Selasa, 28 Januari 2014

Home » , , , , , , , , , , » Januari Dan Kenangan

Januari Dan Kenangan




Amaran Entry ini terlalu panjang untuk dibaca. 
Jika kalian mempunyai sindrom malas membaca mohon klik BUTTON MERAH
Sekian Terima Kaseh..!
Assalamualaikum.
Ikutkan semalam patutnya ada entry baru. Tapi disebabkan sakit kepala yang berterusan. Tak jadi terus. Aku cuba sempat blogwalking je, itupun tak habis. Rasanya dah dua minggu lebih aku sakit kepala. Sakit kepala ni bukan sakit keseluruhan tau, tapi cuma sebelah je. Kadang-kadang tu terasa macam nak terkeluar biji mata ni. Punyalah berdenyut. Dan aku syak ini serangan migrain yang dah lama tak menyerang. Nampak tak gambar minyak cap kapak kat atas tu, haaa...itulah peneman aku buat masa ni. Usung je kemana-mana..Haishh...!
Jumaat lepas, dalam ENTRY NI aku ada bagitahu kan yang aku dalam perjalanan ke Pulau Pinang. Untuk pengetahuan semualah, itulah pertama kali aku naik bas seseorang keluar Perak tau. Selama ni nak pegi mana-mana biasanya drive je. Jadi disebabkan teringin nak naik bas, aku beranikan diri jugaklah. Dan hasilnya best kot naik bas..rileks je. 
Dan yang moleknya, sepanjang keberadaan aku di Kulim dan Pulau Pinang idok pulak aku sakit kepala. Alhamdulillah sangat sebab dapat hangout dengan jayanya. Yelah..time tu memang stress free tau. Tak fikir hal-hal lain melainkan happy and fun together. Bila bayaran parking di charge rm4.50 per hour pun, still tak stress. Kalau tak parking tak adalah edisi jimba-jimba dekat Bazar Chowrasta kan..! Jadi redha akan aje. Memang dok stress. Hahaha.!

Untuk pengetahuan semua, perjumpaan kali ni adalah perjumpaan pertama aku antara Jaa Kechik dan Shu ni tau. Macam Jaa tu memang patutlah pertama kali jumpa sebab Jaa ni ore Kelate. Tapi dengan Shu ni memang tak patut sebab kami sekampung hokey..! Antara Taiping dan Bagai Serai tu, alahai sekangkang kera je pun. Tapi itulah nak bersaksikan Pulau Mutiara juga perjumpaan pertama kami ni.
Lepas sesi jalan-jalan, makan-makan kami terus ke hantar Jaa ke USM balik. Kalau nak tahu kenapa Jaa tak dapat nak join kami berjimba lagi, kalian BACA SINI. Dalam entry tu, Jaa ada jelaskan kenapa. Keluar dari USM, jenuh duk mikior nak kemana. Pening jugak fikir sebenarnya. Iyelah, ini bukan pertama kali aku ke Pulau Pinang ni, jadi kebanyakan tempat semuanya dah pergi. Cuma satu je yang belum jejak, iaitu Balik Pulau. Kalaulah hari tu dah lewat. kami tak jejak kot Balik Pulau tu. Iyelah, berdasarkan cerita Jaa hari tu, cukup buat bulu roma aku merinding tahu..!

Dalam perjalanan balik dari Balik Pulau tu pulak, ternampak pula papan tanda Tropikal Fruit Farm. Dan dalam masa yang sama, Kakak ni pulak cerita pengalaman dia minum air yang betul-betul pior dari buah-buahan. Aku yang tengah drive ni, terus tanya samada nak singgah ke tidak. Sebab niat sebenarnya nak pegi minum air kelapa tepi pantai. Jadi memikirkan bukan senang nak sampai ke sini, kami putuskan untuk singgah..!

Pening jugaklah nak pilih minum apa. Sebab semuanya sedap dan ada jugak yang macam pelik untuk dibuat jus. Last-last kami amik sama jenis je semua. Manggo Jus..! Segelas Rm6.00, memang pior mangga, pekat melekat dan tersekat sebab betul-betul kaw lah mangga dia. Rasanya boleh tahan. Tapi kalau cairkan sikit mesti lagi sedap..!

