Khamis, 1 Julai 2010

Home » » .:: Bila Sudah Tiba 1 Julai ::.

.:: Bila Sudah Tiba 1 Julai ::.



Comel tak??heheh..:)



Salam semua. Bertemu kita lagi di entry kali ini. Alhamdulillah, ALLAH memberikan kita kesempatan untuk terus bernafas dan juga menikmati hari-hari indah di muka bumi ciptaanNYA ini.
Alhamdullillah..

Eh..kalian nampak tak kalendar comel yang aku letakkan di atas tu?? comel kan3..? Mana aku dapat? Abang Google laa. Macam2 adoo..!! Terima kasih ya abang Google..!! hik..hik..hik..

Musti kalian tertanya2kan, kenapa la di kalendar yang sebegitu comel tu, ditandakan bulat2. Kerja abang google jugakah? Oh..!! tidak...tanda yang bulat2 yang tak sama saiz tu, kerja aku. hahaha..jelas sungguh aku sudah mencacatkan kecomelan kalendar tu kan? Aku ngaku la aku memang tak mahir  meng"edit" gambar ni. Tapi aku try juga. Dan tu lah hasilnya..!! ( buruk tak terkata ) kira menjadi juga la kan, daripada tak menjadi langsungkan? hehehe.

Oh..! ya..kenapa ek aku membulatkan pada no2 di dalam kalendar di atas tu? Dan sekali lagi, kalian mesti tertanya2. Pada rakan kenalan yang kenal aku. Mungkin mereka tahu. tapi yang aku pasti, kakak kesayangan aku, Kompom tahu punyer la.. ( betul tak T ?? )hehehe..okeyh2..kita tinggalkan pasal bulat2 tu. Abaikan je ek. InsyaALLAH, nanti kalian pasti tahu. Jeng..jeng..jeng..!! ( kunun2 suspen ) hehe..

Hari ni, kita pun dah masuk dah bulan 1 Julai 2010. Aktiviti aku macam biasa macam hari2 yang lain juga. Cumanya, hari ni aku ada satu aktiviti tambahan. Iaitu, pergi mengambil kad laporan adik bongsu aku di SK Pengkalan Aur, Taman Kaya . Mula2 macam malasnya nak pergi, sebab program mula pada pukul 11 pagi. Time aku kerja tu. Nak tak nak, kena la aku pergi.

Bila dekat2 sampai kawasan sekolah, aku ingat aku lah orang pertama yang sampai. Tengok2..fuiiyoo..!! dah ramai yang datang. Parking?? memang tak de. Dah la sempit. Kereta dan moto sama banyak. ish..ish..ish..
tak de jalan lain melainkan aku kena parking kereta jauh dari kawasan sekolah. Terpaksah wehh..!


 
Tengok..! susah nak parking.


Hehe..sempat lagi aku ambil gambar ek. Macam ni la keadaannya tadi. Kalau kalian mahu tahu,
SK Pengkalan Aur ni, terletak dalam kawasan perumahan Taman Kaya. So..faham2 je la kalau kawasan perumahan. Jalan memang sempit. Nak pulak kereta dan moto parking di bahu2 jalan. lagi la bertambah-tambah sempit.


Maaf..! Gambar sedikit senget. sebabnya, aku ambil sambil berjalan.
Segan le nak berhenti. Orang ramai.


Ni lah sekolah adik bongsu aku. Merangkap sekolah aku juga dulu. Still cantik lagi sekolah ni. Sekarang ni, hari2 aku kena pergi sekolah ni. Hantar adik aku. Dia murid tahun 4 di sekolah ni. Kelasnya di bangunan C. tingkat 3 lagi. Penat juga la panjat tangga tadi. Tapi buat muka tak bersalah je. Tapi dalam hati.. Adeehhh..!! penat weehhhh...!!!


Tangga tu la yang aku panjat dengan penuh kesungguhan.


