Kalau di Indonesia, mereka panggil Pemilihan Wali Rakyat.
Tapi Di Malaysia, kita panggil PILIHAN RAYA.
Bila sebut Pilihan Raya, rata-rata dah tahukan. Ahad ini, 5 Mei 2013 persamaan dengan 24
Jamadil Akhir 1434H hari pembuangan undi bagi semua rakyat Malaysia yang layak. Rasanya ramai blogger yang dan keluarkan entry detail-detail
mengenai PILIHAN RAYA KE 13 ni kan.
Untuk entry aku kali ni, bukanlah entry berunsurkan politik
ye. Berunsurkan poligami lagilah bukan.
Cuma sekadar ingin mengucap selamat mengundi buat para pengundi. InsyaAllah umur
panjang, tahun ni buat pertama kalinya aku mengundi. Al-maklumlah, tahun lepas
baru cukup 21. Hahaha.
Di tempat aku, wakil Parlimen dan Adun yang bertanding cuma dua parti
sahaja. Jadi kawasan perumahan dan sama waktu dengannya memang penuhlah bendera
lambang DACING dan juga BULAN. Dan bagi calon kedua-dua parti ni, aku cuma kenal sorang je. Itupun sebab adik iparnya pernah menjadi Kawan Baik aku suatu
masa dulu. Yang sorang lagi tu, aku tak berapa nak kenal. Kalau kenalpun sebab
tengok poster yang berlambak-lambak tergantung.
Perasaan aku..? Teruja tu adalah sikit-sikit. Biasalah benda
pertama kali dalam sejarah nak pergi mengundi ni. Tapi aku lebih teruja lagi
nak tengok gelagat-gelagat peraih undi yang pasti akan mengamatkan lagi
suasana. Baik dari pihak Kerajaan mahu pun Pembangkang, masing-masing ada cara
tersendiri. Yang lain-lain aku tak berapa teruja sangat.
Jadi, sesiapa yang boleh mengundi tu, selamat mengundi
diucapkan. Pilihan di tangan kita. Dan undi anda adalah rahsia. Mari sama-sama
kita jalankan tanggungjawab kita bersama. Eceehh..!
Oh yea…Jangan lupa bawa Kad Pengenalan ye..!
Kata Hati : Selamat memilih Wali Rakyat…..
.
26 ulasan:
selamat mengundi cnur =)
Selamat memilih wali rakyat ya :)
selamat memilih nur. buat pilihan yg tepat ok. ;)
slmt mgundi dear..
KAK BUI KALI KE-2 MENGUNDI..
slmt mengundi nur
yeah..undi adalah rahsia kan kan kan
selamat mengundi, pangkah tanda suka, jangan tanda right!
as-salam..
ye ke baru tahu.
betul tu teda kad pengenalan tak dapet ler nak ngundi..hihi
selamat mengundi nur....bantu Perak dptkan pemimpin yg boleh bawa dunia hingga ke akhirat. Besar tanggungjawab nak pikul nih. hehe
anak akak yg sulung jga akn mengundi bersama..selamat mengundi nur!
jom kita mengundi! jom hihi
Selamat mengundi..semoga yang menang akan memartabatkan islam, menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negara...Amin
selamat mnegundi ciknur :)
pangkah yg betoi2 ye ..hihi
selamat mengundi nur... pilihla pemimpin yg terbaik yaa
nsib baik ingatkan tajuk tu typo, huh...
Selamat membuang undi esok.. ;) :)
Nani kena tnggu 5 thn lagi. Terkilan gile nih!! Nak nangis pun ada.. 1 undi sgt berharga.. Tp apakan daya ;(
Selamat mengundi Nur...buat pilihan bijak tau..undilah kak M..muahahaha
selamat mengundi cik nur...
hari ni dh hari raya....hihii...pilihanraya :p
alhamdulillah..dah settle kan...
kami sudah !
sudah pilih walaupun datang time pening2 lalat
akak ngundi pos nur. hehe.
nak korek...nur undi apa?hahaha
pilih pemimpin yg betul2 layak kan
ermm nk ucpa slmt mgundi pon dah tamat dah..hahaa..alhmdulillah selesai smuanya kan.
Catat Ulasan