Isnin, 23 Disember 2013

Home » , , , , , » Tips Untuk Mereka Yang Baru Berkahwin

Tips Untuk Mereka Yang Baru Berkahwin





Assalamualaikum.

Sekarang ni, kita dah penghujung bulan Disember dah kan. Sekali gus bermakna kita ni dah sampai ke penghujung tahun 2013. Dan bila sebut hujung-hujung tahun, seperti mana kita tahu, ramai yang ambil kesempatan melangsungkan perkahwinankan. Makanya jemputan kahwin ibarat cendawan tumbuh dah haa..!

Jadi, atas kesempatan ini, aku ambil peluang ni mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat mereka yang sudah ataupun yang akan melangsungkan perkahwinan. Doa aku, moga kalian sentiasa berada dalam RahmatNya dan berbahagia sampai syurga..Amin..!

Okay, sini ada TIPS BUAT KALIAN YANG BARU SAJA MELANGKAH ALAM PERKAHWINAN ni tau. Tapi tips ni, idoklah dari aku, Lagipun aku sedar, aku dok layak lagi bagi tips. Cuma TIPS ni aku COPY & PASTE dari PAKAR MOTIVASI dan dikongsikan disini. Moga-moga tips ini, dapat beri manfaat buat kalian dan juga aku suatu hari nanti..InsyaAllah…


ANTARA TIPS UNTUK MEREKA YANG BARU BERKAHWIN :

  • Mengenal diri yang baru - Jangan bertindak macam orang yang masih bujang. Pasangan akan kecewa & stress
  • Mengenal pasangan - Perangai SEBENAR pasangan akan terserlah bila dah kahwin. Belajar untuk menerima dia seadanya.
  • Mencari keserasian dengan pasangan - Allah temukan anda untuk lengkap melengkapkan, imbang mengimbangi, didik mendidik.
  • Mengimbangi antara rumahtangga dan kerjaya - Kecemerlangan di tempat kerja bermula di rumah. Bahagiakan rumahtangga untuk cemerlang dalam kerjaya.
  • Memahami & rapatkan hubungan dengan Mertua dan ipar duai.
  • Belajar kaedah menangani konflik dalam rumahtangga. Minta nasihat pakar atau orang tua.
  • Belajar untuk menegur pasangan secara hikmah. Jika tak tegur sejak awal, amat sukar nak tegur di kemudian hari. Sentiasa carai masa & tempat yang sesuai, baca doa pelembut hati, puji dulu sebelum menegur. In sya Allah dpt di terima pasangan dengan hati terbuka.
  • Menjadi pelengkap (synergy) - Bantu pasangan untuk serlahkan kehebatan dirinya.
  • Belajar memainkan berbagai peranan - Sebagai pasangan, kawan, kekasih, pemimpin, pengikut, penasihat, pemujuk, pendorong, pendengar yang setia & pembela setiap masa.
  • Bentuk undang2 & peraturan dalam rumahtangga agar tak ulang kesalahan & tak perlu di tegur selalu.
  • Jaga ibadah dengan sempurna & sentiasa doa mendoakan.
  • Bentuk rutin2 romantik agar rumahtangga sentiasa ceria & sayang takkan sirna.
  • Belajar untuk tolak ansur & kawal EGO DIRI. Jika pasangan marah, yang sorang lagi WAJIB SENYAP. In sya Allah takkan gaduh. Mana boleh gaduh sorang2, kecuali gila!!!!
  • Berterusan belajar untuk cari ilmu tentang rumahtangga.
  • Cari mentor atau penasihat yang dapat di rujuk bila perlu.



Moga Allah rahmati & bahagiakan rumahtangga kita. Aameen.

Wassalam.



Kata Hati : Tak lupa SELAMAT PENGANTIN BARU buat Blogger Ayut…! Moga berbahagia sampai syurga..Amin..!!



.

20 ulasan:

msredcheesecake berkata...

Usaha jadikan rumahtangga islam dan doa dengan Allah

nanieydotcom berkata...

suke tang tips gaduh sorang2 tu gile.. :)
sane sini kahwin.. apapun tahniah buat yang telah melangsungkan perkhwinan.. :)

Nour Adieb berkata...

time cuti cenggini, bertimbun jemputan kawen dhntr ke umah :)

Chic Na berkata...

mari lah kita sesama belajar tips ni.. hahaha.. tq nur.. :)

hazwan hairy berkata...

amik ilmu tuk masa depan..hehe

Unknown berkata...

tq nur...tip yg bagus juga bt pasangan yg tlh lama berkahwin

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

bgus tip ni semua..

Unknown berkata...

amboiii.. mcm pakar hal rumah tangga nur nih.. hihi.. tp kan, x semestinya pakar jer boleh bg tips2 mcm ni kan.. kan..hihi.. thanks sharing..berguna ni utk pengantin lama jugak mcm deqla ni.. ;)

Unknown berkata...

excited klik link ni, ingatkan dpt good news nur nak kawen..hihii
tips yg bagus ni..kan kan..

QasehnyaRania berkata...

selamat pengantin baru buat ayut.
bagus tips ni. thanks cik nur share kat sini pula. bukan utk yg baru je ciknur, sesuai utk yg dah lma juga ni. hihi

Miss Syahbanu berkata...

perkongsian yg bermanfaat untuk semua =)

cik violet berkata...

thanks for sharing :)

Zaza Iman berkata...

satu ilmu yg dapat digunakan nanti... :)

Unknown berkata...

jadi dr cinta pulak kak nur ye. hehe

Solehah Shamsuddin berkata...

Laki kuat ego. Jadi dgn perkahwinan lah Ego lelaki akan mudah diturunkan. Smoga kita dapat suami yg baik2 :)

fizafantagiro berkata...

bagus tips nih . Nur nanti leh praktik kan ni :p

caliph shuriken berkata...

nice sharing, nur ^^

Cik Ai berkata...

thanks ye kongsikan benda2 pekdah ni.kekeke akan digunakan sebaiknya..auwwww

jaakechik berkata...

tips yang bagus ciknur... thanks for sharing...

Liyana Anuar berkata...

banyak tips ni..hhuhu~