diri aku yang terlalu stress..! Dan bila mana aku sendiri tak dapat nak kawal apa yang aku rasa ketika itu. Tak mampu nak bendung dengan apa yang terjadi di sekeliling aku. Maaf, seandainya entry ini berat untuk difahami. Segala apa yang ada disini semuanya keluar dari minda aku.

Kadang-kadang aku amat terasa dengan keadaan disekeliling aku. Terasa dengan apa yang telah aku lalui. Terasa dengan jiwa yang kadang kalanya bergolak secara tiba-tiba. Pendek cerita, dalam semua hal, aku terasa..!

Aku faham, tak semua orang mampu jaga hati kecil kita. Sekurang-kurangnya cubalah untuk prihatin dengan jiwa kecil ini. Yea..aku akui, aku tak selesa dengan apa yang aku rasa. Sangat tak selesa. Sebab rasa yang aku rasa ni, dah berkurun tak menjelma dalam jiwa aku. Bila rasa itu muncul, kehidupan aku jadi tak menentu...!

Tenangkan jiwa rasa, Harapan aku biarkan ianya berlalu dengan angin lalu...!

Itu je...


Kata Hati : Maafkan beta wahai hati.....!
.

Khamis, 1 Mei 2014

Selamat Ulangtahun Sahabat..!





Assalamualaikum.

Hari Rabu bulan lepaskan, hari ulangtahun kelahiran BFF aku ni. Alaa...aku pernah cerita pasal BFF ni dalam ENTRY NI. Sebenarnya, aku dah lama tau tak contact dengan dia. Last jumpa tahun lepas [ENTRY NI] itupun tak bertegur.  Tambah pula dah 2 tahun aku tak wish birthday dekat dia. Jadinya, entah kenapa Rabu lepas aku tetibe je wish birthday dekat dia. Aku bajet, dia dah tidur. Almaklumlah, dah tengah malam..




Rupanya, sangkaan aku silap. Tak sangka pula dia online memalam buta tu. Bak kata Bintang la, dia tak tidur lagi sebab nak tunggu siapa orang pertama yang wish birthday ke dia. Tengok dari reaksi meses yang dia reply tu, nampak macam aku la pertama wish ke dia. Dan aku boleh bayang cemana senyuman dia malam tu. Hahaha. 

Tapikan, sejujurnya aku tak berebut pun nak jadi orang pertama yang wish. Mungkin ini satu kebetulan. Dan aku tak mengharap pun dia baca meses yang aku inbox tu. Tapi itulah, sangkaan aku meleset. Tak sangka cepat betul dia reply. 

Lepas pada tu, kami sembang kosong je. Tak sampai 5 minit pun, aku offline. Walaupun kejap, kesan dia besar. Habis segala kenangan dulo-dulo keluar. Dan aku harap sangat, dia tak datang cari aku. Sebab sekarang ni bukan macam dulu dah....

Oklah, sampai sini je la. Aku dah tal tahu nak taip apa dah. Yang aku tahu sekarang ni, aku banyak sangat hutang blogwalking. Entah bilalah mood blogwalking aku ni nak datang ebtul-betul. InsyaAllah, punya masa dan kesempatan, aku pasti jejak kalian..!

Sekian..



Kata Hati : Roadtax moto aku tamat tempoh sama birthday dia tau..
.