Jumaat, 15 November 2013

Home » , , , , , , , , , » Manfaat Sebaik Mungkin

Manfaat Sebaik Mungkin



Ihsan Google


Assalamualaikum.

Semua orang tahu, hari ini hari jumaat. Penghulu segala hari. Hari dimana kita digalakkan buat baik banyak-banyak. Tapi kalau ikut sebetul-betulnya, tak kisahlah hari apapun, kita memang digalakkan buat baik ye dak..!

Hari jumaat juga adalah hari terakhir untuk satu minggu. Ini bagi di negeri-negeri yang masih bekerja  laa. Cuma kalau di pantai timur dan kedah, hari last dalam seminggu tu adalah hari khamiskan. Tapi itu semua tak kisahlah.

Okay, untuk hari jumaat untuk minggu dan tahun ini, ianya special sikit sebenarnya. Mungkin ramai yang tak alert, tapi aku yakin, cikgu cikgi confirm tahu pasal hal ni. Dan yang terlebih alert sudah tentulah budak-budak yang bergelar pelajar. Sebab apa? Jumaat ni adalah hari terakhir sesi persekolah bagi tahun 2013. 

Oyeahhh..!

Dan bila sebut pasal cuti sekolah ni, memang tak dinafikanlah. Kita dulu pun banyak kenangankan. Ada yang tak sabar-sabar kot nak cuti. Dan ada pulak yang sedih gila-gila ni sebab cuti, kalau boleh tak nak cuti panjang-panjang. Yang kategori ni selalunya budak-budak yang dah pandai bercinta. Tak nak cuti panjang sebab sayang nak tinggal pakwe/makwe kononnya laaa.. Grrr.!

Err..kalian dulu cemana? Jenis nak cuti ke tak nak cuti?

Aku? Sejujurnya aku waktu sekolah rendah dulu, memang jenis menantikan hari cuti. Bila dah masuk menengah , barulah gedik-gedik sedih sebab nak cuti. Kalau boleh memang tak nak cuti. Sedih kott…! Selalu hari-hari boleh jumpakan, sekali kena cuti panjang rindulah nanti kononyaaa..!! Grrrr…!

Tapi sebenarnya rasa sedih tu sekejap je. Bila dah start cuti, haaa..baru tahu betapa nikmatnya.! Kekekekeh. Dan bila nak masuk sesi persekolahan balik, sikit punya liat nak bangun. Padahal sebelum ni nak sangat sekolahkannn…! Hahahaha.

Pokoknya, buat adik-adik kat luar sana nun, rentikanlah nak sedih-sedih. Syok apa cuti. Yang paling penting, manfaatkan cuti ni sebaik mungkin. Kalau tengok tv je, jemu jugakkan. Cubalah cari idea dengan kawan-kawan. Beriadah ke, kemas-kemas rak buku ke. Apa sajalah, janji bermanfaat.

Apapun, tak kisahlah masih bersekolah ke belum, esok dah mula bercuti buat mereka yang sememangnya cuti sabtu ahadkan. Jadi, selamat berhujung minggu semua..!!




Kata Hati : Moga kita sama-sama dalam rahmatNYA....InsyaAllah..!

.

26 ulasan:

Nastyna berkata...

Selamat bercuti sekolah Cik Nur, hehehe owhh gedik yer sekolah menengah konon tak nak cuti ;) I dulu mg tunggu cuti sebab nak balik kampung kat thailand hihihi.

adrianna syaz berkata...

Salam jumaat cik nur :)

inche hlovate berkata...

cuti sekolah la syok.. ade cerita best2 kat tv tu.. waa seronoknya Nur. dah keje ni mne nak dapt cuti pnjg2 mcm tu

whitecappuccino berkata...

yeay!!! dah cuti! tapi cuti pun akak ada juga kelas tambahan, anak bongsu yg akan masuk ke tingkatan 5 tahun depan dah start kelas tambahan hari ni selama sebulan.

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

rasanya cuti skolah dlu duk umh je manjang..huhu

Deqla Manjew berkata...

terkenang zaman skolah baca entri nur ni..huhu.. deqla dulu suka je cuti.. haha.. bunyi je loceng tempiaran lari kuar pagar dah mcm kena kejar anjing.. oppss...tp tu masa skolah rendah..skolah menengah buat cam tu mmg x senonoh sungguh la kan.. sopan la sikit.. stay back jap kat skolah.. mkn2.. haha..

t.a.t.a berkata...

dah mula cuti sekolah ni jaga-jaga dan tengok-tengokkan dan ambil tahu anak-anak pergi mana.

ada satu kes kat tempat saya ni, budak naik motor jatuh dalam tali air tepi sawah. dah jatuh tangan dengan kaki patah, lemas dan meninggal.

esoknya baru orang jumpa.

