Isnin, 21 Jun 2010

Home » » .:: CERPEN : IZINKAN AKU BAHAGIA ::.

.:: CERPEN : IZINKAN AKU BAHAGIA ::.





PERHATIAN: Cerpen " Biarkan Aku Bahagia" adalah hak milik blog http://www.cahayacita2.blogspot.com/.
Sebarang penyalinan semula tanpa izin penulis akan diambil tindakan.


Suramnya petang itu, seakan-akan memahami apa yang sedang Addina lalui sepanjang hari ini. Mungkin bagi Addina, hari ini hari yang cukup malang baginya. Mana tidaknya, sebaik saja dia menjejakkan kaki di tempat kerja barunya, dia di buli bertubi-tubi dari rakan yang sepejabat dengannya. Mukanya sentiasa tersenyum walaupun dia di dera dengan bermacam-macam kerja. Ayu wajahnya cukup terserlah walaupun Addina Nampak keletihan.

                                                         ***************

“Huh..mentang-mentang la aku pekerja baru, suka-suka nak buli aku.memang tak berhati perut” Bentak Addina sebaik saja tiba di hadapan pintu rumahnya.

“Hai Dina, dah la tak bagi salam. Masuk-masuk terus nak marah. Ape ni, kitakan orang islam, kot ya pun marah jangan la sampai lupa nak bagi salam.tak baik macam tu” Tegur Nora rakan serumah Addina sebaik saja melihat Addina masuk ke dalam isi rumah mereka.

Nora adalah rakan serumah Addina. Mereka sudah tinggal bersama hampir 5 tahun. Usia Nora 5 tahun lebih tua daripada Addina. Hubungan Addina dan Nora memang akrab. Mereka Mengenali ketika sama-sama bekerja di sebuah kilang elektronik dipinggir pekan Kamunting.

“Penat la kak.rasa malas nak pergi kerja” Jawab Dina ringkas sambil melabuhkan punggungnya ke sofa usang yang lembut itu.

“Kenapa Dina? Apa masalah kamu? Dulu kamu yang beriya nak kerja di pejabat.sekarang apa dah jadi?” Tanya Nora dalam nada yang agak tegas.

Depa tu kak, mentang-mentang la Dina ni pekerja baru.macam-macam depa buli Dina. Suruh buat air la, basuh tandas la, menyapu la. Haiish, macam-macam kak. Kalau kak kat tempat Dina, kak pun tak tahan.” Rengek manja Addina kepada Nora. Semestinya Addina memang begitu manja dengan Nora. Hubungan mereka sudah seperti kakak dan adik dalam sebuah keluarga yang bahagia.

“Kamu ni Dina, manja sangat. Biasa la tu. Hari pertama kamu tak ingat waktu kamu mula kerja kat kilang lama tu? Kamu kena buli juga kan? Sampai menangis kamu.dan lepas tu, ok je kamu kak tengok.bertahan sampai 5 tahun kat kilang tu” Pujuk Nora kepada adik kesayangannya.

“Memang la kak, tapi waktu tu kak ada,kak sorang je yang pertahankan Dina. Dekat pejabat tadi semua buli Dina” Rungut Dina sambil megenangkan kisah lamanya ketika bekerja di kilang elektronik tersebut.

“Bertahan la Dina, esok ok la tu” Kata Nora sambil berlalu pergi.

                                                           ******************

Malam itu,entah kenapa mata Addina tidak mengantuk.sedangkan dari pagi hingga petang dia terlalu keletihan akibat dibuli rakan-rakan baru di tempat kerjanya. Matanya terkebil-kebil seakan-akan ada sesuatu yang sedang difikirkannya. Hati Addina sedang becelaru.dia tidak pasti sama ada dia mahu terus bekerja di tempat itu ataupun tidak. Jika difikirkan apa yang telah terjadi,  ada bisikan-bisikan halus yang menyuruh berhenti dari situ. Tapi bila Addina mengenangkan kembali saat-saat pertama kali dia mendapat tawaran bekerja disitu,hatinya luluh. Kerana itulah impiannya sejak dari dulu lagi. Mahu bertugas di dalam pejabat yang mempunyai penghawa dingin.mahu ada meja dan kerusi sendiri. Mahu berpakaian cantik ketika ke tempat kerja. Itulah yang dia impikan. Kini lain pula jadinya. Addina benar-benar buntu.

Teringat kembali waktu pertama kali menjejakkan kakinya dipejabat Guaman pagi tadi, Addina di panggil untuk sesi suai kenal di antara kakitangan swasta di situ. Di sebelah Addina seorang lelaki yang berpakaian segak dan tegap mula bersuara.

“Assalamualaikum semua. Minta perhatian sebentar. Saya ingin membuat satu pengumuman.” Lantang suara lelaki yang bernama Luqman itu memenuhi segala ruangan pejabat itu.

“Ok.Di sebelah kanan saya ini adalah seorang pekerja baru dalam syarikat kita. Dia akan di tempatkan di bahagian Pembantu Pengurusan Am, mengantikan tempat Puan Aisyah yang telah berpindah ke Johor baru-baru ini. Saya harap staff-staff disini dapat memberi tunjuk ajar kepadanya.” Sambung Encik Luqman kepada semua.

Encik Luqman adalah ketua yang mengemudi anak syarikat Guaman milik bapanya. Berbadan tegap dan berpakaian kemas memang sesuai dengannya membuatkan Addina berasa senang disisinya.

“ Baiklah Addina, sekarang kenalkan diri kamu pada semua” Arah Encik Luqman kepada Addina yang dari tadinya hanya membatukan diri disebelah Encik Luqman.

“Errr…sa..sa..saya..Add…..”Addina kaku. Entah kenapa, tiba-tiba Addina menjadi gagap. Setahunya dia seorang yang suka berceloteh. Dia gementar. Dia gundah. Kerana ketika itu bebola mata  semua memandang tepat kearahnya. Mata-mata itu seolah-olah mahu membahamnya. Addina diam. Mata-mata itu masih tetap merenung tajam kearahnya. Seolah-olah menunggu masa untuk di baham.

“Awak ok?"

Kedengaran suara garau dari salah seorang staff disitu. Matanya juga sedang merenung tajam kearah Addina. Dia mengangguk lemah. Dia berdiam seketika, seolah-olah sedang mahu mengumpul tenaga untuk melontarkan suaranya yang tenggelam jauh didalam isi perutnya. Perlahan-lahan Addina mengangkatkan kepalanya.

“Assalamualaikum, semua. Saya mohon jutaan kemaafan dari kalian.. Saya gementar seketika.” Bagaikan ada satu kekuatan yang mendorong Addina bersuara ketika itu.

“Nama saya Nurul Addina Bt Hisyam. Berusia 24 tahun, masih lagi bujang. Kalian semua boleh panggil saya Dina saja. Dan saya harap kalian semua dapat memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya berkhidmat di sini. Segala tunjuk ajar daripada kalian amat saya hargai. Terima kasih.” Lantang suara addina memenuhi segala ruang didalam pejabat itu.

                                                          *******************



Setelah selesai dari sesi suai kenal pada pagi itu, Addina di bawa oleh salah seorang pekerja ke tempat baru bagi Addina. Sesudah tempat yang bakal menjemputnya pada hari-hari mendatang di beri. Addina cuba beramah mesra dengan lelaki yang membawanya ke situ.

“Err..apa nama awak tadi, maaf saya lupa.” Addina memulakan bicara. Tetapi jawapan yang Addina dapat adalah hampa. Kerana lelaki itu berlalu tanpa memandang kearahnya.

“Huh..! Sombong, ada juga manusia spesis tu dalam office ni. Harap-harap yang lain ok la” Bisik Addina sendirian di saat soalannya itu tidak dijawab.

“Macam mana Addina? Awak selesa?” Addina tersentak di kala ada suara yang mencelah ketika dia sedang mengomel sendirian.