Lepas puas round island dan hantar shu balik, kami bertiga terus pegi cari tempat makan. Almaklumlah kalau balik rumah terus dah kompemlah malas nak.keluar balik jadinya kena terus menapak Puncak Mutiara untuk dinner malam tu. Yang ajaibnya, walaupun tempat ni jauh kedalam kawasan kampung tapi orang tak putus beb...memang menakjubkanlah..! Dan disebabkan puas makan nasi, malam tu masing-masing pilih westen food untuk perut masing-masing. Selesai makan apa lagi balik laa....!
Bila kenyang, mata pun apa lagi mulalahkan..! Tup..tap..tup..tap...sedar 2.45 pagi bila Kakak kejutkan aku suruh masuk bilik tido. Tak sangka pulak boleh terlena depan tv. Dan bila jaga esok paginya pula, time inilah kepala aku mula rasa berdenyut. Almaklumlah nak balik dah ni fikiran tu mulalah fikir masalah-masalah dunia. Itu yang kemain sakit kepala tu. Hahaha.
Selesai hantar Chic Na balik USM, Ai bawak lepak dekat Bagan Ajam kejap. Lepak sambil makan kek yang Chic Na belikan dekat Secret Resepi. Dalam pukul 3,terus gerak ke stensen bas Butterworth. Atas bas aku terlelap kejap-kejap. Makin parah sakit kepala makin menjadi-jadi. Sampai Kamunting tengok mak abah dah siap tunggu dekat stensen bas.
Selesai percutian kali ni. Lepas ni entah bila lagilah nak dapat peluang macam ni. Sebab lepas ni, susah sikit kot nak berjimba-jimba gini. Aku mungkin akan sibuk, dan lepas tu risau aku tak punya masa macam mana aku punya masa sekarang.
Apa-apapun, Terima kaseh tak terhingga buat Cik Ai, Chic Na, Jaa Kechik dan Shuhada sebab sudi luangkan masa bersama. InsyaAllah ada masa kita jumpa lagi yea..! Buat rakan alamaya yang lain, InsyaAllah sampai masa kita pasti berjumpa.

Heh..panjang giler entry ni..!


Kata Hati : Dimulakan dengan manis, kemudiannya pahit berganti manis dan seterusnya.....

.

19 ulasan:

Aine Ainun berkata...

Siap ada warning tu awai awai..hihiks

gigih baca sampai abis...;)

best...;)

Cikrosecute berkata...

seronoknya berjimba2 hihihi

Unknown berkata...

deqla kan xleh klik blog jaa.. haihh ceciter je dlm entri ni..hihi..ok pas ni jumpe shu byk2 kali k..eh deqla tekan like kat gmbr korang tu tau tp xleh ar.. nape eh? kihkihkih..

Liyana Anuar berkata...

seronoknya cik nur..ramai dah cik nur dah jumpe ye.. :)

Unknown berkata...

tak panjang pun...tulis laa lagi dan lagi..bestnyer citer depa g berjimba jimba....jeles gak laa..hahah..tapi manakan dapat joint kan..korang anak dara lagi..mana nak kawan nagan mak budak ..kiikkiik...

akak pon sakit kepala cam nur..mmg dok bau minyak angin cap kapak je..hihi.. mmg rasa kat mata... akak sll jadi kalau strees atau cuaca panas.. klau cuaca sejuk..nyaman je..ok laaa... hihi..mg nur cepat sembuh..paling kurang makan 3/4 hari juga kan nak baik..

laaa banyak lak komen sorry nur..

jaakechik berkata...

Terima kasih buat cik nur... kesian pulak ciknur sada migrain rupanya. Get well soon ya.. best moments with kalian takkan dilupakan... :)

P/s : awat sikit jer tepek gambar???

Unknown berkata...

best nya dpt jumpa rakan blogger.. mknn tu.. nyum..nyum.. nmpk sedap .. alahaaii.. dah bbunyi perut zara.. hukhuk..

are_lin@yu berkata...

beznya pengalaman nur..jumpa blogger hebat..hihi..sian nur nasib msa berjimba2 xskt kpla kan.hehe..rht byk2 tau nur..sakit kpla ni mgkin sbbstress sama..

Cik Ai berkata...

hamboiiii
kemain pnjg lg dia aih..hahahaha

erkkk..tgn sape ye yg nmpk kat pic minuman mango jus tu..kekekeke

BERT berkata...

kalau akak pening skak suka pakai tiger balm hehe.. takpe entry panjang pun baca sebab suka baca ayat2 nur macam novel ehhehe... sakan jalan jmpa kawan2 yeha.., syoknye jenjalan.. lama akak tak jalan makan angin huhu

fragmenbiru berkata...

Fuuuhhhh!!! cantik pulau mutiara tu....

Miss Syahbanu berkata...

rajin cik nur datang penang jln2 hihi nanti mailaa pekena nasi kandar kpg melayu kat ayer itam sedap tau hihihi

Tie HT berkata...

best bila dapat jumpa kawan blogger sebab takde orang len melainkan blogger semuanya.. :)

ayut berkata...

Kenangan tu diupah dgn sakit pale kot nur..hihi.xdela.mgkn xckup rhat tu..jln jauh kot.xpe nur rehat bg pening tu ilang yer.puas dh jln 1 penang tu.time to rest plak ye

QasehnyaRania berkata...

bestnya. dah baca kt blog jaa tadi. hihi.
ciknur pon ada migrain ke?
ciksu hari woo. mmg rasa mcm nk migrain blk je. minum air muntah dgn kepala dok nyut nyut. aduhai
take care

unsecretostory berkata...

Ouhhh yg pegi jalan jalan tue ehh. Bestnyaa. Nmapak meriah jea. Makin kuat laa ikatan ukhwah tue :)

Shida Radzuan berkata...

eh eh nmpak jaa hehee :)

Chic Na berkata...

tangan cikna la yg comey tu ai.. hahah..

kenangan terindah.. rindunya kat semua.. mcm nak ulang balik je kejadian tu.. best sangat, even baru kenal tp semua mcm dah bestfren kan.. sweet memories.. :)

Deq's Qienz berkata...

wahh bestnyaaa..bila agaknya kite dapat jumpa ek..