Isnin, 11 November 2013

Home » , , , , , , , » Petir

Petir





Assalamualaikum.

Akan muncul seekor ular yang bernama “Sujaul Aqra” 
dan ular itu berkata : 
“Allah menyuruh aku membelasah engkau 
kerana engkau mensia-siakan sembahyang subuh”

Sejak dari mula masuk ke rumah orang tua aku, sampailah subuh jumaat lepas, boleh kira dengan jari, berapa kali modem tu dimatikan taliannya. Bukan tak pernah dinasihatkan supaya tutup modem wifi bila tak digunakan. Tapi itulah, sikap degil pada diri yang tak pernah kurang.

Sebelum subuh jumaat lepas, hujan rahmat mencurah-curah membasahi Bandar Warisan. Entah dentuman guruh yang keberapa, aku baru sedar. Jam baru pukul 6.10pagi. awal lagi rupanya. Bila terlihat cahaya kilat yang memancar dari luar, aku jadi terkejut. Lagi terkejut bila dengar guruh yang luar biasa bunyinya. Bergegar pintu kaca rumah setiap kali guruh berdentum. Dan sepintas lalu, aku teringatkan Wifi yang masih setia menyala.

Dalam hati awal lagi, kejap lagilah subuh. Makanya dengan perasaan tak malu, aku bersenang lenang lagi di tempat tidur. Langsung tak berganjak. Dalam masa yang sama, hati memang niat nak tutup wifi bila bangun ke toilet nanti. Elok je lepas  apa yang aku fikirkan, pantas datang satu cahaya dan dentuman guruh sekali gus letupan kecil dari meja computer. Jangan kata aku je yang terkejut beruk bulat yang kebetulan ada dekat dengan meja computer tu pun mencanak lari sebab terkejut.

Mak pun tiba-tiba je muncul dari dapur, duk tanya aku bunyi apa tu. Time tu gegar jugaklah rasa jantung. Sebab cepat gila benda tu jadi. Aku langsung tak sempat buat apa-apa. Dan bila aku tgk modem tu dah tak hidup, memang aku syak, modem tu mesti terbakar. Mustahil bila bunyi jelas macam mercun pop tu, modem tu tak akan terbakar kan…! Dan bila aku pergi dekat modem tu, memang tekaan aku tepatlah. Modem tu dah terbakar, siap ada bau hangit lagi..!

Entah kenapa aku terlalu rileks sangat waktu kejadian tu. Nak kata sedih tu tak ada. Cuma ralat sebab aku lambat bertindak. Lagipun aku rasa itu macam satu hukuman ataupun peringatan dari Allah buat aku yang sengaja melengah-lengahkan subuh. Dan memang aku rasa macam satu hukuman pun. Jadinya bila kita sedar akan kesalahan kita, tak kan kita nak tunding jari kea rah orang lain kot. Terima dengan redho itu lebih afdal. Kalau nak marah-marah pun, siapa aku nak marah atas apa yang terjadikan. Kalau marah jugak ibarat kita salahkan takdir Dia.

Sejujurnya aku memang tak rasa apa-apa waktu tu. Cuma ada rasa sedikit ralat sebab aku melambatkan solat. Bayangkan sebaik terjaga aku terus bangun ketoilet untuk berwuduk sambil tutup wifi tu, mungkin saat ni, modem yang rosak tu masih setia berkhimat untuk kami..mungkin…! Hehehe.

Jadi, apa pengajaran penting yang boleh aku kongsikan dekat sini adalah, JANGAN LENGAHKAN SOLAT.  JANGAN LENGAHKAN SOLAT. JANGAN LENGAHKAN SOLAT. Nampak betapa pentingnya, sampai tiga kali aku tekankan disini. Dan keduanya, tutup apa saja barang yang melibatkan duit bagi elak pembaziran. Contohnya modem, tv, paip air. Kalau dah tak nak guna tu, cepat-cepat tutup..! 
Selain dapat memelihara barang tersebut, kita juga boleh berjimat. Betul kan..! Hehehe

Hurm…rasanya sampai disini sajalah. Dan ketika kalian baca entry ni, maknanya keadaan modem wifi rumah aku  dah okay. Telah dibaik pulih pada hari yang sama modem tu meletup. Jadi pengalaman tak punya line untuk beberapa jam, sangat boring. Dan yea..hilang internet bagikan hilang sebelah sayap…Hehehe.

Sekian..