“Encik Luqman. Ok, selesa semuanya. Terima kasih banyak-banyak Encik Luqman,sebab sudi terima saya bekerja di sini. Mungkin saya ni tak setaraf dengan yang lain. Tapi insyaALLAH, saya akan cuba buat yang terbaik sehabis mungkin selama saya berkhidmat di sini.” Kata Addina dengan penuh semangat kepada Encik Luqman.

“Kalau saya tak bagi peluang pada awak, macamana awak nak buktikan awak boleh dan mampu buat kerja ni kan? So, Addina, saya harap awak dapat berikan yang terbaik pada syarikat ni. Walaupun syarikat ni tak segah macam syarikat-syarikat yang lain.” Balas Encik Luqman dengan penuh kesungguhan.

“Baiklah Dina, saya harap awak dapat sesuaikan diri awak disini. Kalau ada apa-apa yang awak tidak faham atau tidak tahu.jangan segan silu bertanya pada mereka yang tahu. Saya minta diri dulu. Ada Mesyuarat tengah hari nanti.” Encik Luqman kemudiannya berlalu pergi meninggalkan ruangan itu sekali gus terus hilang dari pandangan mata Addina.

                                                            ******************

“Tokk…tokk..tokk…”

Lamunan Addina terhenti di saat pintu biliknya di ketuk.

“Masuklah kak Nora, Dina tak tido lagi ni” Pelawa Addina dari dalam kamarnya. Sememangnya dia sudah tahu kakak kesayangannya itu akan menyinggah ke kamarnya setiap kali dia dirundung masalah.

“Maaflah kalau kak menganggu kamu,kak tengok bilik kamu terang lagi. Tu yang kak nak cuba terjah kamu.” Tersengeh-sengeh Nora sambil mengisikan dirinya kedalam kamar Addina.

Tak ganggu la kak, saya takde buat apa pun, tengah landing-landing je. Solat Isyak pun belum lagi. Mana boleh tidur” Jawab Addina bersahaja sambil membetulkan kedudukannya di katil .

“Kamu berangan ke?” Tanya Nora. Padahal dia sudah masak dengan perangai sahabat yang sudah dianggap seperti adiknya itu jika di rundung masalah. Pasti dia akan mengurungkan dirinya seharian di dalam bilik.

Addina memandang lemah kepada Nora. Dia tahu Nora pasti akan datang menasihatinya. Nasihat Nora padanya amat bermakna. Kerana segala kritikan yang Nora berikan padanya amat membina. Sebab itulah salah satunya mengapa Addina begitu sayangkan Nora.

“Tak la kak,baring-baring je…” Balas Addina sambil matanya melirik kearah jam di dinding.

“Eh..dah lewat ni, kenapa kak tak tidur lagi?” Sambung Addina seakan-akan mahu mengubah topik perbualan di antara dia dan Nora.

“Sepatutnya kak yang kena tanya kamu, kenapa kamu tak tidur lagi, sedangkan esok kamu kerja dan perlu bangun awal” Luncur laju setiap ayat yang keluar dari bibir mungkil Nora untuk Addina.

Addina terdiam. Terdapat air yang bertakung di dalam kolam matanya. Makin lama air itu mahu mencurah ke pipi Addina. Belum sempat takungan itu melimpah. Addina segera menekup mukanya dengan kedua belah tapak tangannya. Nyata, Addina menangis.

“Eh..Dina, kenapa ni? Kak minta maaf la kalau kak buat kamu sakit hati. Kak cuma bertanya je. Kalau kamu tak nak bagitahu tak pe, kak tak paksa” Pujuk Nora cemas bila melihat Addina menangis.

Cepat-cepat Addina mengesat mutiara jernih yang megalir di pipinya.

“Tak..tak..! Dina tak marah kakak. Dina tak kecil hati pun kalau kak bertanya. Cuma..cuma…” Addina menundukkan mukanya ke lantai. Airmatanya masih mengalir.

“Cuma apa dik? Cuba kamu bagitahu pada kakak, apa yang sedang merunsingkan fikiran kamu sekarang ini?” Perlahan Nora mengangkat wajah Addina lalu mengesat airmata yang membasahi pipi Addina dengan tangannya.

“Kak, Dina rasa, Dina tak nak kerja disitu lagi la kak. Dina takut diorang tak dapat terima Dina . Dina takut kak.” Rayu Addina kepada Nora dalam nada yang sangat sayu.

“Eh, jangan macam tu. Mana Dina yang kak kenal ni? Mana Dina yang tak takut di cabar? Mana Dina yang sentiasa berani dan tabah?” Ujar Nora terkejut apabila Addina menyatakan hasratnya.

Sepanjang Nora mengenali Addina, tidak pernah sekalipun Addina hilang semangat. Dia seorang gadis yang aktif dan kadang kalanya lagaknya seperti tomboy.

“Dina, jangan macam ni dik. Anggap je apa yang terjadi hari ni adalah sesi suai kenal antara Dina dan mereka. Kak pasti, esok hari permulaan yang baru dan baik buat kamu dik” Pujuk Nora. Ternyata Nora risau kenapa Addina jadi begitu. Kerana itulah pertama kali Nora melihat adiknya itu seperti hilang semangat.

“Dah..dah. Sekarang ni, kak nak Dina pergi ambil wuduk dan solat Isyak.mohon pada ALLAH, moga apa yang kamu rasa malam ini adalah usikan syaitan semata-mata..” Tegas Nora sambil menarik tangan Addina untuk bangun dari katilnya.

                                                            *****************

“Dina..Dina…Dina..! Bangun Dina, nanti kamu terlewat….” Terdengar namanya dipanggil berulang kali dari suara yang cukup di kenalinya.

“Dinaaa…bangun…!!” Bingkas Dina bangun kerana terkejut dengan suara nyaring yang sentiasa mengejutkan dia dari lena di buai mimpi.

“Dina dah bangun ni kak Jangan la jerit-jerit. Sakit tau, telinga comel Dina ni" Gurau Dina sambil mengeliat  malas. Ternyata dia tidak puas beradu, kepalanya pusing dan dia masih mengantuk.

“Kalau kak tak bising, alamatnya kamu terlepas subuh nanti.  Pastu sampai ke tempat kerja pun lambat. Jap lagi kak nak gerak ke kilang dah. Cepat bangun Dina!!” Bebel Nora pada Addina yang masih tidak berganjak dari katilnya.

“Huh..!! Kerja??” Addina tersentak. Bingkas dia segera mencapai tuala yang di letak rapi tempat rak tuala. Lalu dia gegas masuk ke dalam perut bilik kecil untuk membersihkan dirinya.

“Gedegangggg….!”

Addina menolak pintu biliknya dengan ganas. Nampaknya dia seperti sudah terlewat untuk ke pejabat.

“Dina..! Kak pergi dulu, nanti kamu jangan lupa kunci pintu ya!” Jerit Nora dari luar rumah mereka. Walaupun tempat kerja Nora tidak jauh dari rumah, sudah menjadi kebiasaan Nora mahu sampai awal di tempat kerjanya. Alasannya, tidak mahu berebut masuk ke dalam department masing-masing.

“Ok kak, nanti Dina kuncikan..” Teriak Addina dari dalam biliknya.

Selesai menunaikan solat Fardu Subuh, Addina segera melipat persalinan yang putih suci itu dan menyimpannya di dalam beg yang akan di bawa bersama ke pejabat nanti. Baju kurung kedah berwarna biru laut itu dikenakan pada tubuhnya. Addina kelihatan sungguh ayu setelah tudung sedondon dengan warna bajunya di kenakan sekali.

                                                         ******************

Aduh!!. Mana bas ni, teksi pun takde. Kalau nak cepat tu” Ngomel Addina sendirian. Jam di pergelangan tangannya sudah tepat menunjukkan pukul 7.25pagi. Dengan menaiki pengakutan awam, perjalanan ke tempat kerjanya memakan masa selama 30minit. Bebanding jika menaiki kenderaan sendiri, masa yang di perlukan hanya 15minit dari rumahnya. Entah kenapa pagi itu sunyi dan sepi.tidak seperti kebiasaan, ada saja bas dan teksi yang melintasi laluan itu.

