Menempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain di hatimu bertakhta
-Tetiba keluar lagu ni kan..!-
Ehh...sejak akhir-akhir ni, penyakit lama aku datang balik. Dah
banyak kali aku cuba elak daripada penyakit ini datang kembali, tapi entah
kenapa dia datang juga. Bila keadaan ini terjadi, ianya sekali gus mengingatkan
aku pada seseorang.
Ya..seseorang…! seseorang yang pernah temani aku hampir
setiap malam dikala penyakit ini melanda diri. Ini adalah salah satu perkara
yang tidak dapat aku lupakan. Walaupun sudah menjadi lipatan sejarah dalam
hidup aku. Tapi bila dah terkebil-kebil bersendirian tu, mulalah nak punggah
balik segala kenangan yang tersimpan.
Ingat lagi, ada tektik khas digunakan untuk kesan samada aku
masih berjaga atau tidak. Semuanya bergantung pada respon. Kalau tiada respon,
maknanya aku dah tidurlah tu. Tapi kalau ada respon, segeralah tugas dijalankan sampai aku terlelap. Ya.. ini adalah salah satu kenangan terindah
yang aku ada..
Ketika aku menaip entry ni, sedikit rasa sedih pun tak ada.
Malah aku masih mampu tersenyum. Dulu, mungkin perit untuk dikenang, tapi
rasanya sekarang tidak lagi. Walhal terasa nak ucap terima kaseh pula sebab
kenalkan aku dengan rasa manis dan pahitnya cinta.
Walaupun aku dah tak sedih atau marah, sebolehnya aku tak
nak dahlah kenang pekara yang lepas. Dia dah ada keluarga sendiri. Lagipun dah tak
maniskan kalau aku ingat-ingat balik semua ni. Sebaliknya aku haruslah doakan
yang terbaik buat dia. Bahagia dia, bahagialah aku….. InsyaAllah…
Nahh..Sesiapa yang susah tidur malam macam aku ni, jom kita sama-sama amalkan tips yang ada ni, Cuma yang nombor 9 tu, susah sikit la aku nak buat..hekhekhek..
1. Lupakan semua urusan kerja dan jangan terlalu banyak berfikir
2. Elakkan meletak TV di bilik tidur
3. Elakkan daripada mengambil kafein
4. Lakukan aktiviti sukan atau senaman di waktu petang
5. Jauhkan haiwan peliharaan dari tempat tidur
6. Pastikan bilik tidur anda dalam keadaan tenang, gelap, dan selesa
7. Elakkan tidur siang
8. Mandi air suam untuk kesegaran tubuh
9. Minum susu
10. Baca doa sebelum tidur
Kata Hati : Tengah tunggu mengantuk datang....
.
42 ulasan:
Tak mengantuk ke nak kerja. Akak kalau AI takde mmg susah nak tidur ;)
tq for sharing nur.. lya pon pnh ada masalah ni..rekod paling teruk..pnh hmpir seminggu x tdo.. msa tu zaman kegelapan.. ssh nk trima hakikat lumpuh.. mmg, cekung & lebam mata.
meh ai tepon smp Nur tertidur nak?
kehkehkeh
ingt yg ai cakap..sapa tidur lewat nti cepat tua..jgn nti org panggil Nur akak..Ai adik dah lah.hahahahahha larikkkkk
not only you cik nur...am having the same kind of disease too...he he he...now trying to sleep...
adehh...esok dah lah kerja... nak bangun pagi...
lagi satu kan ciknur... layan radio.. jap je tido.. tak pon berangan kejap.. hihi
itu ciksu la..
meh tolong aku kerja malam kalau tak ngantok...
hehe.
xleh tido yer nur ?..akak pulak xleh tido sbb mia xnak tido..hadoi,..kalau dekat,...leh pos mia kat nur... hahah..dia mmg payah nak tido malam...
cinta datang dan pergi nur,...cinta kekal akan dtg bila sampai waktunya...sabar nur... mg dh dapat cinta tu nnt,...ehe.. ssh lak nak tido..hok lg lain lak...wakakkaakaka
deqla masa zaman skolah mmg ade penyakit insomnia..yg jadi peneman deqla masa tu hantu kot.. kohkoh.. mmg susah nk ubat... huhu..tp sejak dah berkeje ni senang jek nk tdo mlm cuma tahan ngantok ngan x je... hihi...maybe sbb penat bekeje tu lain mcm kot...
akhrinya tertidur..hihi
jntik hshop.
