Isnin, 8 Julai 2013

Home » , , , , , , , , , » Percutian Spontan

Percutian Spontan





Assalamualaikum.

PENAT. Hanya itu saja kot yang dapat digambarkan sekarang. Alhamdulillah aku selamat sampai rumah pukul 8 malam tadi (7/7/2013). Sedaya upaya hadap lappy sebab nak up entry ni. Memandangkan aku penat, aku cuba up entry seringkas mungkin okay..! Konon-kononnya ringkas la nii...Kononn..!

Nampak gambar diatas? Diambil pada hari sabtu lepas, atas haiway BKE. Sebenarnya tak ramai yang tahu pun pemergian aku ke Kedah baru-baru ni. Sengaja malas nak heboh-heboh. Walaupun dah lama merancang, tapi tetap nak kata PERCUTIAN SPONTAN sebab aku nak juga BERCUTI sebelum Ramadhan tiba.. Nak jugakk..!! Mula-mula, niat hati mula-mula nak ke Cirebon, tapi apakan daya flight tersangkut kat Kedah. Hahaha.

Sampai Kulim dalam pukul 12 lebih kot. Lepas dapat arahan dari Makcik Lavender, aku follow aje lah segala keterangan dia. Walaupun terlajak tak sampai 100 meter, tapi aku tetap anggap diri aku hebat kot, sebab cepat cam kereta makcik tu dekat carwash. Beriya tau dia cuci kereta. Grrrr....!




Selesai semua, cepat-cepat gerak ke Hotel 5 Bintang dekat Taman Mahsuri. Lepak kejap, lebih zohor kami terus gerak ke Auto City. Makcik Lavender bawa makan dekat Seoul Garden. Nampak gambar dekat atas, itu antara satu gambar yang sempat aku amik sebelum phone aku kehabisan bateri. Grrrr....!

Bayangkan kami sampai dekat Seoul Garden tu hampir pukul 2, kami keluar pukul 4.30 petang. Ya Rabbi...! punyalah kenyang tak hengatt...! Sampai kembang-kembang hidung nak habiskan makanan. Kalau ikutkan hati nak hadap lagi. Tapi..tangki dah penuh sangat-sangatt...buktinya sampai kemalam kami kenyang..Hahaha.




Lepas kenyang, Makcik Lavender nak bawak aku jalan-jalan Pulau Pinang. Tapi jangan tak tahu weeeiii...! Disinilah bermulanya penderaan yang tak disangka-sangka. Bayangkan masing-masing dah kenyang tahap gila vaveng, tiba-tiba Makcik Lavender serah kunci kereta. Katanya "Nur drive..!" aku waktu tu blur kejap. Errr...aku..?? "Tapiiiii...Nur tak tahu jalan...!" sambil buat muka kesian beb, kot-kot la dia nak melting kann.. Tapi hampehhh, jawapan dia "Takpa, ikut je arahan Ai..!" Errrr......

Dalam kereta, dekat 15 minit jugaklah kami keras dalam tu, serius makan tak hengat dunia. Selagi boleh makan, kami makan. Bila aku mengeluh, alasan orang sebelah "Tak pa, kalau Nur dah rasa selesa baru kita jalan" Jawapan tak boleh blahhh...Grrr....!

Sedia maklum, petang sabtu kelmarin Pulau Mutiara memang sesak gila-gila. Niat nak round Island terpaksa dibatalkan. Akhirnya kami pergi Batu Feringgi je. Dan ini bukanlah pertama kali aku ke Batu Feringgi, aku cuma dah lama tak main tepi pantai. rendam kaki dalam air masin tu. Mula-mula malas turun, tapi dah alang-alang sampaikan, turun kejaplan main ombak, bukan selalukan.




"Nampak tak bekas kaki yang Nur jalan dekat tepi pantai tu? Itu ibarat hati Nur yang berbekas. Bukan senang ombak nak hilangkan bekas tu.."

"Jangan risau ainya akan hilang, cuma makan masa..."

