Assalamualaikum.
Sekarang ni, kita dah penghujung
bulan Disember dah kan. Sekali gus bermakna kita ni dah sampai ke penghujung
tahun 2013. Dan bila sebut hujung-hujung tahun, seperti mana kita tahu, ramai
yang ambil kesempatan melangsungkan perkahwinankan. Makanya jemputan kahwin
ibarat cendawan tumbuh dah haa..!
Jadi, atas kesempatan
ini, aku ambil peluang ni mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat mereka yang
sudah ataupun yang akan melangsungkan perkahwinan. Doa aku, moga kalian
sentiasa berada dalam RahmatNya dan berbahagia sampai syurga..Amin..!
Okay, sini ada TIPS BUAT
KALIAN YANG BARU SAJA MELANGKAH ALAM PERKAHWINAN ni tau. Tapi tips ni, idoklah
dari aku, Lagipun aku sedar, aku dok layak lagi bagi tips. Cuma TIPS ni aku COPY & PASTE dari PAKAR MOTIVASI dan dikongsikan disini.
Moga-moga tips ini, dapat beri manfaat buat kalian dan juga aku suatu hari
nanti..InsyaAllah…
ANTARA TIPS UNTUK MEREKA
YANG BARU BERKAHWIN :
- Mengenal diri yang baru - Jangan bertindak macam orang yang masih bujang. Pasangan akan kecewa & stress
- Mengenal pasangan - Perangai SEBENAR pasangan akan terserlah bila dah kahwin. Belajar untuk menerima dia seadanya.
- Mencari keserasian dengan pasangan - Allah temukan anda untuk lengkap melengkapkan, imbang mengimbangi, didik mendidik.
- Mengimbangi antara rumahtangga dan kerjaya - Kecemerlangan di tempat kerja bermula di rumah. Bahagiakan rumahtangga untuk cemerlang dalam kerjaya.
- Memahami & rapatkan hubungan dengan Mertua dan ipar duai.
- Belajar kaedah menangani konflik dalam rumahtangga. Minta nasihat pakar atau orang tua.
- Belajar untuk menegur pasangan secara hikmah. Jika tak tegur sejak awal, amat sukar nak tegur di kemudian hari. Sentiasa carai masa & tempat yang sesuai, baca doa pelembut hati, puji dulu sebelum menegur. In sya Allah dpt di terima pasangan dengan hati terbuka.
- Menjadi pelengkap (synergy) - Bantu pasangan untuk serlahkan kehebatan dirinya.
- Belajar memainkan berbagai peranan - Sebagai pasangan, kawan, kekasih, pemimpin, pengikut, penasihat, pemujuk, pendorong, pendengar yang setia & pembela setiap masa.
- Bentuk undang2 & peraturan dalam rumahtangga agar tak ulang kesalahan & tak perlu di tegur selalu.
- Jaga ibadah dengan sempurna & sentiasa doa mendoakan.
- Bentuk rutin2 romantik agar rumahtangga sentiasa ceria & sayang takkan sirna.
- Belajar untuk tolak ansur & kawal EGO DIRI. Jika pasangan marah, yang sorang lagi WAJIB SENYAP. In sya Allah takkan gaduh. Mana boleh gaduh sorang2, kecuali gila!!!!
- Berterusan belajar untuk cari ilmu tentang rumahtangga.
- Cari mentor atau penasihat yang dapat di rujuk bila perlu.
Moga Allah rahmati & bahagiakan rumahtangga kita. Aameen.
Wassalam.
Kata Hati : Tak lupa SELAMAT PENGANTIN BARU buat Blogger Ayut…! Moga
berbahagia sampai syurga..Amin..!!
.
20 ulasan:
Usaha jadikan rumahtangga islam dan doa dengan Allah
suke tang tips gaduh sorang2 tu gile.. :)
sane sini kahwin.. apapun tahniah buat yang telah melangsungkan perkhwinan.. :)
time cuti cenggini, bertimbun jemputan kawen dhntr ke umah :)
mari lah kita sesama belajar tips ni.. hahaha.. tq nur.. :)
amik ilmu tuk masa depan..hehe
tq nur...tip yg bagus juga bt pasangan yg tlh lama berkahwin
bgus tip ni semua..
amboiii.. mcm pakar hal rumah tangga nur nih.. hihi.. tp kan, x semestinya pakar jer boleh bg tips2 mcm ni kan.. kan..hihi.. thanks sharing..berguna ni utk pengantin lama jugak mcm deqla ni.. ;)
excited klik link ni, ingatkan dpt good news nur nak kawen..hihii
tips yg bagus ni..kan kan..
selamat pengantin baru buat ayut.
bagus tips ni. thanks cik nur share kat sini pula. bukan utk yg baru je ciknur, sesuai utk yg dah lma juga ni. hihi
perkongsian yg bermanfaat untuk semua =)
thanks for sharing :)
satu ilmu yg dapat digunakan nanti... :)
jadi dr cinta pulak kak nur ye. hehe
Laki kuat ego. Jadi dgn perkahwinan lah Ego lelaki akan mudah diturunkan. Smoga kita dapat suami yg baik2 :)
bagus tips nih . Nur nanti leh praktik kan ni :p
nice sharing, nur ^^
thanks ye kongsikan benda2 pekdah ni.kekeke akan digunakan sebaiknya..auwwww
tips yang bagus ciknur... thanks for sharing...
banyak tips ni..hhuhu~
Catat Ulasan