Isnin, 18 November 2013

Home » Terkejutnya...

Terkejutnya...


Sumber : Google


Assalamualaikum.

Okay, entry ni di tulis seminggu yang lepas, dimana hari modem aku disambar Petir.  Biasalah, bila harapan nak on9 tu jadi 50-50, idea makin membuak-buak sampai tak tahu nak mula mana dulu. Dalam hati duk syak, aku mungkin akan bercuti panjang dalam bidang blogging ni, sebab idea luar biasa banyak.  **Haishh…bidanglah sangatkan..Kahkahkahkah. Dan Isnin lepas, bila keluarnya entry yang ini, maka dengan rasminyalah insyaAllah aku boleh kembali berblogging seperti sedia kala. InsyaAllah.

Hokey..! untuk idea entry ni, semuanya bermula daripada mukabuku sebenarnya. Bila mana aku terlihat sesuatu yang membuatkan hati aku berkata “Err…apakah??” Dan bila dah terlihat tu, terkejut jangan cakaplah. Dalam masa yang sama aku rasa kasihan. Yea..kasihan..!

Tapi kenapa aku perlu kasihan? Kasihan aku sebab ‘mereka’ adalah sahabat aku. Sedih bila mana aku sendiri tak mampu tegur kesalahan yang telah dibuat dan lagi sedih bila orang yang sepatutnya bertanggungjawab boleh biarkan je, pendek kata sanggup tanggung dosa laa..

Yea..! aku ni bukanlah bagus sangat. Dan aku memang tak bagus pun!  Sekurang-kurangnya aku ada daya usaha mempertahankan maruah. Kalau tak sayangkan maruah sendiri, fikir-fikirlah maruah keluarga. Ini tidak, bila bertindak main ikut lazat je, macam itulah jadinya. Macam mana? Sendiri fikir boleh? Kehkehkeh.

Seriusly, malas nak terlalu berterus terang kat sini. Nak tegur, tapi entahlah. Sebab aku ni, dia pandang macam musuh je. Walaupun macam tu, tapi kami still kawan, walaupun bila berselisih tu, aku dan dia sekadar senyum. Jadi, risau kalau-kalau dia tendang aku dari senarai kawan senyum, sekiranya aku tegur apa yang dia buat. Makanya aku pilih, untuk diam.

Dan rasanya ada yang lebih berhak tegur berbanding aku…Ya..ada yang lebih layak…!



Kata Hati : Jangan putuskan ikatan ukhwah yang terjalin…

.

27 ulasan:

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

sabar.....

Nastyna berkata...

Tegur menegur ni mmg sangat sensisitve dalam masyarakat kita, toksah cakap orang lain la, I sendiri kalau tak kena cara orang tegur, makin teruk jadinya, I kan rebel hahaha.

Deqla Manjew berkata...

situasi kite ni mcm sama la nur.. deqla pun baru2 ni terkejut tgk sumthing dlm fb tu..org yg deqla knl la.. nk kata rpt tu tidak la.. hmm.. tp x sgka la jugak.. deqla rasa nak tegur atau dlm erti kata lain bg nasihat, tp rasa mcm teragak2.. bkn ape, risau penerimaan dia nanti.. so deqla pilih utk berdiam jer.. betul kata nur, ada yg lebih lyk utk tegur.. hrp2 ada la yg tegur.. tp deqla tgk mcm ramai yg puji jer tindakan dia tu..haihh..serius, deqla rasa kesian.. kesian kat mak bpk dia la.. huhu.. jadi dilema kan, tegur kang nanti dikata kita ni mcm bgs la sgt.. camno tuh??

Sue Bee berkata...

berdiam saja mungkin lebih baik,kot?..kalau di tegur jugak silap2 kita dipersalahkan nanti..hhrrmmm..

t.a.t.a berkata...

dalam bab tegur menegur ni memang susah. manusia yang nak terima teguran dengan hati terbuka pun tak ramai, jadi cara macam mana sekalipun kita guna orang yang terima teguran akan terasa juga walaupun sikit.


modem kena petir memang automatically void warranty -kalau masih ada warranty.

izan mama mia berkata...

apa tuu nur ??

BaNu Syah berkata...

sahabat untuk selamanya =)

Ayuni berkata...

xpaham....

lelamaisara berkata...

ermm..kalu macam tu baik diam aje la..karang bergaduh polak...huhuu

Sue PeLik berkata...

mana tahu nanti lepas cik nur tegur, dia jalan2 sebelah tak senyum lagi tapi menangis pulak.. huhuhu

zaza zehra berkata...

kadang2 bila tegur mereka masam muka.. hukhukhuk... tapi adakala sesuatu itu baik berdiam diri.. takut menjadi musuh..

Mrs Velentine berkata...

susah kan kalau ada kawan yg tak boleh terima teguran

Yumida Huda berkata...

moga ukhuwah nur dgn dia terjalin kembali erat
x syok la kan klo ade org berperangai mcm tu
sure kita terasa
yey..nur dh blh online mcm biasa...petir tu kan..masa kecik2 sellau org gurau...cahaya kilat tu org atas tgh ambik gambar kita..hihii

syuk shusuke berkata...

kadang2 kawan yang rapat tu ialah musuh yg nyata >.< . sekadar peringatan

QasehnyaRania berkata...

la apa kes ciknur?

tahu tak pa, ikan terubok sedap.tapi seksa bab tulang khennn.nti ciksu share k..

Busyra Bt Takiyudin berkata...

bila dia buruk untuk mereka. tegur la nur. biar pahit.

p/s: ayat skema. hehe

Busyra Bt Takiyudin berkata...

terkejut bukak2 blog nur. ada gmbar rambut gitu. :D

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

pnh almi rasa itu..

aine ainun berkata...

yala...
ada org boleh tegur'
ada yang tak boleh...

contohnya...
Artis pakai baju separuh bogel...
bila ditegur dikata kolot...

Mudahan diadapat petunjuk Nur

inche hlovate berkata...

kalo kita hanya mampu berdiam kita diam je la Nur.

Rosmiza Ali berkata...

Erks.. Apakah??
http://miezashaklee.blogspot.com

Montana berkata...

tudiaa katunn...punya terkejuttt

are_lin@yu berkata...

inshaallah moga ikatan itu berpanjangan..

Cik Aini berkata...

ni lah yg dikatakan di "ditelan mati mak..diluah mati bapa"! dan akhirnya biar je kat dlm mulut xyah telan or xyah buang..walaupun lama2 mungkin akan memudaratkan,kehkehkeh

ayut berkata...

Kdg2x kita tegur nak ckp yg btul.tp xblh dterima sbb ad org xblh dtegur..ssah jgk klu situasi gitu.ao pon doakn yg tbek..moga sedar ap ksilpan yer

Che Rosliza Che Mat berkata...

siapakah orang tue.....

Chic Na berkata...

sape nur? sape? sape? kikiki.. minah kepoh betui..