Barang yang lepas jangan dikenang.....
AJ dulu penahlah insomnia...
Sekarang dah takde dah KOT.... =D
mv xda masalah tidur malam..hehe
selalu kalau ada masalah, sy prefer tidur dgn harapan semua masalah pergi. tapi sebenarnya, bila terjaga, tiada apa pun yg selesai.. ;)
Semalam sy bru tgk rancangan d tv al hijrah yang berbincang menganai penyakit ini...
ika pulak tido je mesti sedar pukul 3 lebih :(
dulu masa studi selalu kena penyakit nie tapi skang start kawen dah ilang,..letakjer kepala terus tido...huhuhu ngantok..
so kena kawen kot nur.hehehe
Akak pernah juga..mengalami situasi sebegini...hihihi
Susah jugak kan kalau kena penyakit xleh tdo malam ni.. Huhu~~
acu jemur tilam n bantal tu.. insya allah boleh lelap nnt...
kak intan minum kopi malam pon leh lagi bobok (tidur) ehhee
saya kalo senang nak bagi tido, membaca dulu sebelum tido...=)
yela Nur, doakan dia bahagia///=)
pasti ada yg lebih baik pasni=)
bace doa byk byk sampai terlelap nur. tak pun bace buku sejarah. haha.
Mieya sedang mengalami penyakit ini sekarang nie. tsk tsk
akak pun kekadang susah nak tidur nur..
Hehe. If hari2 ni mau sembab mata :)
blog walking pun boleh dear..
jngn lupa support contest saya :)
http://tsukinano.blogspot.com/2013/04/cuticuti-giveaway-diari-aima.html
zaza pun susah nak tdr malam..thanks cnur sharing..kena cuba2 lah sebab zaza kerap tdur lewat n ada mata panda dah..hukhuk
Alahai Nur Awat la dok ingat lagi kat org yg tak hargai Nur tu...Lupakan ja la dik...
kalau utk dya punya kes ada tips x?? hmmm.. :(
karaoke ke nur? hehe.. cikna selalu minum susu pun kdg2 susah gak nak lelap. huhu..
selamat cik nur ;)
cer minum horlick campur susu pekat..
susu pekat minum tak?
salam singgah di pagi selasa
eh sama lah nur, smlm jaa pun x leh nk tido, nak tahu kenapa? sbb jaa layan blog lyafrina smpai ke 2 pagi, jaa ralit baca kisah dia, sbb first time rasanya jaa singgah blog dia kot, lepas tu sampai ke pukul 3 jaa duk termenung dan teringt kan kisah lya, hingga xleh tido.
takpe ade hikmahnya semua tu..
*alhamdulillah sy takde masalh untuk tidur malam. pantang letak kepala lelap la hihi
akak slalu tdo lewat tp klu terjaga mmng susah nk tdo balik.
kira kambing biri2 cik nur..huhu~ :P
H takde petua sebab H ni kan pemuda..hehehe
kalau xleh tido, H cuma pejamkan mata jer, pastu set dlm kepala yg mata tu nak berehat..xyah tidur pun takpe, cuma pejamkan mata sebab mata tu dah seharian penat..
klau btul2 nantok baru sy bole tido, huh...
cik nur tengok blog sebab tulah tak boleh tidur
ooo nur jnis susah tidur yer.. patutlah bw mlm2...
shida wajib amalkn nih..haihh!
wani pantang jumpa bantal kira kejap jer tido hahaha
Catat Ulasan