“Ish.! Kalau la bas tak datang juga, masak aku hari ni..” Keluh Addina. Dia sendiri berasa hairan kenapa tidak ada satu pun kelibat bas atau apa saja pengangkutan awam yang melalui lorong itu.

“Mana ni!! Selalu banyak bas time macam ni. Ni satu pun takde..” Keluh Addina sambil matanya melihat sekali lagi jam di pergelangan tangan kanannya.

“Ponn..ponn..!!”

Addina tersentak. Dia begitu terkejut dengan bunyi  hon yang datangnya dari sebuah kereta di hadapan perhentian bas itu. Matanya merenung tajam kedalam isi perut kereta itu. Dia tertanya-tanya, sama ada dia mengenali orang itu ataupun tidak. Hatinya mula resah jikalau pemandu kereta Myvi berwarna hitam itu adalah orang jahat yang ingin mengapa-apakan dia. Perlahan Addina mengundur setapak demi setapak kebelakang. Sebaik saja Pintu kereta itu dibuka, hanya kelihatan sebelah kaki pemandu itu sahaja. Addina berpeluh. Ikutkan hatinya, mahu saja  dia lari sekuat-kuat hatinya. Entah kenapa kakinya kaku. Seperti ada batu besar yang menghempap kakinya. Serentak saja pemandu itu keluar dari isi perut Myvi itu, Addina segera memusingkan badannya kearah yang boleh dia menyelamatkan dirinya. Langkahnya perlahan untuk pergi dari situ.

“Nurul Addina Binti Hisyam”

Terdengar suara lelaki memanggil nama penuhnya. Langkah Addina terhenti. Dia tegamam.

“Siapa panggil aku? Nama penuh lagi tu” Monolog Addina sendirian.

“Nak pergi kerja ke? Mari saya tumpangkan” Sambung suara lelaki itu.

Addina segera memusingkan badannya sebaik saja lelaki itu bersuara buat kedua kalinya.

“Awak??”

 Hanya itu yang terucap dari bibir Addina. Dia tergamam. Dia kaget. Rasa lemah lututnya untuk berdiri lagi.

Semalam lelaki yang berada di hadapannya kini terlalu sombong dengannya. Seolah-olah seperti Addina tidak layak bertugas disitu. Dan hari ini, lelaki yang berada di depan matanya ingin menumpangkannya pergi ke pejabat sekali dengannya.

“Mimpikah aku?”

Bisik hati Addina sendirian sambil dia cuba mencubit pergelangan tangannya sendiri.

“Aduh..!!” Nyata, dia tidak bermimpi. Tapi ini realiti.

“Err..boleh kita bergerak sekarang??” Pelawa lelaki itu. Dari riak mukanya, dia benar-benar ikhlas mahu menumpangkan Addina.

Tanpa berbicara apa-apa, Addina terus meluru kearah pintu penumpang kereta myvi itu. Entah apa yang mendorongnya untuk terus bersetuju dengan pelawaan lelaki itu. Addina sebenarnya masih terkejut.

                                                         ********************

“Addina..! Addina…!”

Suara garau lelaki itu membuatkan Addina tesedar dari hayalannya.

“Kita dah sampai pejabat ni. Awak tak nak turun ke?” Sambung lelaki itu.

“Oh ya…Maaf saya tak sedar. Laju betul awak bawa kereta” Jawab Addina sedikit gementar. Padahal dia sendiri tidak tahu berapa laju lelaki itu memandu tadi. Kerana dia khayal. Rasanya seperti mimpi.

“Tak laju la, biasa je. Awak temenung apa tadi?” Tanya lelaki itu bersahaja.

Addina terdiam.dia sendiri tidak tahu mengapa dia jadi begitu.

“Errr..takde ape..cuma…cuma…” Sekali lagi Addina terdiam. Dia sendiri tidak tahu, mengapa dari semalam dia ada penyakit gagap.

“Cuma apa ya..?” Tanya lelaki itu kehairanan.

“Oh ya..! Terima kasih sudi tumpangkan saya. Kalau tak pasti saya lambat tiba ke pejabat hari ini.” Jawab Addina. Dia tidak mahu perbincangan apa yang dimenungkannya tadi menjadi topik perbualan diantara mereka.

“Sama-sama. Itu memang laluan saya hari-hari. Saya lalu disitu. Lepas ni, kalau awak nak tumpang saya hari-hari pun takpe. Saya tak kisah” Ikhlas lelaki itu bersuara. Pelawaannya juga ikhlas.

“Hari-hari??” Bisik Addina sendirian. Dan pasti lelaki itu tidak mendengarnya.

“Kenapa awak tak sudi??” Tanya lelaki itu, sambil muyusun atur untuk masuk ke ruangan pejabat mereka.

“Bukan begitu. Saya tak suka menyusahkan orang lain.” Jawab Addina perlahan. Sebenarnya Addina hairan, mengapa tiba-tiba lelaki itu baik dengannya. Sedangkan semalam, bila ditanya namanya, sedikitpun dia tidak menoleh kearahnya. Lelaki inilah yang membuatkan Addina berhasrat mahu berhenti saja. Dan tiba-tiba,dia jadi terlalu baik.

“Ohh ya..! Saya lupa nak tanya nama awak. Dah la awak susah payah tumpangkan saya. Tapi saya tidak tahu nama awak. Pelik bukan?” Pantas soalan Addina sebelum dia terlupa untuk bertanya.

“ Firas Abdullah. Umur saya 29 tahun. Ermm., Awak boleh panggil saya  Firas saja okey.” Jawap lelaki itu ringkas. Sambil bergegas memasuki ruang pejabat. Sekali gus menuju kearah meja masing-masing.

                                                          ******************

“Alhamdulillah. Selesai segala” Addina memanjatkan rasa kesyukurannya pada Ilahi. Tugas yang diberi oleh Hasnah, rakan sepejabatnya pagi tadi telah siap. Bergegas Addina mejinjing fail-fail yang berkenaan mahu di hantarkan kepada Hasnah yang tidak jauh dari mejanya.

“kak Has, Dina dah siapkan. Kalau ada apa-apa yang salah. Kak Has bagitahu Dina ya.” Kata Dina pada Hasnah sambil meletakkan fail-fail tersebut sudut tepi meja itu.

“Kamu tak keluar lunch ke?” Tanya Hasnah dari tadinya asyik dengan komputer di hadapannya.

“Malas la kak. Lagi pun segan nak pergi sorang-sorang” Addina sememangnya jarang menjamah makanan diwaktu tengah hari. Malas itu cuma alasan semata-mata.

Laa..nanti  masuk angin perut tu. Kak nak teman kamu tak dapat la. Sebab hari ni kak puasa ganti” Lantang suara Hasnah ketika itu.

Padahal mereka berdua bukanlah jauh sebatu. Itulah sikap Hasnah, yang terlebih peramah. Menurut kata Laila, rakan yang duduk di sebelah mejanya, kak Hasnah memang seorang yang banyak mulut. Tapi jika dia berpuasa, keriuhannya kurang sedikit dari biasa. Pejabat akan menjadi sunyi. Tersenyum sendiri Addina bila mengingatkan kembali kata-kata Laila pagi tadi.

“Haa…senyum ape sorang-sorang tu..ingat boyfriend ya?”

Addina tersentak.cepat-cepat dia dia menoleh kearah suara itu.ingin benar dia tahu milik siapa suara itu.

“Firas..! takde lah..pandai-pandai je awak ni” Jawab Addina malu-malu. Bukan kerana tekaan  Firas itu tepat. Tapi dia tidak sangka, dia di tegur begitu.

Selalunya di rumah, kak Nora yang selalu menegurnya. Kerana gemar tersenyum sendirian.

