Rabu, 30 Jun 2010

Home » » .:: Selamat tinggal June ::.

.:: Selamat tinggal June ::.





Salam semua…


Bertemu kembali kita disini. Dan terima kasih la pada anda yang sudi menjenguk blog aku yang tak seberapa ni. Al-maklum laa…blog tak famesssss!!! (menyembor ayo lior ek!!) hik..hik..hik… pada yang rasa2 nyampah dengan blog ni, Anda diminta, tanpa di paksa supaya segera mengelik tanda pangkah yang berwarna merah di hujung atas sebelah kanan ya..!! (sebelum tu, babai..!!)

Hari ni 30 June 2010. Tarikh akhir dalam bulan June. Dan esoknya, sudah tentu kita akan berganjak ke bulan yang baru iaitu bulan Julai. Bagi aku la kan, bulan Julai tahun ni, mungkin banyak cabarannya. Kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun lepas, rasanya tahun ni kot mencabar banyakkkk..!!!. Mencabar sebab ape?? Tunggu…!!! belum sampai mood bulan tujuh lagi ni. Kang tak pasal2 boleh jadi pening. Hehehehe… (beberape jam je lagi nak masuk 1 julai kan3..huhu..)

Sepanjang bulan June, macam hal berlaku. Baik yang manis mahupun pahit. Semua berlaku dalam sekelip mata saja. Pejam celik, pejam celik.. dah hampir sebulan dah. Alhamdullillah, semuanya dapat ditempuhi dengan tabah dan tenang. Pengalaman yang pahit tu, kita lupakan lah. Jadikan ia satu pengajaran yang paling bermakna dalam hidup kita. Jangan ulanginya lagi okeyh..!

Kenangan dan pengalaman manis tu, elok la kita abadikan dalam ingatan kita. Jadikan satu teladan yang bermakna dalam hidup ni. Kalau kita tension2, kita ingat kenangan manis yang pernah kita lalui sepanjang bulan Jun atau sebelum-sebelumnya. Tak salah kan?? Kalau tension lagi?? Apa kata, pergi ambik wuduk, dan solat. InsyaALLAH…tenang..! ubatNYA yang paling mujarab dengan izinNYA..

Okeyh laa…dah membebel panjang ni. Terima kasih pada anda yang sudi membaca entry ini. Dan insyaALLAH, dengan izinNYA pasti kita akan ketemu dilain entry. Moga DIA memberikan kesihatan yang sempurna buat kita semua. Aminn..!!!

" Selamat tinggal June..Selamat Datang Julai "

Salam..Daaaaa…!!!




Kata hati : Bulan june ni, aku tersangat-sangatlah borosss..!! harap2 bulan Julai, aku dapat berjimat cermat. ( boleh ke?? ) dan harap2 aku boleh... Chayok2..!! untuk diri sendiri.. wakakakkaka..!!!


1 ulasan:

9n0L4 berkata...

jgn lupe kumpul duet utk kawen ye cik nur. hee.