Jumaat, 17 Mei 2013

Home » , , , » Padah Tersalah Hantar Mesej..!

Padah Tersalah Hantar Mesej..!





"Assalammualaikum, saya minta maaf banyak-banyak. Tak sepatutnya saya tipu awak. Dan lebih perit tak sepatutnya saya kata awak macam tu. Maafkan saya. Saya akui apa yang terjadi semuanya salah saya. Tak berniatpun nak memainkan awak. Apapun terjadi puncanya adalah saya, bukan dari kedua ibubapa saya. Maafkan saya..."

Lebih kurang begitulah bunyi mesej terakhir yang di hantar pada tahun 2006 setelah berpuluh-puluh panggilan tidak dilayannya. Akibat tersalah hantar mesej sajalah punca putusnya persahabatan aku dan dia. Mesej yang sepatutnya dihantar kepada sepupu aku dihantar kepada dia.

Ya…Cuma TERSALAH HANTAR MESEJ…! Padahnya, 7 tahun yang lalu terakhir kalinya dua pasang mata bertentang mata……

******************

MEI 2013. Kelmarin, aku dikejutkan dengan perkhabaran yang agak terangsang hati aku mendengarnya. Iyalah, satu nama dan kenangan yang kian lupus dari ingatan tetiba je muncul kembali. Berkali-kali jugaklah aku ajukan soalan yang sama pada abah, bukan teruja cuma sekadar inginkan kepastian.

“Kan dia dah jemput melalui telefon, tak payahlah datang dahhh..!”

Bentak aku secara perlahan dan sesegera aku mendail nombor untuk dihubungi. Selesai berbicara dengan sepupu aku, hati yang resahnya tadi kembali sedikit tenang. Sedikit je…! Aku nekad, berapa lama dia bertandang ke rumah orang tua aku malam tu, jangan haraplah aku nak keluar.

Aku tak berapa faham sebenarnya, kenapa dia beriya-riya mahu datang kerumah. Dan tak berapa faham kenapa family aku suka sangat dengan lelaki tu. Sedangkan aku dengan dia macam musuh dalam selimut okay..! Dan sejak dari tahun 2006, ini bukan pertama kali dia datang kerumah. Tapi berkali-kali. Bezanya dia datang ketika ketiadaan aku dirumah. Kira okaylah sekurang-kurangnya aku tak perlu berdepan dengan dia.

Sungguh apa yang terjadi antara aku dengan dia tak siapapun tahu kecuali sepupu aku. Dan aku respek dia tidak memutuskan hubungan antara dia dan kedua ibubapa aku. Dan aku harap dia pun simpan seperti mana aku simpan segala sengketa aku dengan dia. Aku tahu mesej yang tersalah hantar tu perit untuk dia, malah lebih perit untuk aku. Tapi nak buat macam mana, aku tersalah hantar. Bodohnya akuu…!

Esok, 18 Mei 2013. InsyaAllah majlis ijabkabul antara dia dan bakal isteri akan berlangsung di Johor. Manakala kenduri disebelah pihak lelaki pula akan di adakan pada 25 Mei 2013. Pada 25 Mei nanti, mungkin rumah aku dipenuhi dengan saudara mara. Al-maklumlah satu majlis akan berlangsung pada 26 Mei nanti.

Jadi, mungkin ada alasan untuk aku mengelak daripada pergi kenduri lelaki itu. Kalau sebelum ni aku lebih rela ditinggalkan di rumah makcik atau ditepi jalan semata-mata tak mahu bertentang mata dengan lelaki itu. Bukan sombong, tidak...! Cuma bila ingat apa yang terjadi, aku masih tidak dapat bertentang mata dengannya. Tapi kemaafkan aku untuk dia, lama dah aku maafkan. Cuma dia, dah maafkan aku atau belum Allahualam..!

Pejam celik-pejam celik dah 7 tahun berlalu. Tapi aku masih belum punya keberanian bertentang mata dengannya. Tapi tak bererti aku terus membenci dia. Tidak..aku tidak pernah benci dia, Cuma aku takut je..Hehehe.

Dan di atas kesempatan ini, walaupun aku tahu dia tidak mungkin akan baca atau dia sememangnya tak pernah tahu akan kewujudan blog ini tapi aku masih ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat dia dan bakal isterinya. Berbahagia hingga syurga hendakNYA….Amin..!




Kata Hati : Sejak kejadian tu, aku lebih berhati-hati nak hantar mesej tau..!
.