“Alahh…kalau dia ingat boyfriend pun, hang peduli apa..hang kan…” Tiba-tiba suara Hasnah lantang dari sebelumnya. Memang betul-betul bingit telinga Addina dan Firas. Belum sempat Hasnah mahu menghabiskan ayatnya

“Syhhhhh….!! Kuatnya kak…!! Pelan-pelan la sikit. Saya dengan Dina ni depan mata akak je ni. Tak payah la terpekik-pekik” Tegur Firas sambil meletakkan jari telunjuknya di bibirnya yang merah itu.

Nyata Firas bukan seorang perokok.

“Akak tahu la, tapi kamu tuu….” Sekali lagi, Hasnah mahu berbicara.  Tapi malangnya Firas mencelah.

“Ala kak, kami lapar ni. Satgi kenyang dengan bebelan akak pulak”  Tidak tentu arah Firas bila Hasnah mahu berbicara. Mungkin dia risau segala keburukannya terbongkar di hadapi gadis cantik yang baru saja bertugas di situ.

“Itu la kamu, asal akak buka mulut je, kamu kata akak membebel. Dah-dah, tak kuasa akak nak layan kamu.” Mencuka muka Hasnah. Bila dia dikatakan membebel.

“Alolololo… Merajuk pulak kak Hasnah kita ni. Akak ni macam tak biasa dengan saya kan. Saya gurau je la” Ada sedikit ketawa bila Firas melihat Hasnah mula memuncungkan bibirnya.

“Dah-dah, kata tadi laparkan. Kang time lunch habis, kamu kata akak lagi. Syuhh..syuhh..!” Isyarat mulut di buat,supaya Firas segara beredar dari situ. Bukan niat Hasnah menghalaunya. Tapi masa untuk makan tengah hari sudah 15minit berlalu.

“Yelah. Jom Dina, kita pergi makan. Lagipun kak Has dah halau kita tu” Ajak Firas kepada Addina. Dan memang itulah niatnya bila mula-mula dia menegur Addina sebentar tadi. Cuma malu mahu berterus terang.

“Sa..saya??” Addina tergamam.sekali lagi, fenomena gagapnya kembali. Mahu saja dilempangkan pipinya yang gebu itu untuk nyatakan dia tidak berkhayal.

“Ishh..kamu ni…! Memang gagap ke? Dari semalam macam ni.” Lantang suara Hasnah sambil mencubit pergelangan tangan Addina.

“Aduhh..!!”

Cepat-cepat tangannya di tarik dan di usap di tempat yang sakit itu.

“Jom la, saya belanja awak ” Sekali lagi Firas mempelawanya. Riak wajahnya memang dia benar-benar ikhlas.

“Okey” Ringkas. Itu saja yang terkeluar dari bibir comel Addina.

Seiring mereka berjalan menuju ke meja Addina. Beg tangan berwarna hitam di galas Addina. Dia segera menuju ke pintu utama untuk keluar makan bersama Firas.

“Akak..! Dina pergi dulu” Jerit kecil Addina dari muka pintu utama.

“Okay. Hati-hati dengan Firas tu” Cuma suara kedengaran mukanya masih mengadap skrin di monitor hadapannya.

“Hati-hati?” Bisik hati Addina.

                                                     **********************

Hampir setahun Addina bertugas di Pejabat Guaman milik Encik Luqman. Hubungannya dengan staff yang lain juga sudah begitu akrab. Mengimbas kembali hari pertama mula-mula dia menjejakkan kali pertama disitu. Segala perasaan ada. Tidak pasal-pasal kakak kesayangannya, Nora kena memujuknya.

Tersenyum Addina sendirian. Hubungannya dengan Firas juga sudah kian mendalam. Setiap pagi jejaka bebadan tegap itu mengambilnya dan juga menghantarnya hingga di hadapan rumahnya. Firas seorang jejaka yang baik, memahami isi hatinya dan mahu menerima dirinya seadaannya. Itu yang membuatkan Addina begitu senang dengan Firas. Mula-mula Addina mengenali Firas, dianggapnya lelaki yang tegap dan macho itu sombong. Ini kerana Firas tidak mengendahkan soalan yang Addina ajukan ketika mula-mula dia bekerja disitu.

Kini, hubungannya dengan jejaka itu, semakin mesra. Cumanya, ketika di pejabat. Mereka berdua seolah-olah hanya seperti rakan sepejabat yang lain. Itu atas permintaan Firas sendiri. Menurut Firas,  tidak perlu hebahkan kisah cinta mereka di pejabat. Takut nanti ada yang tidak puas hati. Addina, Cuma mengiyakan saja. Hanya yang tahu mengenai kisah cintanya adalah rakan serumahnya yang sudah di anggap seolah-olah seperti saudara kandungnya sendiri. Nora.

“Haa…kamu berangan ya Dina”  Tiba-tiba wajah kak Nora muncul dimuka pintu biliknya.

“Akak ni…! Terkejut Dina tau. Kalau la Dina ada sakit jantung. Dah tentu arwah la adik akak ni” Ngomel Addina bila dia di sergah Nora pagi itu.

“Alolololo….! Suka cakap macam tu. Betul-betul dapat sakit jantung baru tahu. Hari ni, kamu tak keluar dengan buah hati kamu ke? “ Tanya Nora sambil melabuhkan punggungnya di tilam empuk Addina.

“Tak. Hari minggu dia balik kampung la kak. Jenguk mak dia di kampung.” Jawab Addina lembut serta manja. Memang begitulah perangai Addina bila dia disamping Nora.

“Haii..minggu lepaskan dia dah balik. Tak kan minggu ni dia balik kampung lagi” Nora hairan, sepanjang dia melihat Addina bercinta dengan Firas, tidak pernah sekalipun dia melihat Addina dan Firas keluar bersama pada hujung minggu.

“Iya..minggu lepas, dan minggu-minggu sebelumnya memang dia akan pulang ke kampung. Tiap-tiap minggu dia akan pulang ke kampungnya di Perlis. Lagipun nak keluar hari-hari minggu ni, leceh la kak. Orang ramai sangat. Akak macam tak kenal Dina ni, tak suka la keluar-keluar dating ni..hehehe..” Tergelak kecil Addina sambil melentokkan kepalanya di bahu Nora.

“Peliklah kamu ni, mahu bercinta. Tapi tak mahu keluar dating. Firas tahu ke kamu memang macam ni?” Tanya Nora kehairanan. Baru dia tahu Addina memang tidak suka berdating. Kerana sebelum ini, gadis comel itu tidak pernah bercinta. Inilah cinta pertamanya. Moga berkekalan mereka berdua hendakNYA. Itu doa Nora.

“Tentulah tahu, lagipun dia pun tiap-tiap minggu balik kampung . Tak pe la. Berfaedah juga tu. Firas tu kak, faham sangat Dina ni macam mana. Dia tahan dengan perangai Dina yang kadang-kadang Dina rasa tak semua lelaki boleh terima Dina. Tapi, Firas lain. Dia faham Dina. Sebab tu Dina sayang sangat-sangat dengan dia kak.” Celoteh Dina secara teperinci pada Nora.

“Ermm..yela.! Orang tengah di lamun cinta. Semua ok. Semua sayang.” Menjuis bibir Nora pada Addina. Seolah-olah memperli Addina.

“Akak jeles ek?” Addina cuba serkap jarang Nora dengan soalannya.

“Eiii..tak de maknanya akak nak jeles dik. Nun..kat kilang tu, berlambak-lambak hero-hero Hindustan yang boleh akak pilih. Tapi tak de yang akak bekenan je” Tergawang-gawang tangan Nora mempertahankan dirinya. Tapi dia memahami, Addina sekadar bergurau.

                                                             **************

Pagi itu, seawal jam 7.15 pagi Addina seperti biasa menunggu Firas di perhentian bas berhampiran rumahnya. Di situlah pertama kalinya Firas Abdulllah menumpangkannya untuk ke pejabat. Apa yang ada disitu, menjadi saksi segalanya. Terlalu banyak kenangan manis disitu.

