Khamis, 22 Ogos 2013

Home » , , , , , » Terciptanya Kenangan Terindah

Terciptanya Kenangan Terindah





Assalamualaikum…

Terciptanya entry ini disebabkan WW #71 semalam. Dan dari situlah TERCIPTANYA KENANGAN TERINDAH antara saya, awak dan dia…

Hamboii...Intro, kemain ehh…! Ehh...sebelum tu..Kepada Kakak berdua, Izinkan Nur teruskan cerita ini yea...Hehehe  ^_^

*Jom Baca Versi ChicNa DISINI dan Versi Cik Ai DISINI

Sebenarnya dah lama tau aku teringin nak jumpa dengan blogger yang duk tengah-tengah dalam gambar WW #71 semalam. Selama ni telefon je yang menjadi penghubung antara kami berdua. Berbicara tanpa suara pun boleh buat kami rapat tau. Gelak tawa, dan segala rahsia, Selain Bulan dengan dialah selalunya aku bercerita. Dan bila dah terlalu akrab, memang keinginan nak berjumpa tu membuak-buak hokayy..! Walaupun sesaat pun jadilah, yang penting wajib bertentang mata. Itu sudah memadai.

16 Ogos 2013. Jumaat lepas, dengan senang lenangnya tepat 9.30 pagi aku gerak ke Kulim, Kedah. Lepas jemput Kak Ai, kami terus bertolak ke USM, Penang. Lebih kurang dalam 12 lebih sikit macam tu, barulah 3 pasang mata bertemu.  

Sebenarnya berbulan kot merancang pertemuan ni. Sebelum puasa lagi. Ingat tak Percutian Spontan bulan lepas? Ikut perancangan awal memang plan nak terbang ke Kelantan. Tapi tak jadi sebab buzy kerja. Dan sebelum Percutian Spontan lagi memang kami dah tahu, blogger tu memang nak mai utara. Dan dari situlah mulanya perancangan kami bertiga…

Ada ke yang dah tahu siapa blogger yang aku maksudkan? Sebab blogger yang aku jumpa ni Taukeh Coklat tau..! Aku pasti, siapa yang pernah tempah coklat, atau pernah dapat coklat dari blogger ni mesti tahu tentang kecomelan coklat-coklat yang beliau hasilkan. Sampai aku sendiri pun tak sanggup nak gigit coklat-coklat tu tau….comel sangatt..!

Bila dah sebut pasal coklat ni, tentu ramai dah tahukan, siapa blogger yang aku maksudkan…! Siapa lagi weii..Dah tentulah Chic NaRatu Coklat…!!




Perasaan dapat bertentang mata dengan Chic Na? Tentulah besttt…! Antara nak tak nak percaya je bila Chic Na dah menyelinap masuk dalam kereta. Nak curi-curi pandang cermin pun aku malu tauu..! <-- Ayat minta penampo Chic Na….Hahaha.

Kami spend masa tak lama. Sebab Chic Na rushing nak balik Kelantan. Tapi masa 2 Jam lebih kami bersama rasa macam kejap sangat. Kami Cuma bawa tempat yang Chic Na request je. Tempat pertama yang kami tuju adalah kedai makan. Chic Na nak makan Nasi Kandaq. Nak pergi Line Clear macam jauh sangat, Jadi kami pergi Restoran Nasi Kandar Nasmir area Jelutong. Dekat restoran inilah ada satu insiden spontan yang berlaku. Sampai sekarang kalau ingat balik akan buat aku ketawa sesorang. Hahahahahaha…

Lepas dah kenyang, kami gerak terus ke Bazar Chowrasta. Untuk pengetahuan semua, Bazar Chowrasta boleh nak dikatakan dalam town jugaklah. Jadi, risiko terlibat dalam kesesakan lalu lintas tu lumrahlah. Nak tak nak kena tempuh. Tapi alhamdulilah la, hari tu parking senang pulak, walaupun main letak sesuka hati je kann..Hahaha.