Serius sakit tapak kaki bila berkaki ayam berjalan di gigi air tu. Nak-nak pula aku gigih berdiri lama-lama atas batu yang penuh karang sebab nak tengok laut puas-puas. Walaupun permandangannya tak begitu jelas disebabkan jerebu, tapi cukup puas bagi mata aku menjamah disetiap pelusuk laut. Puas sangat...Lepas dendam tauu..!

Okay, lepas puas lepak Batu Feringgi, kami terus gerak jalan-jalan Penang. Kali ni bukan aku yang drive okay, sebab sebaik je sampai Batu Feringgi aku serah kunci dekat tuan empunya. Aku nak duduk sebelah pulak.Hahaha.

Ohh Pulau Pinang...! Tersangatlah sesak hokayy. Nasiblah kereta manual. kejang kaki. Bila ronda, asal nampak Kedai Mamak, mesti ingat Bintang. "Haa..ni kalau ada bintang mesti dia sukakan...!" Senyum je bila terpandang Kedai Nasi kandaQ. Nur tak lupa Bintang...!

Dan tanpa disangka-sangka tiba-tiba orang sebelah tanya "Kita balik baik Feri nak..??" aku apa lagi, tak pernah kot naik Feri dekat Pulau Pinang tu. Memang terujalah beb..! Bila dah ada atas Feri tu, ingatkan nak keluarlah dari kereta hirup udara laut, tapi tak jadi. Sebab kereta kami dibelakang sekali, dekat dengan motor-motor. Segan ahh aku nak turun..! Aku kan pemalu. Walaupun begitu, hanya tingkap saja diturunkan. Okaylah dapat juga angin laut campur bau minyak diesel. Hahaha.




Tak cukup lepak dekat Batu Feringgi, Makcik Lavender terus bawak aku ke Bagan Ajam. Tempat dimana Makcik ni selalu lepak kalau hatinya gundah gulana. Serius memang cantik panorama malam Pulau Mutiara pada waktu malam. Lembut angin malam menampar pipi. Sejuk, tenang dan cantikkk..!!

Yea..memang dah lama aku merancang nak tengok panorama malam ni, bila diberi peluang memang aku tak lepas peluanglah. Bila dengar deruan ombak yang menampar ganas tepian pantai tu, bagai ada satu kekuatan dalam hati aku. Serius aku sebakk...!

Lepas puas, kita orang gerak ke satu tempat. Tak salah nampak tempat tu Perda kot. Dua jam kitaorang lepak kat situ. Gila perit tekak kot. Dapat rehat pun bila tiba-tiba "KERO" keluar. Dah masing-masing tunding jari. Dia tunjuk aku, aku tunjuk dia. Hahahaha.

Tup-tup 11.30 kami gerak balik. Singgah Seven Eleven, beli kudap-kudap. Lepas mandi, layan movie dekat tv3. Pukul 2.30 baru terhegeh-hegeh masuk tidur. Tapi tak ada maknanyalah nak tidur lagi. Gosip-gelak-gosip-gelak, 3.30 baru senyap kott..!




Habis cerita semalam, tapi kenyang semalam tak juga habis-habis. Dapat bayangkan tak kami melantak macam mana. Serupa ada bela...Hahahaha. Pagi tadi, siap-siap semua, layan popstar dekat chanel 611 kejap, pastu baru gerak pegi lunch. Kali ni Makcik tu bawak dekat Kedai Nasi Ayam Periuk Besar, asli dari Kedah.

"Nur drive dulu tau, nanti balik Ai drive pula" Pasrah je aku dengar. Iyo-yo ooo...Grrr..!

Kata Makcik Lavender, ada tiga jenis Nasi Ayam dekat situ, Nasi Ayam Madu, Nasi Ayam Panggang dengan Nasi Ayam DotMy. Tapi tadi hanya tinggal Nasi Ayam Madu je. Yang rempah-rempah tu kami minta. Hehehe. Rasa nasi ayam ni, sedap dan puas hati. Tak kedekut nasi beb..memang kenyanglah makan..!