“Ishh..lambat betul. Mana ni..selalu time macam ni dah dalam perjalanan dah” Mengomel Addina sendirian bila melihat jam di pergelangan tangannya menunjukkan hampir ke pukul 7.45 pagi.

Kebiasaannya Firas akan datang menjemput Addina sekitar jam 7.30 pagi. Tapi entah mengapa, pagi itu kelibat keretanya tidak kelihatan. Telefon bimbit dikeluarkan dari beg tangan Addina. Pantas jari jemarinya mencari nama kekasih hatinya.

"FIRAS"


Butang panggil ditekan. Sekaligus pantas telefon itu berubah posisi kecuping telinga Addina.



“Hello Dina, Firas on the way. Tunggu ya..!!” Belum sempat Dina bersuara, segara talian diputuskan. Hati Dina gusar. Takut ada yang tidak baik menimpa Firas.

“ Ya ALLAH…Lindungilah kekasih hambaMU..!” Doa Addina di dalam hatinya.

Penuh kesabaran Addina menunggu dia di jemput kekasihnya. Rasa lega mula menjelma bila dia melihat kereta Firas menuju kearahnya.

“ Alhamdullillah" Syukur Addina dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Kekasihnya baik-baik saja.

Setelah Addina memasuki isi perut Myvi berwarna hitam itu, segera Firas mengerakkan keretanya. Kali ini, kelajuan pemanduan Firas tidak seperti Selalu. Laju dari biasa. Kerana mereka sudah terlambat.

“Firas minta maaf ya sayang. Firas adahal pagi tadi” Firas memulakan bicaranya. Voleum radio di perlahankan.

“Err…sayang??” Addina kehairanan, itulah pertama kali Firas memanggilnya begitu. Berbunga hatinya bila mendengar orang yang di kasihinya memanggilnya "sayang". Dia berpura-pura kebingunggan. Tapi hatinya berbunga.

“Kenapa? Salah ke kalau abang panggil sayang?” Tanya Firas ikhlas pada Addina. Dengan harapan Addina mempersetujuinya dan tidak memarahinya kerana terlewat.

“Tadi sayang, sekarang abang pula? Ish…tak faham Dina?” Makin berpura-pura Addina tidak mengerti semua itu. Sedangkan hatinya sangat gembira. Puas mengawal rasa gembiranya. Padahal mahu saja dia menjerit gembira didalam kereta itu. Tapi itu semua tidak mungkin. Maruah kena jaga!

“Ya..mulai saat ni, hari ni, Dina panggil Firas ‘Abang’. Dan abang akan panggil Dina ‘sayang’. Boleh?” Terang Firas kepada Addina yang dari tadinya kehairanan.

“Tapi kenapa? Malu la Firas…errr..” Tergagap seketika Addina ketika itu. Memang sukar untuk menukar kata ganti diri seseorang.

“Abang la…Abang okey. Mula-mula memang la tak biasa. Lama-lama nanti okey la. Tapi hanya bila kita berdua saja tau. Di pejabat panggil nama la. Jangan panggil Abang pula. Nanti tak pasal kena perli” jelas Firas pada Addina yang masih tersipu-sipu malu.

“Baik abang” Tertunduk Addina malu. Merah padam mukanya.

“Haa macam tu la.” Tersenyum Firas tanda kepuasan.

                                                           ****************

Tengahari itu, tiba-tiba kerja dipejabat menjadi banyak. Masing-masing sibuk melalukan kerja yang ditugaskan. Sekali sekala Addina mejeling kearah kekasih hatinya yang selang hanya lima buah meja dari mejanya. Kusyuk. Kelihatan Amer sedang tekun membuat kerja.

Semua di arahkan oleh Encik Luqman, supaya tidak keluar makan tengah hari sebelum menyiapkan kerja masing-masing. Ini kerana tugas yang diberi pada setiap orang amatlah penting. Mereka dibenarkan keluar rehat sebaik saja tugas yang diberikan selesai. Kalau habis pukul 4 petang. Maka pukul 4 petang la baru boleh makan tengahari.

Ini kali pertama Encik Luqman begitu tegas dengan semua. Selalunya dia seorang yang ceria dan suka tersenyum. Tapi kali ini. Perangai dan moodnya sangat berbeza. Dia bukan Encik Luqman yang semua kenal. Mungkin kerana desakan dari pihak pelanggan yang menbuatnya menjadi begini.

“ Alhamdullillah..selesai juga akhirnya” Rasa kesyukuran dipanjatkan pada Sang Pencipta. Addina melarik matanya melihat jam dilengan kirinya. Sudah hampir ke jam 3 petang.

Dilihat sekelilingnya, Ada yang masih tekun menyiapkan kerja. Dijelingnya kearah Firas Pun sama, masih belum selesai.

“ Dina, dah siap ke?” Laila bersuara.

“ Alhamdullillah..dah. Laila?” Tanya Addina kembali.

“ Sikit lagi.” Jawap Laila keletihan.

“ Buatlah pelan-pelan. Nanti siap la tu.” Pujuk Addina.

Tengahari itu memang membosankan. Kerana Addina tidak dapat keluar lunch bersama kekasih hatinya. Firas.

Jam tepat menunjukan pukul 5.30 petang. Majority semuanya telah menyiapkan kerja yang di beri. Termasuklah Firas. Setelah semua fail-fail telah di hantar ke atas meja Encik Luqman ,barulah terukir sedikit senyuman di bibir Encik Luqman. Sebelum ini, mukanya masam mencuka.

“Dah solat?"

Tersentak Addina bila ada suara yang mengejutkan dirinya yang sedang asyik mengisikan persalinan solat di dalam begnya.

“Dah,baru selesai. Firas?” Tanya Addina kembali kepada Firas. Yang dari tadi asyik memerhatikan Addina. Tidak berkelip matanya melihat kecantikan wajah Addina itu. Ayu sungguh.

“Sudah. Jom balik.saya tunggu awak dalam kereta” Ringkas saja jawapan yang diberi. Seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Tercengang Addina, bila ayat itu meluncur dari mulut Amer. Selalunya mereka akan turun bersama. Tapi lain pula hari ini. Perkara ini membuatkan Addina gusar. Takut-takut ada terlepas cakap pada kekasihnya sebentar tadi dan membuatkan kekasihnya berkecil hati.

“Penat agaknya” Ngomel Addina sendirian. Sekadar mahu menyedapkan hati nya sendiri.

                                                           *****************

Berlari-lari anak Addina menuju kearah parking kereta. Dia sedar, dia lambat 15minit. Semua gara-gara Hasnah yang kehilangan kunci laci mejanya. Sebaik saja dirinya memasuki perut kereta kepunyaan kekasih hatinya. Addina cuba memohon maaf atas kelewatannya.

Tak pe. Abang faham.” Firas tiba-tiba bersuara. Dia seolah-olah memahami apa yang sedang Addina fikirkan.

Terkejut Addina. Dia fikir Firas akan memarahinya. Memang sepanjang perkenalan Firas dan juga Addina, mereka tidak pernah bertengkar. Ini kerana mereka pasangan yang paling memahami.

“Maaf ya.” Ringas ucap Addina buat kekasihnya. Tidak sampai hati pula dia tidak mohon maaf. Kerana itu jelas kesilapan darinya.

Sepanjang perjalanan pulang, mereka berdua membisu. Seperti ada sesuatu yang sedang difikirkan Firas. Mukanya jelas kepenatan. Keretanya dipandu perlahan. Tidak seperti pagi tadi. Lancar pemanduan pada petang itu. Kira-kira 50 meter dihadapan, selekoh kanan adalah lorong rumah Addina. Tetapi sampai sampai ke lorong yang sepatutnya, Firas segera membelokkan keretanya ke arah selekoh kiri. Addina tercengamg seketika.