49 ulasan:

Ayue Rejaluddin berkata...

Walaupun tak berapa nak faham dengan entri ni dan
apa hubungan Nur dengan lelaki tu masa tu...
Tersalah hantar mesej kadang memang senang nak jadi selisih faham..

Unknown berkata...

hurm... 7 tahun memendam rasa? macam satu penyeksaan je.. :(

Anne Wahid berkata...

selamat pengantin baru kepada dia...

whitecappuccino berkata...

ooo..silapnya itu aje tapi kesannya besar..nak buat camana dah..moga segalanya akan pulih seperti dulu.

Tie HT berkata...

sebenarnya tak tau juga pangkal dan hujung cerita ni..walau apa pun yang penting nur hepi :)

Kakzakie Purvit berkata...

Apa-apa pun Nur kena redha kerana semua itu adalah qada' dan qadar yg telah Allah tuliskan.

Biarlah dia membina syurga rumahtangga...

M@W@R Q@SeH berkata...

sedih plk akak baca entri ni nur...banyakkan sabar DIA perancang terbaik kehidupan kita...

Unknown berkata...

tak berapa paham citer nya...cuma akak harap apa yang kamu lakukan pastinya adalah yang terbaik untuk diri kamu sendiri..:)

HeNRieTTa JoSe berkata...

Tersalah hantar msg mmg bahaya...hmmm...

Unknown berkata...

alahaiii.. mmg haru betol kalo tersalah mesej.. tp kalo typo lagi haru cik nur..kihkih... gurau je..jgn marah... sabar byk2 eh.. jgn dikotkan hati sgt.. kelak merana diri...huhuhu....sebnrnya agak blur dgn mesej tu.. hoho..yela kan, deqla xtau citer sebnr..ceciter..ceciter..

Unknown berkata...

wah..boleh buat novel cerita nur niee

fizafantagiro berkata...

kan,, bahaya . fiza pun pernah terima sms yang org tersilap hantar . dia nak hantar pada org lain tp terhantar pd fiza . perit sgt isi kandungannya. mungkin tuhan nak tunjuk. akhirnya, segala terbongkar.

Ym.Bundle berkata...

biar aku teka..laki tu bf sepupu ko?

skg sepupu ko tu nak kawen dgn laki tu then jemput ko..?

eh,tak.tak..laki tu ex bf ko dan kapel plak dengan sepupu ko.?..

laki tu sepupu ko?

arghhhhh...
aku tak paham jalan citer lah...

4feet8 berkata...

ya. saya pun perlu doakan dia bahagia. Walaupun terasa sia-sia sy reserved hati utknya.. sekarang nak terbang. mcm burung. bebas.

Miss Syahbanu berkata...

pernah gak tersalah hntar mesej..yg best2 dlm mesej tu tgh kutuk budak laki pastu terhantar kt budak laki yg dikutuk tu hahaha..mmg masak laa pastu nk mnjwb hoho..

Kekzamanis berkata...

Takpe, mesti ada jodoh yang lebih baik untuk Cik Nur.. Insha Allah.. Doakan yang terbaik buat si dia dan bakal isterinya.. =)

caliph shuriken berkata...

x sangka sbb salah hantar msg bole berakhir satu relationship, huh...

Cik Ai berkata...

owh mmg skrg dh x pernah salah send la ek..cuma typo je kot.hehehe

selamat pengantin baru untuk "dia"!

Masha Meisters berkata...

sob2...touching la pulak...
apesal terus hukum je, kenapa tak selidik dulu ke ape ke....alahaiiiiiii,macam terkilan la pulak...
huhu...tak pela nak ucapkan juga selamat pengantin baru...

Aine Ainun berkata...

heheee...
saye pun penah alaminyerrrrr

mmg parah la salah nata mesej..

erm...yg atas sekali tu nur anta mesej kat die ea?
Nur ngan die sepupu ke?

Yela Nur,
lama tu 7 tahun...

Semoga persahabtan akan kembali terjalin.=))

Unknown berkata...

ADAKAH MASIH ADA CINTA?EWAH..^_^

Unknown berkata...

Assalamualaikum... Nur, apakabar? De kangen banget sama Nur, semoga Nur selalu sehat dan ada dalam lindungan Allah SWT, Amin... Maaf yahh... lama tak mampir silaturahmi di blog Nur yang cantik ini :D

Oh iya ada award buat Nur, silahkan diambil :)

aindzaya berkata...

walaupun tak faham sangat dengan meseh ni, pasni jangan tersalah hantar meseh lagi tau, kene banyak berhati2.. kang berlaku perselisihan faham..