Bila dah sampai kelas adik aku. Sempat juga la aku usha2 dia secara senyap2.Tengok dia sedang membuat kerja..ingatkan Main ke? menyembang ke? hehehe..


Beginilah keadaan kelas adik aku. Ada yang jalan. Ada yang main.
ada juga yang menyembang.


Lama juga la aku menunggu giliran untuk di temuduga dengan guru kelas adik aku. Memandangkan aku bukanlah orang yang terawal tiba di sekolah mahupun di kelas adik aku tu. Aku dah la sudah lambat mahu ke ofice. Dah tu, setiap ibubapa mengambil masa yang lama sewaktu ditemubual. Bayangkan jika seorang itu mengambil masa 15 minit untuk ditemubual? Giliran aku yang ke 6. jam di lengan sudah pukul 11.15 pagi.  Hadooiiii....!! mahu cepat jadi lambat.


 
Lama nih..!! Naik bebal aku menunggu.
( aku asyik kerap tengok jam di lengan )


Bila dah lambat, mula la aku mahu merepek tak tentu hala. Mana tak nya..dah lambat wehh..!!  Tapi aku sekadar menjerit dalam hati je la..De juga la sorang dua makcik yang bising cakap kenapa lama sangat. Aku? bising dalam hati je laa..hik..hik..hik..


 
Aku, Yang menunggu penuh dengan kesabaran.


Aik..!! kaki je?? itu je yang aku mampu. Padahal sangat mahu mengambil gambar ketika berada di koridor bangunan tu. Tapi segan la wehh..! ramai benor makcik2. Dah tu aku sesorang. Malu lerr..hehehe. Waktu gambar ni diambil, aku sedang menunggu seorang makcik yang sedang ditemubual. Lepas je makcik tu, giliran aku pula..Yeehuuu..!!!

Alhamdulillah..perbincangan aku dan juga guru kelas adik aku, hanya makan masa lebih kurang 10 minit sahaja. keputusan peperiksaan adik aku. Ada yang perlu diperbaiki. dan yang pasti, nanti dia kena dengan aku. hehehe..

Lepas segalanya selesai. Aku ape lagi. Gegas la ke tempat kerja. Laju tak hengat aku pecut kereta. Mahu jadi Alex Young gitu.hik..hik..hik..Dan aku sangkakan, perjalanan aku ke ofice lancar la..tapi aduhaiii..!!
sekali lagi aku tersekat dalam kesesakkan jalan raya. Teruskan pemanduan dengan penuh kesabaran, akhirnya aku lepas juga dari kesesakkan tu. Hinggalah aku sudah hampir tiba ke destinasi.


Aku hampir tiba ke Office.
( Sebaik saja sampai, Hujan turun mencurah2 )


Lihat gambar diatas. Bila nampak Tesco tu. Makanya aku memang sudah hampir tiba ke destinasi. Tapi dalam keadaan aku yang terburu-buru macam tadi. Rasa macam jauh beribu batu lagi. Adehh..!!  terkejar-kejar wehh..!!
Tak pasal-pasal dapat penat.

Dan akhirnya, yang macam kalian tahu. Aku selamat sampai ke destinasi iaitu, ofice aku . Aku tak selamat masakan mungkin ada entry ini kan? hehehe...

Ermm..ok lah wehh..!! rasanya aku dah membebel panjang tak hengat dah ni..Macam biasa, Jika punya masa dan kesempatan dariNYA..insyaALLAH kita akan bertemu di lain entry. Harap, Anda semua terhibur dengan bingkisan ini. dan terima kasih juga kerana sudi membaca mahupun menjenguk blog yang tak seberapa ni.

Ok wehh!!..
Salam...!!
Daaa...!!!

Kata Hati : Alhamdulillah. Semua telah selesai. Kerja semua selesai dengan jayanya.
Dan cuti aku. Suksess..!! yeaahhh..!!
( Aik..?Pernah ke cuti aku tak suksess? )
hehehe.. 

1 ulasan:

9n0L4 berkata...

bulatkan jugak 23 dgn 29 ye. hehe.