“Firas, salah lorong la ni. Rumah Dina lorong sana” Addina cuba menyedarkan Firas. Mana tahu mungkin  Firas terlupa kerana kepenatan.

“Tengok. Dah lupa apa sayang kena panggil apa?” Tersenyum Firas melihat Addina mengerutkan dahinya.

“ Maaf. Dina lupa.” Perlahan suara gadis comel itu.

“Abang nak bawa sayang hujung Taman ni” Ringkas. Itu saja jawapan yang diberi.

Kelihatan Addina terpinga-pinga. Dia tidak dimaklumkan terlebih awal. Ini semua rancangan Firas segala. Dihujung perumahan itu, terdapat satu lombong yang telah di gubah menjadi tasik yang cantik. Bagaikan sebuah taman reakasi untuk penghuninya di situ.

Setelah enjin kereta dimatikan. Segera Firas keluar menghirup udara segar. Jam ditangannya tepat menunjukkan pukul 6.15 petang. Waktu yang Sepatutnya dia dan juga Addina sudah berada dirumah. Firas memilih untuk duduk menghadap tasik buatan manusia itu. Addina menyusulinya keluar. Kemudian dia juga turut bersimpuh disebelah Firas.

“Sayang tahu kenapa abang bawa sayang ke sini?” Firas memulakan bicaranya petang itu. Addina sekadar mengelengkan kepala. Memang benar, dia tidak tahu kenapa perangai kekasihnya terlalu pelik.

“Abang nak bagi sesuatu. Sepatutnya abang bagi barang ni time lunch tadi. Tapi sayang sendirikan tahu. Kita sibuk sangat di pejabat hari ni” Lembut suara Firas. Seakan-akan merayu. Addina, masih mendiamkan diri. Saja dibiarkan kekasihnya berbicara sepuasnya dan melepaskan apa yang ingin Firas mahukan.

“Hulurkan tangan sayang.dan pejam mata” Tersenyum Firas melihat gelagat Addina Bila diminta pejamkan mata.

“Kenapa perlu pejam mata? Tak nak la.takut..!!” Sentak Addina. Dia masih tidak mengerti apa yang ingin Firas cuba lakukan.

“Sayang pejam je. Bukan abang mahu buat benda tak elok” Pujuk Firas.

Addina akur. Di hulurkan tangan kemudian di pejamkan mata serapat-rapatnya. Gelap. Itu saja yang dia tahu. Tiba-tiba, Addina terasa bagai ada sesuatu yang sejuk memasuki jarinya.

“Okay. Dah boleh buka mata” Kata Firas. Spotan Addina membuka matanya. Di tatap jari manisnya. Terdapat sebentuk cincin emas berbatu permata disitu.

"Itu tanda cinta abang pada sayang selamanya" Ujar Firas ikhlas pada kekasihnya yang dari tadi membisu.

“Sayang suka?” Sambung Firas. Addina masih berdiam. Hanya airmata yang meluncur laju jatuh ke pipi gebunya. Nyata dia gembira.

                                                             *****************

Hampir tiga bulan berlalu. Segalanya baik. Bunga-bunga cinta antara Addina dan Firas kian bercambah. Bibit-bibit cinta itu  tidak dapat dikesan rakan sepejabat mereka. Bukan Addina tidak mahu memberitahu rakan-rakan sepejabatnya. Tetapi Firas tidak izinkan. Katanya, belum tiba masa. Bila masa yang sesuai. Addina sendiri tidak pasti.

Malam itu, Addina termenung bersendirian. Kaca tv diruang tamu dibiarkan terbuka. Rancangan 999 sedang keudara. Addina asyik membelek cincin dijarinya. Tertanya-tanya juga, bila  Firas mahu membawanya berjumpa dengan orang tuanya dikampung. Dia pula akan membawa Firas berjumpa dengan orang tuanya bila dia sudah berjumpa dengan orang tua Firas. Tidak mahu Addina memulakan dulu. Dia biarkan Firas memulakan segalanya.

“Cantik cincin.baru beli ya?” Tegur Nora yang datang entah dari mana.

“Eh..kak Nora ni. Salam tidak, apa tidak tahu-tahu ada je. Akak dari mana ni” Tanya Addina bersahaja. Seakan-akan dia tidak pernah mengalami situasi itu.

“Hai..dekat 5 minit akak tercegat sebelah kamu tadi. Takkan tak perasan. Nampak sangat tengah berangankan?” Perli Nora bersahaja.

“Mana ada kak. Kan saya tengah tengok tv ni” Cepat-cepat Addina berpura-pura sedang menonton tv.

“Kamu jangan nak kelentong akak ni . Macam la akak tak kenal dengan kamu. Asyik sangat membelek cincin dijari, sampai akak kat sebelah pun tak perasan. Orang dilamun cinta la katakan. Akak faham. Oh ya..bila Firas berikan kamu cincin tu?” Nyata Nora dapat membaca segala apa yang bermain difikiran Addina. Hebat Nora.

“Mana ada Firas bagi kak. Saya beli la.” Tersipu-sipu Addina .

“Sudahlah. Kalau dah beri barang kemas ni. Nampaknya dia serius. Bila lagi?” Sekali lagi Nora membidas soalan yang tepat difikiran Addina.

Addina hanya tersenyum. Soalan yang Nora tanyakan tidak dijawab dengan ayat-ayat. Cuma tersenyum. Itulah Addina. Jika tiada jawapan untuk soalan yang diajukan. Dia pasti hanya tersenyum.

Ringgg….!!! Ringgg…!!! Deringan telefon bimbit Addina berbunyi dari kamarnya.

Bingkas segara dia bangun berlari meninggalkan Nora diruang tamu. Panggilan itu seolah-olah memang sedang dinantikan Addina. Addina tahu, siapa yang menelefonnya.

“ FIRAS”

Nama yang tertera di skrin telefonnya.

“ Assalammualaikum…Abang..!” Manja Addina memberi salam kepada kekasih hatinya.

“ Waalaikummussalam” Jawab pemanggil yang disangka Firas itu. Tetapi bukan Firas, sebaliknya suara lembut wanita yang kedengaran.

Addina bagai terkena halilintar. Terdiam. Pelbagai soalan yang berlegar difikirannya.

“Hello..Nurul Addina kan?” Sekali lagi suara wanita itu bertanya.

“ Ya..sa..saya Addina” jawab Addina perlahan. Mahu ditanya siapa dia. Tetapi Addina takut. Takut segala kemungkinan yang bermain difikirannya tika itu menjadi nyata.

“Addina, nama saya Suzana. Saya isteri kepada Firas Abdullah” Lembut suara wanita itu berbicara. Tetapi Addina seolah-olah terkena panahan petir yang tepat mengenai jantungnya.

“ Ya Allah..!!”

Suara Addina menjerit. Dia tejelepuk duduk diatas lantai. Tangannya mengeletar. Kolam matanya bergenang dan kini mutiara jernih itu meluncur laju ke pipinya. Nora yang terdengar jeritan itu, bergegas bangun untuk mendapatkan Addina.

“Dina..Dina..kenapa ni? Jangan takutkan akak Dina. Kamu kenapa?” cemas Nora bertanya. Addina masih menangis. meraung melepaskan segalanya. Biar lega rasa hati. Nora hanya membiarkan saja. Dia sendiri tidak pasti mengapa Addina jadi begitu.

                                                            **************

Setelah semuanya terasa ringan. Addina segara mendapatkan Nora. Diketuk pintu biliknya berulang. Tidak kedengaran suara Nora mempelawanya. Risau pula apa-apa terjadi pada Nora. Dia membuka sedikit pintu bilik Nora. Patutlah Nora tidak menyahut. Sedang menunaikan janjinya pada Allah. Perlahan Addina memasuki bilik Nora. Bersimpuh disisi Nora. Yang dalam Tahyat Akhir.