QasehnyaRania berkata...

ciksu dlu cuti sekolah dok umh ja.
tp masa dok jb budak budak sekolah rajin.
buat part time

aine ainun berkata...

teringatkenangan masa sekolah Nur...=)

Nora Karim berkata...

kalau mak2 musim cuti sekolah ni ada best n tak bestnya... best sebab bolehgi bercuti... tak bestnya kalau tak de plan kemana2 sure rumah tak kemas... berkecah sokmo... sebab semua ada... ehhehhe apa pun selamat bercuti!!! :D

Yumida Huda berkata...

sronoknye budak2 dah start cuti kan nur
sure lepas ni diorg busy update kat blog..hihi
budak2 zmn skrg dah canggih, dah kenal dunia internet start sekolah rendah n menengah
yumida msa kecik x suka bila cuti ujung thn, entah la...masuk sekolah menengah pun sama, bukan nak kata suka study, tp myb lebih rapat lg dgn member drpd family

bila cuti sukar nak mengadu kat member...cuti di rumah jd patung je..hihi

nasib baik dah besar, dah x perlu melalui semua tu...

QasehnyaRania berkata...

selamat c.nur :-)
pisang mas ok j tapi aiskrim kn dah manis.
so pisang manis jugak.no.no.no
kalau pisang berangan dia lemak lemak sikit.mmg sedap :-)

sambil nak suap aiskrim boleh siap berangan lagi kot.hihi

Cik Aini berkata...

kemain lg kakak NUr bg nasihat..skit sebnyak masuk gak dlm kepala hotak ni..haishhh asyik ingt nk cutiiiiii je manjang....kalo smp jumaat tu,dan2 rs semangat..bkn nk semangat nk kj tp semangat nk abiskan kj..balik umah trs cuti..aiyokkkkk

caliph shuriken berkata...

btul laa kn, dh start cuti panjang budak2 skolah ni, huh..

hepi weekend, nur ^^

QasehnyaRania berkata...

ciknur masak apa hri ni.hihi

Sue PeLik berkata...

huhuhuhuhu adik2 jer ke??? mak2 adik2 neh tak nak wish ke?? hihihi cik nur!! miss uuu yang penting nak bagitahuuu hoorayyyy cuti sekolah dah sekang neh hihihihi

zaza zehra berkata...

zaza pulak cuti sek ni..kena jaga 3 org anak buah.. ahahaha... sungguh nakal.. :D

Busyra Bt Takiyudin berkata...

hehe. busyra kalo bab cuti no 1. :D

jaakechik berkata...

selamat cuti sekolah dan selamat behujung minggu buat semua... jaa hari ni pun off day, yuhuuuu boleh ler blogwalking. plus lagi fikri sdg tido skrg ni..


p/s : maaf lama tak bw... :)

aTieYusof Family berkata...

Happy weekend sis..
Jumaat selain dr penghulu hari adalah hari yg dinanti bg yg cuti sabtu ahad..hehe..:)

aku HaniAsyira berkata...

yeay!! cuti sekolah.. best jd budak sekolah banyak cuti.. sekarang?? sob2x,, haha

Rosmiza Ali berkata...

Mieza dulu ada gak part2 yang macam poyo sedih2 nak cuti.. Maklumla, tak dapat ler nak jumpa crush hari2.. hahaha! Tapi tu sekolah menengah la.. Time skolah rendah asal sebut jer cuti melompat ler.. Hahaha! Tapi time nak buka skolah tu pun syok, sebab semua baru.. Baju baru, kasut baru, beg skolah baru, pensil box baru, alat tulis baru.. Pendek kata segala2nya barulah.. Lepas dah seminggu tu baru start liat2 balik.. Ngaahahahah!
http://miezashaklee.blogspot.com

are_lin@yu berkata...

kalau bab cuti ayu org paling happy.hiihi

ayut berkata...

Dulu pon mmg tunggu sgt cuti sekolah..lupa dh trus semua kje sek kna bt.haha

Che Rosliza Che Mat berkata...

waktu bujang dulu...memang happy kalau cuti hihihihi

Chic Na berkata...

cikna memang manfaatkan adik cikna sebaiknya.. skrg dia tolong cikna wat cekelat.. hehe.. tp upahnya nk mkn kat tempat best saja.. grrrr..