Kata Hati : Lepas ni status aku mesti macam ni, "Offline ~Petir..!" Hehehe

.

24 ulasan:

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

petir itu cantik...

Abe Mirul berkata...

Betul tu cik! Saya pun pernah alami. Iya la kan. Bila ada internet ni, kita lalai. Leka.

Akhirnya charger modem saya rosak, sekali dgn handphone rumah. Huhu

Kalau tak datang musibah, manusia leka akan tanggungjawap.

Salam perkenalan. :)

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

ada hkmhnya kan tu nur..

t.a.t.a berkata...

saya lagi teruk. malam Ahad masa nak tidur saya saja je tak kunci jam. dalam hati cakap, nak tengok pukul berapa boleh bangun subuh.

terjaga jam 4.50, tidur balik. jam 7.30 terjaga, pejam balik. hujan. dalam hati sempat berkata, esok kat akhirat percuma-cuma aje 60 tahun duduk dalam neraka sebab malas bangun subuh.

jam 8.30 baru bangun. terus solat qada.

terukkan?

hazwan hairy berkata...

subhanaALLAH...

Yumida Huda berkata...

wah sedihnye..modem hangus
aah menyeramkan klo kilat kuat, yumida pun takut
ade kisah pengajaran yg terkandung dlm ni
moga dijdkan iktibar buat diri yumida jugak

QasehnyaRania berkata...

betul tu. thanks cik nur ingtkn ciksu juga
kadang2 kita ni leka.
amik mudah kan

benda dah jadi .redha je la k

Lina berkata...

baik lah nurr.. xkan lewatkan solat lagi.. ekekekek...

setakat ni aq xpernah lagi matikn modem wifi kat rumah klu ada petir.. tp lepas aq baca entri ko ni aq trus matikan modem aq.. .. ekeke

Che Rosliza Che Mat berkata...

Akak kalau dengar ada petir terus tutup segala2nya yg patut...sebab pernah terjadi tv akak kena petir dan modem pun pernah...So sekrg harus berhati2 bila ada dengar bunyi petir...

syuk shusuke berkata...

kesimpulannya solat jgn dilenggahkan. kang dipetir ibu. hehe

aine ainun berkata...

haaaa...kan dah
tp wifi Tm mmg sensitf ngan petir
kawan ramai kena
kita selamat lagi...
sayya katumah pakai sorang ja..

asik keje on off ja..hihi

Rosmiza Ali berkata...

Huhu.. Bahaya.. Pengajaran buat Mieza jugak ni.. Huhu..
Mieza Suri Shaklee

Sobri Yaacob berkata...

wah. tu la..
saya selalunya kalau hujan or petir yg kuat mesti off soket ekltrik semua.. sbab takut kena short..
tambah2 sekarang musim ujan :)

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

isi tabung =)

Cinta Misteri berkata...

haaa...tu lah....
bila Allah kata...kun faya kun...maka jadilah ia. kau leka Aku turunkan bala.

cheeewah....next time kena beringat ni. termasuklah CiM...hihi, nasihatkn org pandai ni.

N.Aima K berkata...

amboi mcm hilang sayap ye..

alhamdulillah ada hikmah disebalik kejadian semua nih

Tihara berkata...

betul jangan lengahkan solat..
itulah antara mesej terkahir arwah mak akak..

Nastyna berkata...

Kan..kalau kita tahu, dan akui itu adalah kekhilafan kita, otomatik kita boleh relaks tak gelabah, terus muahasabah diri. hihihi pengajarannya.

Deqla Manjew berkata...

peringatan utk diri deqla jugak ni.. kdg2 liat betul nak bgn.. ish2.. sekrg modem dah ok kan?

Cik Aini berkata...

Dan sejujurnya..
Kita belajar dr pengalaman kerana pengalaman adalah guru yg terbaik:)

kayyana berkata...

uiks... pengajaran. hahaha

Busyra Bt Takiyudin berkata...

mashaAllah. itulah kekuasaan Allah. jadi jngn lengahkan subuh. nice entri dear. mengingatkan smua pembaca.

jaakechik berkata...

hrmmm bahaya gak tu kan... kat kedai CC jaa ni pun x pnah juga switch off modem tenet coz bila ada customer kesian pulak nk off kan... hope dijauhi benda2 mcm ni... btw, pengajaran dan peringatan yg baik ni nur. tqvm.

Chic Na berkata...

skrg ni insaf lg ke tak? huhuhu..