“ Assalammualikum WBT….Assalammualaikum WBT” Selesai Nora memberi salam. Dia membaca sedikit doa. Disedekahkan Al-Fatihah kepada Rasullullah dan para-para sahabat. Tapak tangan diraupkan kemukanya. Menandakan telah selesai segalanya. Belum sempat Nora menanggalkan persalinan solatnya. Addina segera memeluk dirinya.

“ Ya Allah, kenapa Dina? Cuba bertenang.dari tadi kamu menangis” Nora Cuma menenangkan Addina.

“ kak… Firas kak..” Tesekat-sekat suara Addina.

“Kenapa dengan Firas Dina? Kenapa dengan dia?” cemas suara Nora bila nama kekasih hati Adiknya di sebut sebentar tadi.

“ Di..di..dia…sudah beristeri kak” Sekali lagi Addina tidak dapat menahan kesedihannya.

“Ya Allah…biar betul..mana Dina tahu ni? Dina jangan pecaya sebarangan. Siapa bagitahu Dina ni?” Soal cemas Nora kepada Dina. Seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata Addina sebentar tadi. Dia juga turut terasa kekecewaan yang sedang Addina alami.

“Betul kak..Dina tak tipu. Tadi isterinya sendiri yang menelefon Dina. Dia sendiri mengaku. Sudah 5 tahun mereka berkhawin. Tapi belum dikurniakan cahayamata. Isterinya sudah sedar perubahan keatas suaminya. Dia sendiri mengintip suaminya akhir-akhir ni. Nyata suaminya curang dengannya kak. Perempuan yang menjadi dalang antara mereka berdua adalah Dina kak.. Dina “ Jelas Dina dalam keadaan teresak-esak.

“Alasan tiap-tiap minggu untuk pulang ke kampung, itu semua dusta kak..dusta semata-mata. Cuma mahu mengelak untuk berjumpa Dina, kerana hari minggu adalah harinya bersama isterinya."

"Kini Dina sedar, kenapa dia tidak benarkan Dina hebahkan hubungan kami dipejabat kerana mereka tahu dia sudah punya isteri. Dina ingat lagi, dulu bila kak Hasnah mahu memberitahu sesuatu pada Dina, dia cepat-cepat alihkan topik yang mahu diberitahu kak Hasnah."

"Akak….bodohnya Dina kak…tak sedar semua ini. Kenapa kak…kenapa dia sanggup mempermainkan perasaan Dina. Dia sendiri tahu, dia adalah cinta pertama Dina. Tapi kenapa dia kejam dengan Dina.membiarkan Dina menyulam cinta bersamanya. Cincin ini, tanda cinta dia pada Dina konon. Semua tu palsu..” Sambung Addina. Gadis comel itu benar-benar marah.Dan benar-benar kecewa. Merah mukanya menahan sendu di hati.

“Sabarlah Dina. Ini semua bukan salahmu dik, kamu bukan dalang segalanya. Tapi dia yang memulakan dulu. Akak percaya, jika kamu tahu dari awal lagi, kamu tidak akan menyulam cinta bersamanya. Tapi jelas sini dia yang bersalah. Dia yang memainkan perasaanmu dik. Kalau benar dia ikhlas menyintaimu seperti mana kamu ikhlas menyintai dirinya, tapi ini bukan cara yang benar.” Nora cuba menyelami hati perit adik kesayangannya. Ternyata dia benar-benar kecewa dengan sikap Firas.

“Memang dasar lelaki buaya” Teriak Addina kemarahan.

                                                             **************

Pagi itu, Addina bergerak awal kepejabat sendirian. Tidak seperti biasa. Dia tidak akan membenarkan lelaki buaya itu menjemputnya. Hari ini, mungkin hari terakhirnya bertugas dipejabat guaman itu. Surat notis 24jam telah siap ditulis kemas malam tadi. Kali ini dia nekad. Benar, dia terlalu sayangkan tempat di mana dia bertugas sekarang. Tapi Addina tidak mahu bersemuka dan bertemu dengan lelaki buaya yang telah menghancurkan cinta murninya. Dia tidak mahu dianggap perampas atau apa saja gelaran yang ada. Dia rela berkorban demi kebahagian rumahtangga lelaki itu.

Sebaik sahaja Addina menjejakkan kakinya dipejabat. Addina dapati Encik Luqman sudah pun berada didalam pejabatnya. Memang satu kebetulan yang tidak disangka. Memang Addina mahu bertemu dengannya dikala rakan-rakan lain tiada dipejabat. Menarik nafas panjang Addina mengumpulkan kekuatan untuk bersemuka dengan Encik Luqman.

“Tokk..tokk…tokkk..!!”

Perlahan pintu Encik Luqman diketuk lembut oleh Addina.

“Masuk..!!” Kedengaran suara ketuanya itu menjemput masuk.

Tombol pintu dipulas Addina, daun pintu ditolak dengan kederat yang masih ada. Kini, Addina benar-benar berdiri di hadapan Encik Luqman.

“Ya Addina, awal awak sampai. Bagus la macam tu. Kekalkan begini sampai bila-bila. Oh ya, ada apa awak jumpa saya pagi-pagi ni.? Jemput Duduk addina.” Jelas suara lelaki dihadapannya berkata-kata. Malangnya, ini hari terakhir Addina disitu. Addina tidak akan datang awal lagi seperti hari ini.

Sekali lagi, Addina menarik nafas panjang. Mengumpulkan segala kekuatan yang ada. Perlahan dia menarik kerusi dihadapan ketuanya. Kemudian perlahan dia menghulurkan sepucuk sampul surat dihadapan ketuanya itu.

“ Apa ni?” Tanya Encik Luqman kebingunggan.

“ Notis 24 jam Encik Luqman. Saya nekad. Mahu berhenti kerja.” Perlahan suara Addina.

“Apa?? Awak biar betul?” Tiba-tiba Encik Luqman meninggikan suaranya. Bukan marah. Tetapi terkejut dengan tindakan Addina. Tertanya-tanya dia mengapa?

“Kenapa dengan awak ni Addina, gaji disini sikit ke? Ataupun awak dah dapat kerja yang lebih baik dari sini? Baik awak jujur dengan saya” Soal Encik Luqman bertubi-tubi.

“Tidak Encik. Semua tuduhan Encik itu tidak benar. Saya Cuma ada masalah peribadi. Ada sebab saya tidak dapat bertugas disini. Biarlah ia menjadi rahsia peribadi saya Encik. Saya mohon jasa baik Encik,memahami keadaan saya" Rayu Addina kepada lelaki dihadapannya. Sekali lagi, mutiara jernih itu mengalir tumpah dari kolam matanya.

“Ermmm…Baiklah, saya hormat alasan itu, atas masalah peribadi awak. Saya luluskan notis ini, berkuatkuasa serta merta. Maka jelas kini, awak boleh kemaskan barang awak dan keluar dari sini. Awak yang memaksa saya buat bergini Addina. Nanti saya akan umumkan pada pekerja yang lain.” Kata Encik Luqman dalam nada yang berbaur kesal.

“Terima kasih Encik. Jasa baik Encik amat saya hargai. Cuma saya mohon. Encik umumkan perletakan jawatan saya ini selepas saya keluar dari pejabat ini tengah hari nanti”  Rayu Addina dalam esakan.

“Baiklah, saya turuti permintaan awak” Nada Encik Luqman yang sudah berputus asa mahu memujuk Addina.

                                                                ************** 
Tengah hari itu, ramai yang terkejut bila semua sedar diatas meja Addina kosong. Seperti sudah tiada penghuninya. Cuma Laila rakan sepejabat yang sempat berjumpa dengan Addina pagi tadi. Laila tidak diberitahu mengapa Addina tiba-tiba pergi dengan semua barangnya. Yang Laila pasti. Addina sudah tidak bekerja disitu lagi. Kesedihan mengelubungi rakan-rakan yang lain. Ada barang yang Addina tinggalkan pada Laila untuk seseorang. Tapi Laila sudah berjanji, akan menyerahkan bungkusan itu selepas Encik Luqman umumkan ketiadaannya.