Gambar candid dekat atas ni, semuanya ihsan dari Kak Ai. Terima Kaseh Kak Ai…! Boleh nampak tak betapa khusyuknya Chic Na memilih. Aku tukang menyibuk je. Hehehe. Lepas dah selesai dekat sini, kami kena gerak hantar Chic Na balik ke USM balik. Alahai, kejap betul rasanya. Memang tak puaslah.

Bila dah sampai USM, kami berfotogedik kejap. Lepas dah selesai nak tak nak kami kenalah lepaskan Chic Na pergi. Serius berat hati tau nak bagi Chic Na naik hostel.  Ai dah masuk dalam kereta, aku tak masuk-masuk lagi.Hahaha.

Lepas hantar Chic Na, aku ajak Ai pekena ABC tepi laut. Jadi kami terus gerak ke QueenBay. Tapi hampehh..satu gerai pun tak buka lagi. Yelah, belum petang lagikan. Jadi kami terus ke Butterworth cari jeruk. Ikutkan dekat town pun ada, tapi tak sanggup nak tempuh jammed weii…!

Lepas selesai shopping jeruk, terus gerak balik. Singgah kejap beli ABC dan Cucur Udang. Sampai rumah Ai, lepak sambil makan dan hirup ABC. Lepas tu terus siap-siap balik Taiping. Bertolak dari rumah Ai dekat pukul 6 macam tu, Aku sampai rumah dalam lagi 15minit pukul 8 malam. Lambat sampai sebab aku singgah R&R Alor Pongsu. 20 minit jugaklah aku menapak dekat R&R tu. Semuanya gara-gara mengantuk yang tahap gaban..!

Apapun, Alhamdulillah semuanya selamat sampai. Ai pun dah selamat sampai, Aku pun dah selamat sampai, Chic Na pun dah selamat sampai Kelantan. Dan bersyukur sangat-sangat segala perancangan dipermudahkan olehNYA. Tanpa Izin DIA tak mungkin kami dapat bertemukan..

Harap lepas ni Chic Na tak serik jumpa aku lagi. Hehehe…




Kata Hati : Pengakuan jujur dari aku, Chic Na orangnya sangat sweet tahuu….!

.

43 ulasan:

YanaHime berkata...

Waaa! Bestnya. Cik nur dah sampai kampung yana ni, hihi!

boni kacak berkata...

bestnya dapat jumpa ratu coklat..hehehe. ada minta coklat sikit tak??hehehe

Eca Dwinky Asha berkata...

seronok berjumpa rakan2 blogger ne kan....eca baru jumpa 2 org je.hehehe..insyaallah, klu dpt jumpa ciknur d KL bulan 11 nanti :D

Deqla Manjew berkata...

terus sambung citer tu... huwaaaaaa... saje bikin org jeles tau cik nur ni... syok le kan korang.. smpai ke penang berdating.. tp nape x ajak miss banu skali? kan ke dia dok penang.. kesian miss banu disisihkan.. hakhak...sambung jeles lagi la... huwaaaaa.. ;p

BERT berkata...

wahh dating smpi ke penang jmpa shbt blogger... pnglmn menarik n seronok..!

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

sonoknya dpt jumpa..

dgn yui bila lg? hihi..

fasha berkata...

best dapat kawan dengan blogger kan..heww

are_lin@yu berkata...

eee jels btul lah ngn hampa 3 ni..haha..tdak blh jmpa sama.huhu..next plan jom g kelantan.haha..

Cik Aini berkata...

ok!
kata hati - penggunaan kata "kakak Ai" tu sgt la x sesuai..berbulu ja kaki baca.hahhaha

harap noted lps ni ye!

erkkk mesti insiden kat ns kandaq tu yg awk teringat JIM kan..kan..kan..ngeeeeee

fizafantagirO berkata...

cantik lah nur edit edit gambar tu .. fiza tak sabar nak g penang lagi..waaa januari ni:)

Maria Firdz berkata...

lma x mellui jmbtn p.pinang...

lelamaisara berkata...

dah agak semalam tu cik na...best nye dapat jumpe cik na...teringgin nak jumpe cik na jugak...entah bile la dapat jumpe ..;)

dya bunga berkata...

wahh..bestnya g jumpa chic na..nk jumpa jugk!! hehe

Tihara berkata...

akak familiar dengan bloger ni nur, blogger yang frenly :)

sha my heart berkata...

good luck.
cantik gambar2

LYAfrina berkata...

huhu..bestnyer korang..siap leh jumpa2 lagi.. lya ni susah la kalo jauh2..

