Salam buat kalian semua. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana di berikan kesempatan buat kita bertemu di ruangan alam maya ini. Dan di kesempatan ini juga, daku mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga pada kalian yang sudi menjenguk ke laman ini. Terima kasih semua.
Baiklah, kita balik pada tajuk entry di atas sana nun..!! apa hal tiba-tiba ada jarum dan benang? mesti kalian tertanya-tanyakan? Kenapa? Untuk pengetahuan kalian, disebabkan jarum dan benang jugalah daku kini jarang sangat mengeluarkan entry diruangan ini mahupun di laman sosial iaitu 'mukabuku'. Di YM juga daku sudah jarang on9. Percaya tak?? percayalah..!
Al-maklumlah, tidak lama lagi kita semua akan berpuasa. so, sekarang ni dah start la orang berpusu-pusu menempah baju raya. Daku, bukan mengambil tempahan ya..cuma menjahit dibahagian leher baju kurung sahaja. Itulah sebab kini daku sentiasa bergelumang dengan benang-benang yang perbagai warna. Haihh..!! kadana-kadang berpinor biji mata...hik..hik..hik..
Bahan-bahannya...hehehe.
Menjahit leher ni, mungkin setengah orang fikir ia mudah. Tapi sebenarnya ia memerlukan tahap kesabaran yang luar biasa hebat. Sebabnya, masa yang diambil untuk menjahit sehelai baju kurung ialah selama 1jam saja. Tapi ia boleh berganjak sehingga 2-3jam kalau...
Haa..ni yang buat lambat...
Kalau, benang asyik tersimpul je kan. Mahu tak mengamuk. Kerja akan jadi lambat. Tension..dan disini tahap kesabaran perlu banyak-banyak..hehehe.
Benang yang telah dililit, Nak tariknya kena hati-hati.
Bila dah nak masuk bulan puasa, inilah yang selalu aku lakukan. Dulu-dulu zaman persekolahan, aku tolong kak sepupu aku buat kuih. Kuih 'batang buruk' kacang tanah bukan kacang hijau ya.. Kalian pernah makan tak? Dan tahun ni, kakak sepupu aku tak ambik tempahan membuat kuih tu, sebabnya, tempahan baju banyak tahun ni. Tak kejar masa nanti.
Siap..!!
Haa..ni la baju yang telah siap dijahit 'mata lalat'. Hari ni bergelumang dengan benang merah. Haihh..! berpinor mata. Belum jumpa dengan warna kegemaran lagi. Mungkin lepas ni kot..hehehe..
Pasni nak begelumang dengan benang hijau lak..mana la..En. Biru..huhu.
Haihh..! makanya, tak berjumpa lagilah dengan warna kegemaranku iaitu En.Biru. Sebabnya lepas ni kena bergelumang dengan En.Hijau lak. Tapi tak pe, banyak lagi baju yang belum siap nun...!! mesti akan ada warna yang daku mahu itu..hehehe.
Ermm...okeyh la eyh..! rasanya sampai sini je lah daku membebel. Sebabnya, En.Hijau telah menunggu daku dari tadi lagi. InsyaALLAH, jika ada masa yang terluang, kita semua akan bertemu lagi di ruangan ini. Terima kasih pada kalian yang masih tekun membaca bebelan ini. Terima kasih kerana sudi hadir disini. kehadiran anda amat daku hargai.
InsyaALLAH..dengan izinNYA kita akan ketemu lagi.
Salam....!!
Daaa..!!!!
Kata Hati : Pejam celik, pejam celik dah tiga tahun aku menjahit. Rasanya baru semalam aku belajar menjahit 'mata lalat' dengan kak nani. :)
6 ulasan:
wow teror nya :) modal pun kurang tiap tahun kan haha
naz; xde la teror mana...rasanya semua org buleh buat..hihi..
bpgalaman nmpak..hehehe..:)
wahhh..!! terima tempahan lagi tak??
bestnya pandai menjahit
wahwah pndai jahit rupenye cik nur ni. bolehla tempah. hee.
rajinnya. berbakat sungguh nur.
Catat Ulasan