Lepas makan, kami ronda-ronda. Ada satu lagi destinasi terakhir yang aku ingin tuju sebelum balik Taiping. Bebekalkan ingatan aku yang tak pernah lupa, akhirnya aku jumpa juga tempat tu. Kawasan yang dulunya hijau, kini sedikit terang. Almaklumlah dah kaut hasil kot.




Tempat jatuh lagi dikenang, lagi pula tempat yang indah-indahkan. Jelas nampak tempat yang pernah aku berteduh satu ketika dulu. Masih terbayang dua insan yang sedang berbual. Segala-galanya jelas dan segar terlayar di minda ketika tu. Aku sedar, aku menangis air mata darah sekali pun, masa tak akan berputar. TAK AKAN...TAHU...!!

Mula-mula aku ingat nak letak gambar. Tapi tak jadi. Sebab kehadiran aku kesana bukan untuk menagih atau jadi penangih, sekadar mengimbas je. Walaupun aku sedar, keperitan tu ada, tapi aku okay. Cukuplah tadi kali terakhir aku lihat apa yang aku lihat, dan cukup sekadar aku tahu tempat itu masih ada.

Bila aku dah puas, kami gerak balik. OTW balik singgah Lunas beli Laksa Sotong. Lepas tu cari ABC. Kalau boleh Makcik Lavender ni nak jugak aku rasa Laksa Sotong. Tapi aku makan tak letak kicap tau, dia letak kicap, sampai naik hitam kuah dia. Maaf tak sempat nak ambik gambar laksa sotong tu, makan pun laju-laju sebab hari dah petang, aku kena gerak balikk..!




Lebih kurang dalam pukul 6 suku aku gerak dari Taman Mahsuri. Follow Makcik Lavender. Nak harap aku ingat jalan balik, memang taklah...! Hahaha. Kebetulan Makcik Lavender kerja malam, Kami terpisah di simpang tiga. Dia ke Kulim Hi-Tech, manakala aku ke Haiway BKE. Gambar di atas ni, suasana petang petang yang sempat aku ambil di atas Haiway BKE. Tak lama lepas tu kereta dari arah bertentangan bagi isyarat lampu. Rupa-rupanya ada sekatan jalan raya lepas keluar tol BKE ni. Selamatlah aku ni pemandu berhemah kaannnnn...!! Hahaha.

Nampaknya panjang jugak weii entry ni. Aku rasa dah sehabis ringkas kot aku menaip ni. Kalau ikut cerita detail lagi panjang tahu. Tapi cukuplah sampai sini aje. Tapi dalam banyak-banyak cerita aku selalu kena buli dengan orang sebelah. Bayangkan, tengah drive laju-laju lepas tu boleh orang sebelah main-main jerit "polisss" apa lagi gelabahlah aku tarik seat belt. Banyak kali tauuu...! Pastu ayat paling tak menahan, "Ehh...kenapa Nur tak pakai seat belt". Dan ayat yang paling tak boleh blah, "Alaa....nak jerit polis pun tak boleh, sebab Nur dah pakai Seat belt" Err....boleh..?? Grrrrr...!

Saja tau Makcik tuu...!

Errm..okaylah beb..rasanya panjang dah ni. Sampai disini saja kisah percutian aku. Ini pertama kali aku gerak sendiri dari rumah. Berkat doa mak abah, sepupu, bintang dan bulan yang percayakan aku, alhamdulillah, misi bawa jiwa yang luka ni berjaya juga. Serius tak tipu, aku tersangat-sangat puas..!