Yumida Huda berkata...

td baru jengah entry cik ai
beznye u olls..berjimba sakan
gegirl ayu2 semuanya

Aine Ainun berkata...

Cik naaa rupanya....
Yela..tiga2 sweettttt♥♥♥♥

Pasni Blela nur bawak cik ai. Cik na mai taiping...n singgah umah irfan. .heheheee

Lelaki berkata...

krim slam dgn che na.

syuk shusuke berkata...

tempat2 menarik akak pergi. seronok habis >.<

Chuu Muqhlis berkata...

ni chic na yg buat cokelat tu kn? kt usm rupanye. chuu ex-usm. salam kenal cik nur :)

::CIK LYNN:: berkata...

alaaaa...tengok pic nur ni rindunya nak balik penang....waaaaa...

Chic Na berkata...

saje je nk komen arini.. serius rindu hari ni seminggu yg lalu.. sweet moment itu.. huhu..

m berkata...

wah. bahagia.

Zaza berkata...

sedapnya makan abc.. =) p.pinang antara tmpt yg zaza teringin nak pergi.. xpernah jejak lagi..huhu

Che Rosliza Che Mat berkata...

Wah2...seronoknya jumpa chic na...hihihi

Chic Na berkata...

eh lupa nk tanya.. yg kes plan sebelum percutian spontan tu ape hei? cikna xtau pun..

BaNu Syah berkata...

dtg penang ker awat x habaq hihi den dok kat ayer itam penang.

N.Aima K berkata...

Salam aidilfitriiiii

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

Assalamualaikum nur

maaf lama xsinggah sini

wah best la nur dgn ai dpt jumpa chicna..jeles sat haha

Ummi Iman berkata...

Tumpang happy.. Ada juga keinginan jumpa kenalan blog.. tp malu ;)

Masha Meisters berkata...

dah dye buat cekelat kira logikla orgnyer sweet....hehehe...kuling2

QasehnyaRania berkata...

mmm. ni yg jeles ni.nape tak ajak ciksu sama.. huhu

cikna, cik ai, chicna dah jumpa.dengan ciksu bila lagi.hihi

intanfirdaus247 berkata...

wah bestnya..semoga perhubungan nur dan cik ai dan cikna berkekalan hingga ke jannah..termasuk perhubungan dengan akak dan blogger blogger lain..amin

jaakechik berkata...

percaya tak kalau jaa cakap masa gambar ww#71 tu jaa dah tahu yg gambar tgh tu adalah chicna, sbb jaa mmg cam sgt2 muka dia... hihihi..

cuma tak komen jer masa tu, jaa jadik silent reader sbb rushing x punya byk waktu utk bw, singgah baca kejap2 aje...hihi..

syok la dapat jumpa chic na.. nanti bulan januari depan datang la Usm lagi... boleh jumpa jaa jugak... kekeke...

p/s : tak jumpa ayu ke masa tu? bukan ke dia pun buat pjj usm?

Nastyna berkata...

Dalam gambar tu ChicNa ker? Yayyyyyy finally dapat tatap rupa ChicNa, even I wasnt there, tapi tetiba rasa macam pengubat rindu pulak baca entry u ni (overdrama tak me?) hehehe serius ni, I pulak excited.

nanieybarnieylurviey berkata...

Sumpah jeles >.<

Mrs Velentine berkata...

wah bestnya.....first time nampak gambar chic na

wan nurul hezrina abd halim berkata...

Aiseh skangnikan malu kalau nurul nak jupe sesiapa sbb mak aii badan dah demok.kne kurus semulani.huhu..besh korang

Si Matatajam berkata...

Huwaaaa jeles lg bila baca kat sini...

ayut berkata...

pegi penang...best yer.senang je kan nk rapat dgn kawan baru bila mmg sekepala :)

Cinta Misteri berkata...

huwarghhhhh.....kamu bertemu, daku cemburu!!!

Yana Libra berkata...

seronoknye~~~