Khamis, 17 Jun 2010

Home » » .:: Aku Dan Ubat::.

.:: Aku Dan Ubat::.

Ubat-ubatan yang aku kena telan..


Salam semua...selamat bertemu kembali,setelah hampir 4 hari aku menyepikan diri.
bukan merajuk ya...tetapi..bila anda semua dah melihat ubat-ubatan yang aku kena telan tu. Maka, secara tidak langsung, terjawablah sudah..aku telah jatuh sakit (Sakit perut.Muntah2 dan Demam biasa saja)

Masalahnya, bukan aku sorang saja yang sakit, mak dan  adik bongsu aku juga turut sama mengalami sakit yang sama seperti aku..Aduuhhh..!!!sakitnya bukan kepalang weh..! hari pertama kena.. kami bertiga lembik..lemah longlai..aku,dari tengah malam hingga ke lewat pagi, asyik munggek je..sampai satu tahap, aku mengalami kekejangan dibahagian pinggang kanan. time tu memang sakit xhengat..
dah la lemah lutut..tetiba kejang lak..capik kejap la aku pagi tu.hehehe..!!

lepas pada tu, aku lelap tahap gaban..memang xhengat apa..sedar2 aku dikejutkan untuk dibawa ke klinik.
alahai time tu..rasa malas sangat nak bangun..kepala pening,tekak loya..ee...memang tak tahu nak gambarkan macam mana. paksa punya paksa..dan tak larat nak dengar abah membebel..aku gagah juga la bangun. mak dan adik juga gagah juga la..siap2 segala.aku cuma sarungkan tudung je. pastu aku lena didalam kereta.

sedar2..aku dah smpai depan klinik Bersatu. klinik yang rasi dengan aku dari dulu lagi. yang xbestnya, time aku pergi tu. Dr.Lim, bercuti. maka, digantikan dengan Dr. yang lain. Nama apa..aku tak tau..yang bestnya..kami bertiga masuk sekali..hehe..Dr. chek aku dulu,baru adik dan juga mak aku. Ermm..layanan dia ok juga la..habis segala dia periksa. hehehe...aku yang naik segan..hahaha..!! begitu juga dengan mak dan adik aku.. 

setelah selesai segala..sesi pembayaran dibuat..semuanya RM78. Erm...tiga serentak sakit yang sama... kopak duit abah aku..hehehe...!! terima kasih banyak2 pada abah..kalau tak..mungkin kami tak sihat lagi..
perit sangat weh...memang sangat2 perit...bila dikenangkan kembali..aku serik sudah...tak mahu sakit perut lagi..tak mahu muntah2 lagi..hadoiii...!!lepas ni..jaga pemakanan okeyh...!!!



Ubat ni macam telur cicak..lembik2..
mula2 geli nak telan...pas kena paksa...huhuhu...


Maaf ya..!!gambar ubat-ubatan diatas bukanlah bertujuan untuk meraih simpati sesiapa...
tapi sekadar mahu mengabdikan didalam blog kesayangan hamba ini...
nama pun blog peribadikan....!!!
ade aku kesah..!!

okeh...weh..rasanya..dah panjang lebar aku membebel ni...dan dah nyatanya aku kini sihat kembali...
Alhamdullillah...semua atas kehendakNYA...

insyaALLAH...jika umur panjang..dan sentiasa diberikan kesihatan yang sempurna DariNYA...
kita berjumpa dilain entry...
daaaa....!!!

1 ulasan:

9n0L4 berkata...

munggek tu berak ehhhh. hee. cik nur cirit birit la ni ye. ;)