Dan diatas kesempatan ini, Nur ingat ucapkan rbuan terima kaseh pada Cik Aini a.k.a Makcik Lavender atas jasa baik yang diberikan buat Nur. Layanan Ai tersangatlah baik. Sabar layan karenah Nur yang entah macam hapa-hapa ni. Memang tak dinafikan, Cik Aini seorang kakak yang baik...! ^_^


"Sebaiknya aku pergi darimu, Dan coba untuk melupakan semua tentangmu, Dan coba utuk menerima cintamu kini bukan untukku"


Kata Hati : Sebenarnya Nur ada mengaku something dekat Ai waktu di Batu Ajam tu, Tapi mungkin Ai tak perasan...Jangan ditanya apa dia, sebab Nur bukan astro, tak ada siaran ulangan..Itulah sibuk dengan handphone lagi...Kahkahkah...! Apapun, Terima kaseh sekali lagi Cik Ai..!!


.

42 ulasan:

Zaza berkata...

cik nur bercuti rupanya..cantiknya pemandangan malam..rasa nak je tgk..dah lama xpergi bercuti.tak ada siapa sudi bawa..huhu

adrianna syaz berkata...

Sya pun slalu g pnang dlu...byk knangan jgk kt sana..huhu..terutama dpn hotel gurney tu.yg byk pokok2 ru...klu terlalu kat situ,mmg teringat knangan lama2...

Cik nur..bertabahla :D

luqman zakaria berkata...

seronok bace.. :)..

TiranaAduka berkata...

salam cik nur
Pekabar? Lama ta tak masuk sini. Maaf..

Cik Aini berkata...

polis!polis!polis!
kahkahkah tau takuttt..dah pakai seatbelt pun takut ke.adoiyaiiii lawak la.org bgtau polis sbrg jln daaaaaa....

kira puas hati sbb 2nd day nur kena drive p blk.wahhhh rs mcm lapang je dada dok kat seblah tgk kebun bagai..erkkk kebun? hahahhaha
woiii pasepa cita pasal laksa kicap..grrrrrrrr teruk betoi!
nti nk g lg x pantai cantik tu..kalo nk p cari ai.tau.bahaya g srg2.muahehehe

Cik Aini berkata...

erkkk..
sama2 Nur..nti dtg la lg
tima kasih juga tau..syg Nur 150 juta kuasa dua :)

Aine Ainun berkata...

hehe, tadi da baca kat blog AI, kemain laju Update korang, cerita fresh dari oven ni...

Tapi Nur, mesti puas kan...dapat jalan2 , release..jumpa lak cik Ai ble kongsi cerita..=)

Ntah bila nak ke penang lagi, aritu p sesat.....

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

bestnya bercuti =)

fizafantagirO berkata...

Fiza dah lama kot tak pergi bercuti .Tunggu bulan 9 nanti :) Nur, dah baca belum novel ni?

http://dismybelog.blogspot.com/2013/07/perempuan-lindungan-kaabah.html

syuk shusuke berkata...

sedapnyaa makanan !
seronok bercuti :D

noornazuha berkata...

Cantik gambar2 kat post ni..:)

JunAina berkata...

Pengalaman hidup. Setiap senyum, tawa dan air mata akan jadi guru terbaik buat kita. Suatu hari kita pasti tersenyum bila mengenangkannya walaupn suatu ketika dulu air mata pernag=h bertamu.

Deq's Qienz berkata...

pcutian y xrancang gini selalu jadi..kalo dq la hehee syiok leh jmpa cik ai lg.

Tedi berkata...

30 saat je Tedi baca entry yang ringkas ni, hehehe :P

Nyue berkata...

jealousnyaa dgn cik nur dgn ai dating bersama2...huhuhuhu

Che Rosliza Che Mat berkata...

Percutian sebelum Ramadhan ya...

are_lin@yu berkata...

wahh beznya nur p jmpa mkcik lavender tu..hihi..nk jgk!!!nti p prlis plk tau.haha

izan mama mia berkata...

wah bestnyew g berjimba ngan ai,,,

Yumida Huda berkata...

wah..selamat kembali dri berholiday nur
sedapnye menu yg ditayang tu
lapa nengok
cantik pemandangan yg nur ambik tu

Jajas berkata...

wow...

