Rabu, 21 Julai 2010

Home » » .:: Aktiviti Bercuti Dan Berkelah Di Hujung Minggu ::.

.:: Aktiviti Bercuti Dan Berkelah Di Hujung Minggu ::.

Salam..apa khabar semua?? harap-harap, kalian semua berada dalam keadaan baik dan sihat. Mana yang demam tu, cepat-cepatlah ketemu sama doktor yaa..! Doktor cinta barang kali.. Eceehhh..!!

Apa-apapun, Alhamdulillah. Dengan izin dariNYA, aku dapat terus menulis entry kali ini. Alhamdulillah..!! syukur PadaMU...!

Okeyh..!! sambung kisah bebenor entry kali ini. Seperti tajuk yang kalian baca di atas, hujung minggu yang lalu ( 18hb julai 2010 ) aku dengan senang hatinya bercuti & berkelah ke kampung halaman ku, di Padang Rengas, Kuala Kangsar. Pada mulanya, rancangan untuk bercuti & berkelah ke kampung bersama kawan-kawan aku. Adalah lebih kurang dalam 3-4 orang kesemuanya. Tapi di sebabkan masing-masing adahal tersendiri, rancangan bercuti & berkelah bersama kawan-kawan dibatalkan. Sebaliknya bercuti & berkelah bersama keluarga terus diadakan dengan jayanya. Memang best sangatlah. Meriah segala..!!

Rancangan awal, kami sepatutnya pergi berkelah di kawasan sungai berhampiran di kampung aku tu. Tapi, disebabkan hujan bukit pada pagi tu, semua ambil keputusan berkelah di tepi kolam je la. Demi keselamatan semua. Itu yang terbaik..!! Kolam nya xde air, sebab dalam proses mencuci. Hehehe...Bagus juga kolam tak de air. sebabnya, xde la kembang kawasan panggang memanggang. Hehehehe..!

Mohh..!! kita layan aktiviti yang telah diplan dari awal lagi... layann....!!!!



Manggis..!! banyak muda dari masak ranum..! manis tu..!


Proses memanggang ayam bermula..!! Memang sedap..!
caya la t..!!


Menu utama..hehehe... petai bakar.

Wahh...Lauk pauk yang dimasak oleh Mak, Yong Dan Baiti.
Sambal belacan dan sambal tempoyak tu, memang pedas tak henggat..!!



Jagung Taiwan. aktiviti sebelah petang okeyh..!


Seperti yang kalian lihat, Dan aktiviti sebelah petangnya, adalah aktiviti membakar jagung yang segar. Dipetik dari ladang, dan terus membakarnya. Petang itu, menu kami semua, jagung taiwan bakar. Sedap..!!


Jagung yang sedia untuk dipetik. Dan....

terus dipanggang..!! Manis kemain, Aku sebat 2 tongkol.

Lepas aktiviti panggang memanggang jagung selesai, kami semua kemas-kemas la apa yang patut. Lepas tu semua mendiamkan diri didalam bilik, berehat sebentar bersama kit kat.(akibat kekenyangan)  Hehehe..mahu kembalikan tenaga yang hilang. sebabnya, lepas asar ada lagi satu aktiviti yang buat aku lenguh satu badan. hehehe...

Moh..!! menuju ke destinasi seterusnya..!!

Ke bukit Rambong.

Mencari Durian..!! hehehe...memang best, walaupun kepenatan..!



duriAn & Durian, Mana satu pilihan kalian??
duriAn tu, memang sedap wehh..!!

Dalam banyak-banyak pokok durian, ada juga pokok jering.
sapa makan??

Alhamdulillah. Hasil petang itu.!!

Terbaik..!! Segar dari ladang..!! Walaupun isinya tidak kekuningan,
tetapi bau dan rasanya cukup harum dan lemak-lemak gitu..!


Selesailah sudah aktiviti yang aku lakukan pada hujung minggu ( 18hb Julai 2010 ) yang lalu. Memang bestlah. Gembira habis. Hilang segala tension di kepala. Seperti yang aku bagitahu di awal entry tadi, segala aktiviti yang padat ni, semuanya telah dirancang dari awal lagi. Alhamdulillah, semuanya terlaksana!!

Buat BBQ, bakar jagung, panjat bukit, semuanya ok. Walaupun penat, tapi best. Macam-macam benda yang buat kami ketawa. hehehehe..ingat-ingat balik, tensenyum sorang-sorang aku depan lappy ni. hehehe.

.:: Aktiviti Bercuti Dan Berkelah Di Hujung Minggu ::.
Memang bestlah..!!!

Ermm..harap kalian semua puas dengan gambar-gambar yang telah aku titipkan diatas. Dan di harap kalian semua terhibur hendaknya dengan entry kali ini.

InsyaALLAH, panjang umur dan dengan izinNYA. Moga kita ketemu di lain entry.

Salam...!!

Daaa....!!!!



Kata Hati : Dikesempatan ini, ingin aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada Baiti (sepupu kesayangan aku ). Yang telah bekerja keras untuk semua ini. Terima kasih t..kamu memang kakak yang terbaik wehh..!!
 InsyaALLAH, lain waktu kita bercuti ke pulau pulak ek.. :)

10 ulasan:

Faz Nandra berkata...

akakkkkkkkkkkkkkkkk... daku mau durian tu... =( teringin sangat nak makan... jeles ni.. dah terliur tengok tau.. sob3 (u_u)

Miss N™ berkata...

fazz...!! mahu ya?? meh turun tepen mehhh..!!

hehehe.... =)

hanisah hassan berkata...

eh...amani kenapa durian yang satu tu lain warnanya eik....

Tanpa Nama berkata...

yayyy..dpt jgk nak komen..emy kat sek neh..wifi laju amat..hehe..(tp, x buleh komen pjg2..nnt pengetua taw)

best laa cuti2 kampung..nak itot buley?? heee (^,^)

Miss N™ berkata...

Kak nisa: durian yang xde duri tu ke?? memang gitu kaler nye...tp isi nye,,sedap..!!

susah nk dapat durian tu..hehehe

Miss N™ berkata...

horray...akhirnya dapat juga emmy komen... :)

emmy, sbenarnya amani xkisah pun, sudi singgah sini pun amani hargai sgt2...

nak ikot ek..buleh..jum2... :)

Faz Nandra berkata...

daku mahu durian ituuuuuuuu... nak jugak kakk... haip~ jeles tengok.. nak durian yang tak berduri dan berduri.. hohoho

Miss N™ berkata...

hohoho...sabo ya fazz...ada masa nanti datang perak ya...

9n0L4 berkata...

bestnyeeeee mkn jagung fresh² gitu. ;)

QasehnyaRania berkata...

bestnya.macam2 ada
ciksu blk kedah baru ni. dapat mkan durin asebijik je.huhu.pokok tu baru pestime ada buah.teruja tau.
manggis baru berbunga.
sib baik semalm dh makan petai bakaq.hihi