Ruse Sulaiman berkata...

Takkan tak boleh betulkan kembali. Beritahu salah htr. Apa pun perkara dah berlalu. Semuanya ada hikmah. Lain kali jgn silap lg ya :)

RIZZNA berkata...

semuanya dah tersurat, terima sajalah Nur. Dia maha mengetahui ;)

QasehnyaRania berkata...

la nape tak nak bertentang mata ciknur..

majlis apakah itu?

semoga baik2 aje ye..

*lubuk merbau..hihi

ciknur slalu gi kuale tak?

Liyana Anuar berkata...

banyak betul dugaan & pengalaman cik nur ni..tp, org kata pengalaman mematangkan kite kan? :)

Nastyna berkata...

Tengah baca cerita ni, tetiba terasa macam terdengar-dengar lagu "tanpa undangan.. diriku lalala". Tidak berkenaan, tapi... ntah.

Bahaya kan tersalah mesej.

QasehnyaRania berkata...

hye cik nur.. :)

nanieydotcom berkata...

Nani pu pernah tersalah hantar mesej.. Arghhhhhh

Unknown berkata...

oh..apakah sebenarnye yg terjadi
moga semuanya baik2 sahaja

Si Matatajam berkata...

Hadoiiiiiiii akak pun tumpang perit gak Nur...bahaya sungguh bila tersalah send mesej ni yek Nur.. Biaq la dia bahagia ngan hidup dia.dan Nur pun cari la kebahagiaan utk diri Nur..

Unknown berkata...

kak.. :)
lama gak mampir sini.. apa kabar, maaf baru sempat blogwalking kembali ni..
miztia kurang memahami nih :D ..

semoga sukses ya kak :) .

jaakechik berkata...

oooo...gitu rupanya kisah antara ciknur ngn dia yer.....kesian pulak kan. disebbkan slh mesej jer, hubungn tu jd hancur... tp yg jaa x fhm kenapa nur nk send msg tu kpd sepupu nur? ada kaitan apa nur ngn sepupu nur tu, hingga nur nk msj dia gitu?

p/s: sory coz jaa byk tnya, bkn apa jaa nk tahu sbb nk thu hjung pgkl citer jer.....heeee! jaa cuba nk tahu apa mslh cinta nur....

kayyana berkata...

ermmmm.... ok.. lenkali sebelum send mesej check bebtul dulu.. hihihi

Unknown berkata...

nur sayangggg... jarang2 update blog skng... kenapa niii.... ??? huhu

Shida Radzuan berkata...

err...shida pernah alami huhuh slh hntar mesej adehhh ^_^

syiela berkata...

kesannya amat terasa kan... selamat pengantin baru buat dia

intanfirdaus247 berkata...

bestnya bc entry ni..mcm baca novl pula...:)) sabar ya ciknur...apapun semoga ciknur bertemu jodoh yg terbaik..nak juga tahu message apa yg tersalah antar tu..hehe

ecadwinkyasha berkata...

setakat ne xde lagi salah hntr mcg..hehe..tapi jadi lebh berhati2 kan ciknur?

Chic Na berkata...

lama tu 7 tahun.. apepun semua dah berlalu. keep moving on ok.

nk hantar mesej tu hati2 lain kali ye. ;)

LYAfrina berkata...

walaupon kenangan lama.. tp bila disentuh... sikit sbanyak ttp mgetarkan jiwa..
xpe la nur..kt doakan y baik2 saja utk dia...

Encik H berkata...

starting cerita ni agak susah difahami..sms kat atas sekali tu sebenarnya siapa yg hantar utk siapa? itu ke sms yg Nur tersalah hantar kat dia?

kalau bukan, apa sms yg Nur tersalah hantar tu? just tanya kalau Nur still boleh cerita..:)

aku HaniAsyira berkata...

Pergh lamanya! Susah cengini

are_lin@yu berkata...

adus padah antr msg smpai gtu ya nur..lma tu..huh..msti dia trsa something kot kan..

mummyrinazone beauty berkata...

terasa plak penyiksaan bila baca entri nie..sedih juga dapat kad tuh.huhu

9n0L4 berkata...

tak faham cie ni. hehe. tapi pernah jugak salah hantar msg mase berkwn dulu. :)

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

kena check betol2 ni sblm send msg hihi

Deq's Qienz berkata...

xbrapa nk paham juga la..sori ya cik nur..apapon hope ciknur always hapi.