“Maaf semua, minta perhatian ya. Saya ada sikit pengumuman yang hendak dibuat.” Lantang suara lelaki itu bersuara. Nyata dia memang layak menjadi ketua.

“Okay, seperti yang semua sedar, seorang pekerja kita hari ini sudah tiada ditempatnya. Pekerja yang saya maksudkan dan semua pun tahu iaitu Nurul Addina Binti Hisyam. Beliau telah menghantar notis 24jam pada saya padi tadi. Atas alasan masalah peribadi. Saya harap kita semua dapat teruskan kerja seperti biasa walaupun kita sudah kehilangan seorang staff yang sangat berbakat. Baiklah itu saja. Anda boleh sambung kerja masing-masing” Jelas penerangan yang di umumkan Encik Luqman tadi.

Cuma rasa hairan masih ada pada rakan-rakan yang lain tetapi tidak pada Firas. Dialah punca segalanya. Menyebabkan gadis comel itu berkorban segalanya untuk dia.

“Kamu betul-betul mulia sayang, maafkan abang” Ngomel Firas sendirian, terdapat takungan air jernih didalam matanya. Nyata dia bersedih.

“Kamu menangis??” Tiba-tiba Laila menerpa. Firas cepat-cepat mengesatkan airmata yang berada dalam takungan matanya tadi.

‘Tidaklah…mengapa ni?” Segera dia bersoal pada Laila yang datangnya secara tiba-tiba.

“Ni ha…ada bungkusan untuk kamu,aku di amanahkan berikan pada kamu lepas selesai ketua kita buat pengumuman mengenai kawan kita tadi” Petah bicara Laila pada Firas.

“Bungkusan? Dari siapa?” Terpinga-pinga Firas bila mengetahui ada bungkusan untuknya.

“Kamu bacalah sendiri, baru kamu tahu siapa pengirimnya” Kata Laila sambil berlalu pergi dari meja Firas.

Pelahan-lahan Firas menarik nafas dan cuba mengumpulkan kudrat untuk membuka bungkusan yang ada didalam kotak yang sebesar kotak kasut itu. Setelah diamati, terdapat sepucuk surat serta bekas cincin yang pernah dihadiahkan pada Addina. Dipulangkan kembali cincin yang pernah menghiasai jari manis gadis comel itu. Perlahan sampul dibuka. Sepucuk surat dikeluarkan, Ditatap sedalam-dalamnya ayat yang tertera. Tanpa sedar, ada mutiara jernih mengalir dari celahan kelopak matanya. Nyata..dia kesal, dia bersalah atas segalanya.




Assalammualaikum,


Sahabat. Maaf jika warkah terakhir ini menganggu emosi kamu. Saat kamu membaca warkah ini, aku sudah tiada disisimu. Dan aku sudah tahu segalanya. Tidak perlu kamu mencari aku untuk menjelaskan segalanya.kerana semua telah jelas. aku tidak mahu kita larut dalam cinta yang telah kamu bina selama ini. Memang aku marah. Tapi aku percaya ini bukan salahku.Tapi Nyata ia salahmu.yang sanggup memainkan perasaanku. Aku tidak akan menganggu keharmonian rumahtangga kamu untuk selamanya. Berjanjilah dengan aku, bahawa kamu tidak akan menduakan isterimu buat kedua kalinya. Jaga hatinya tatanginya dengan segala kasih yang kamu miliki.


Sahabat,telahku korbankan segala yang aku sayangi,kini tiada lagi rasa cintaku padamu,walaupun sekelumit.Cuma ku pinta padamu, izinkan aku bahagia. Jangan pernah cari aku untuk selamanya. Jangan kenang segala yang pernah kita tempuhi bersama dulu. Aku juga tidak akan hadir dalam dirimu untuk selamanya. Anggap saja aku telah mati dalam hidupmu.


walaupun hatiku kini terlalu perit…


izinkan aku bahagia…..


BIAR SEMUA KENANGAN


ANTARA KAU DAN AKU


BERLALU BEGITU SAJA


JANGAN DIKENANG


MASA BERSAMA


JANGAN DIINGAT JANJI MANIS


YANG PERNAH TERCIPTA


JANGAN PERNAH TAGIH CINTAKU LAGI


DAN JANGAN PERNAH


CARIKU LAGI UNTUK SELAMANYA


KERANA AKU SUDAH MATI


UNTUK DIRIMU SELAMANYA


BENARKANLAH


DAN


IZINKAN AKU BAHAGIA....



Yang ikhlas:


Nurul Addina Hisyam.



                                                     ~ TAMAT ~

P/S : Saya masih baru, dalam bidang penulisan ini. Segala kekurangan dan kesalahan yang terdapat didalam cerpen berjudul "Izinkan Aku Bahagia" harap dimaafkan. Segala kritikan dan ulasan anda amat dialu-alukan. ikhlas daripada Penulis.

.

20 ulasan:

hans berkata...

hurm
ending last dia best
den dah baca habis
den pun bukanlah hebat mana
cuma penggunaan huruf besar haru diperbaikilah..
lagi satu ayat2 selepas dialog kena olah lebih bagus lagi
apa2pun best

Miss N™ berkata...

t.kaseh hans.... insyaALLAH..
akan diperbaiki..:)

katak hijau berkata...

permulaan yang bagus :)
tahniah..

Miss N™ berkata...

t.kaseh Kak Nur,
masih byk kelemahan saya...
masih bertakteh...
t.kaseh sekali lagi kerana sudi mbaca.

NusrahYahya berkata...

tahniah...jalan cerita dan peggunaan ayat yang baik...
boleh diperbaiki...:)

Miss N™ berkata...

t.kaseh kak NY...:)
saya masih belajar...:)
masih byk kelemahan...
ape2 pun..T.kaseh sudi mbaca..:)

Rohana berkata...

akakkkkkkkkkk!! best3!! jalan citer dah best, and sure akak leh improve lg insya Allah,,:)

Miss N™ berkata...

T.kaseh Ana...
akak baru lg....
byk benda yg kena dipbaiki....
insyaALLAH...akan cuba berusaha lepas ni..
chayok..!!
pe2 pun,t.kasih sekali lagi,
kerana sudi mbaca.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah ann...klu bt drama best gak ni..heheheh

Nk tnggu perahan otak kklong yg kedua plak..ecehh...hekk

Miss N™ berkata...

t.kaseh sudi membaca..
wakakakaka....
kedua?? insyaALLAH...!!
perlu banyak yg diperbaiki lg ni..
ape2 pun..t.kaseh sudi mbaca.:)

Tanpa Nama berkata...

best2..chayo2x..

Miss N™ berkata...

anonymous: t.kasih yaa..sudi menbaca :)

hanisah hassan berkata...

cerita yang ni akak dah baca dulu . tapi tak titip komen. Menarik , percubaan yang sangat baik.

Miss N™ berkata...

terima kasih kak nisa.. :)

9n0L4 berkata...

di buli bertubi² ehhh. hehe. ;)

Chic Na berkata...

tak sangka nur pandai berkarya. boleh ni buat cerpen hantar ke PTS. bila nak buat cerpen lagi? :)

jaakechik berkata...

wow bagusnya ni, tak sangka laa... hebakkk! boleh berkarya bagai lagi tuu... tahniah2... (baru perasan sory ya)

QasehnyaRania berkata...

menarik.ending pon best.
cma penggunaan tanda noktah ketika dialog perlu perbaiki..

amer tu sapa?ke typo...
cer bc blk... ;)

Tedi {interpretZZ} berkata...

owh, cerpen, kalo buku tadi, bolehla Tedi promosi ke Mommy :)

Cendol berkata...

Salam,cik nur..hehe baru perasan ni cik nur ada karya kat sini.bagus jugak ceritanya.geram pulak dgn Firas tak senonoh tu.haha.tapi tiba2 ada amir la..tersilap ke?