Ahad, 5 Mei 2013

Home » , , » Kami Sudah...!

Kami Sudah...!





Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab. Kalian sudah ke? Kalau belum, cepat-cepatlah yea. Jalankan tanggungjawab kalian segera. Kalau yang belum layak atau belum daftar, tunggu 5 tahun lagilah ya..!

Semagat aku gerak dari rumah pukul 10.45 pagi. Tapi Encik H pukul 8.15 pagi dah mengundi..Lagi semangatt..! Hahaha. Pusat pembuangan undi dari rumah aku tak jauh pun. Naik motor 5 minit macam tu dah sampai. Mula-mula ingatkan pergi waktu-waktu macam tu orang tak ramai. Sekali sampai sana, tudiaaaaa...panjangnya Q..!!








Ikutkan nak balik dulu, petang sikit baru datang. tapi memandangkan langit kian mendung, nak tak nak beratur jugalah walaupun panjang. Kalau hujan nanti, lagi susah nak keluar mengundikan. 

Masa aku jimat sikit bila dah tahu nombor siri dan saluran bilik untuk pembuangan undi. Jadi tak perlu terjebak berbaris panjang dekat situ.



 




Macam yang aku cakap dalam ENTRY LEPAS, aku cuma mahu timba pengalaman je. Nak tengok suasana mengundi. Tadi, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Tak ada kekacauan dari mana-mana pihak. Semuanya aman dan harmoni. Alhamdulillah.


Jelas tak nama-nama Wali Rakyat yang bertanding. Untuk Adun Changkat Jering, Ada tiga parti yang bertanding, Dato' Seri Nizar wakil dari parti PASDatuk Hj Rosli wakil dari Parti Barisan Nasional dan Zulkefli Ibrahim wakil dari Parti Bebas.

Siapa nak selesa, pilih kerusilahkan. -_-






Yang sebelah kanan ni pulak, Nama calon untuk Parlimen Bukin Gantang. Dato' Ismail wakil dari Barisan Nasional manakala Ustaz Idris wakil dari PAS.

Jadi bila dapat kertas contoh seperti disebelah ni, apa lagi pangkah laaa...! Keputusan di tangan kita. Undi kita adalah rahsia.

Pangkah yang kita mahu, bukan yang kita tak mahu<---Inilah ayat abah sebelum pengundi tadi. Hahaha.





Dan sekarang semuanya sudah selesai. Sekarang dah nak dekat pukul 3 dah. Tinggal lagi beberapa jam je lagi. Jadi pada yang layak, cepat-cepatlah keluar mengundi. Buat pertama kali macam aku ni, sambil jalankan tanggungjawab sambil-sambil timba pengalaman baru.

Jadi, kami sudah, Anda bagaimana...?? Yang belum tu, apa lagi, Mohhh cepat wehh..!!


Kata Hati : Jujur..aku gigil jugak waktu mengundi tadi..pengalaman pertamakannn..! hahaha.
.

37 ulasan:

whitecappuccino berkata...

dah selesai nur

Cikrosecute berkata...

dah mengundi ya....hihihi

Unknown berkata...

Tak cukup umur lagi nak mengundi harini.. 5tahun akan datang baru boleh mengundi ^_^ hehe

Ruse Sulaiman berkata...

Alhamdulillah :) akak pun keluar waktu tu. Tp giliran pkl 12

ayut berkata...

tahniah nur dh undi :) pengalaman pertama dh ada dh.mesti excited nk tahu keputusan mlm ni kan.hihihi.lsme tak jengah nur...kebizian...maaf yer.. ^^

Encik H berkata...

heheh..pantas dan tangkas..sebab dah tau saluran, so datang2 terus pegi kat saluran 4..then saluran 4 tu xramai org macam saluran1, 2 dgn 3..mmg boleh terus masuk..

bukan pangkah apa yg kita x suka ke? hahaha

Aine Ainun berkata...

kita tunggu keputusan pulak Nur..=)

Unknown berkata...

sempat lg nor photoshot erk...
cntik jari nur..mcm inai org kawin...
hep..ker menandakan seru nur dah nk sampai..hikhik
meh kita tggu result mlm ni..jengjengjeng

Hermanbagus berkata...

Jarang main ke blog saya nih :(

Tengkubutang berkata...

waaa.. hitamnya jari.. huhuhuhu..

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

unsecretostory berkata...

ahh belum lagi ,belum cukup umur . Hewwww ~

Nurse & Engineer to be berkata...

Salam kenal.. Hai :-) dah selamat follow dah blog ni.. jemput datg blg if free http://ezajaafar.blogspot.com/2013/03/mini-ga-mummyrina.html

fiQ berkata...

Cik Nur, Dakwat Cik Nur kekal tak?

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

akhirnya settle sudah.

Unknown berkata...

tahniah sebab dh mengundi..:)

NoorNazuha berkata...

Selamat ngundi..opssss..dah habis dah PRU?puas hati dengan keputusan?

Si Matatajam berkata...

Akak pun ketaq masa dok berinai biru tu tau Nur..muahahaaaa

QasehnyaRania berkata...

alhamdulillah.tahniah pada =diri sendiri kan..

Ujie Othman berkata...

Saya yg kali ketiga pun ketar gak tgn tau.

nanieydotcom berkata...

Hee. Jeles nih.. :) :)
Dua tiga kali baca komen nur td bru faham. Demam tak kebah lagi. Hehe, puas fikir spa lak demam ..

P/s: kunjungan terakhir and akan terjah nur balik hujung bulan. Insha Allah.. :) :) :)

Unknown berkata...

sangat menyentuh


#Kunjungan Malam#

Unknown berkata...

kami sudah.. melalui kaunter PTPTN.. ehh tetibe.. hahahaa.. amboi semangat update psl PRU..

Cik Ai berkata...

hehehehe
ensem yg PAS tu kan..sedap mata memandang :)

Ayue Rejaluddin berkata...

Selamat mengundi...

are_lin@yu berkata...

sedih dgr pasal gaduh tu kan..moga bangsa kita bersatu..huhu

RIZZNA berkata...

lega semuanya berakhir dgn baik.

intanfirdaus247 berkata...

selamat sudahhh..eheh

jaakechik berkata...

alhamdulillah dah berakhir sumenya psl mengundi ni. cuma ckp2 slps PRU13 ni masih rancak lagi di laman sosial terutama di fesbuk... panas sungguh isu nya. hangat2x...

LYAfrina berkata...

alhamdulillah..dh selsesai t/jawab u memilih pemimpin..

tp trg smpai leni xdop MB lagi

Mrs Velentine berkata...

samalah MV masa nak pangkah mengigil...

caliph shuriken berkata...

diorg calit ink elok2 jaa kt jari sy mcm bg pakai inai, haahaa...

9n0L4 berkata...

jenuh mase ni tgk fb sume duk upload gmbr jari. huhuhu.

mummyrinazone beauty berkata...

nurulnie masuk kali yang ketiga tapi kalinie tak ngundi=0sbb tak tukar pusat ngundi samangan hubby di kelantan.huhu rugi!!

Shida Radzuan berkata...

pgalaman kn Nur :) shida ritu mgundi kat sek cina (sin min)simpang

Chic Na berkata...

kekeke.. mana tau terpangkah yg tak suka. cikna lps pangkah tetiba mcm confuse betul ke cikna pangkah tadi? rasa nk mengundi lg sekali. boleh? hehehe..

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

dah selesai semuanya kan

Deq's Qienz berkata...

lorr sempat ko snap picnya cik nur..kite ni g mgundi xingat hapa dah aihh..ingat nk pngkah den kuar balik ja..hihi