Nurfaezah Abdullah berkata...

waa sure you have fun ^^

fae follower #2288 from segmen deqla http://norumara.blogspot.com/2013/07/senarai-peserta-mini-segmen.html

http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/

Yana Libra berkata...

wah..seronoknye baca..hehe..

cam biasa cik nur mesti ada typo~ :p

Cik Aini berkata...

datang sini lagi sbb ada lagi nk komen!
yg pasal kata hati tu...Ai dgr hokay even tgn ai tgh chat..dan x salah pun pendengaran Ai tu sbb tepat kan apa yg Ai teka!keh3
nk ai anounce kat ini ke?nak?nak?
hahahahahah

errrrr...
"Kita balik baik Feri nak..??"
kalo dah dasar typo tu kan...hahahaha dah la bold kan kaler merah...adoyaiiiii

Tanpa Nama berkata...

macam best je percutian penuh dengan makan2.. kalau bintang ada sekali confirm pagi petang siang malam mamak.. hihi.. bertuah bintang ada org ingat. Bintang is so lucky.. Bulan is so lovable.. Cahaya is so sweet.. ;)

baguslah kalau Nur betul2 happy even tak jumpa marka.. hekhek.. I hope you really mean it.. (^_^)V

~from Scotland with love~



Deqla Manjew berkata...

wahhh... jumpa cik ai lagi eh..? huh.. jelesssss niiiii.... bestnye korang bersantai di tepi pantai yg indah.. ku dudok seorg diri.. ehh silap.. ternyanyi pulok..kohkohkoh... serius jeles ni.. hahahaha....

lelamaisara berkata...

WAH BUKAN MAIN SERONOK LAGI YE KAMU BERDUA...JELES AKAK NI TAU..HEHEHE

Masha Meisters berkata...

fuhyoooo...bestnyer depa2 ni berjalan...
percutian tanpa dirancang memg jadik je...hehe

BERT berkata...

syoknye nur bersuti yaaa!!

selamat berpuasa.. moga ramadan kali ini mendapat keberkatan danamalan dan doa diterima aminnn

9n0L4 berkata...

pendek sgt entry ni nur. hihihi. sonotnye gi sol gaden tuuuuuu.

jaakechik berkata...

bestnya dapat jenjalan ngn cik ai..... ada ole-ole untuk jaa tak ni? kekeke...

Rosmiza Ali berkata...

Semoga percutian ini mampu merawat luka sedikit demi sedikit.. Insha Allah..

Khai♥Rin : anies berkata...

JJCM ka ni, nur? :-)

nanieybarnieylurviey berkata...

Ringkasnye entri ni nur. Hehe.. Ckp ringkas tp penuh details. Bestnye jalan2.. Jalan menenangkan fikiran, rawat hati.. Makanan plak mcm2.. Fuh.

LYAfrina berkata...

wee..bestnyer...
confirm bertambah-tambah akrab lepas ni...

Si Matatajam berkata...

Huwaaaaaaaa jelessssssss ;p

Si Matatajam berkata...

Saja jerit ketidakpuasanhati dulu..ha ha

Si Matatajam berkata...

Bestnya depa jejalan na....nak rasa gak laksa sotong...Amboi sakan hangpa dok ronda noooo... Sambung jeles 17 ratuih Kali Lagi ni..ha ha ha ha

QasehnyaRania berkata...

Waa..bestnya uols bertemu ye.
Best kan lepak kt penang.

Makan pon best.beh la try nasi ayam tu.

Ok ciksu tak tanya.hihi
yg penting buang jauh2 ye kalau yg tak perlu dikenang.

N.Aima K berkata...

Baiknya Ai... bertuah dpt shbt mcm Ai..

Eca Dwinky Asha berkata...

jauh bercuti yer...nnti cuti2 sabah, biar penat kaki cik nur eca kerja kan..tapi tunggu eca de keta sendirik oke?! :D

ayut berkata...

Nur bercuti??ayut mmg tertinggal cite la ni nampaknya...huhuhu...suka kan amik gmbar langit.. :D

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

nur dgn ai mmg rapat :-)