Sabtu, 29 Oktober 2011

Home » » .:: Jumaat Ke Sabtu | Bersahaja ::.

.:: Jumaat Ke Sabtu | Bersahaja ::.

.


Assalammualaikum..!

Esok sabtu aku cuti lagi, hari minggu ini aku bakalan sibuk. Mungkin tidak akan ada entry. Kiranya entry ini, entry terakhir untuk minggu ini. Mungkin..!

Hari jumaat yang mulia, aku Cuma sempat mengudarakan diri di sebelah pagi je. Tengah harinya, lepas solat zohor, aku langsung tak dapat nak mengudarakan diri. Entah kenapa, line streamyx tiba-tiba jadi mereng..!

Ermm…biarkan jelah, mungkin pihak telekom punya masalah kot..! bila tak mengudarakan diri, aku cuba penuhkan aktiviti aku dengan memgulangkaji sedikit sebanyak tentang minda..! baru 30 minit mengadap buku, mata dah berair akibat menguap..! mengantuknya..!!

Aku ketepikan buku yang di baca, aku buka document yang tersimpan dalam lappy. Adalah dua tiga penulisan yang belum sempat aku habiskan.  Tadi cuba juga nak habiskan, tapi aku kekeringan idea. Maka, lappy di tutup dan mata yang pada ulanya tertumpu pada buku, dan kemudiannya pada skrin lappy dan akhirnya mata aku tertumpu pada tv..!

“Sekalung Budi” drama yang sedang di tayangkan di tv3. Menonton sambil berbaring dan bila sedar jam tepat jam 403 minit..! aku terlelap rupanya..! rasanya dah lama tak tidur siang..Hee..! Aku tersedar bila telefon bimbit berdering.

Dan hari ini, aku balik kerja sejam lebih awal dari biasa. Usai solat asar, aku gegas siap-siap untuk balik. Ermm..Tak sangka pula jalan sesak gila..! Merungut jugalah bila memandu tadi. Nak-nak pula hari hujan. Memang menguji kesabaranlahhh.. Haissshh..!

Dan bila malam, baru aku berkesempatan mengudarakan diri. Itupun lepas hujan betul-betul reda..! aku memang tak akan mengudarakan diri ketika hujan. Nak-nak pula kalau ada kilat…! Risau beb..!

Macam biasa, bila aku mengudarakan diri, lama muka bukulah tempat aku lepak-lepak pastu di susuli blog dan juga youtube. Itupun kalau line berukband okeyh la, tapi kalau line berukband tak okeyh aku Cuma akan lepak di laman muka buku dan blog je lah..!

Waktu orang semua sedang di buai mimpi, mata aku terkebil-kebil tak mahu lelap. Al-maklumlah, siang tadi dah tidur..Heee..! sekarang ni dah pukul 1214, dah masuk hari sabtu dah. Sedang layan maharaja lawak mega..! okeyhlah..ada yang lawak, ada yang tidak. dan aku, dah bersin  pat lima nam kali dah ni, tanda-tanda nak selesemalah ni..!

Oh ya..! sedang menaip entry ni, si bulatlah jadi peneman setia aku tau..! hee..sangat cumell.!

Caw wehh..!



Kata Hati : Ketika menaip setiap butiran aksara untuk entry ini, aku sedang layan lagu " Selamat Malam Cinta"...!!


.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perlu memeriksa:)

Hans Hanis berkata...

seronok betul den cuti 3 hari